Kengsom Ikan Siakap, Lauk Simple Buat Makan Nasi Bertambah
Hari ini nak masak apa? Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam, masin, manis dan pedas, bolehlah cuba masak Siakap Kengsom. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI SIAKAP KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap ½ biji nanas 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili merah –BELI ONLINE 2 inci kunyit 1 inci belacan –BELI ONLINE 2 inci lengkuas 1 batang serai 3 tangkai cili api/padi –BELI ONLINE 1 biji limau nipis. ½ cekak kangkung 3 sudu sos ikan
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
2. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Reneh selama 10 minit. Sambil reneh, sediakan bahan lain.
Ads
3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ini memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
4. Masukkan nanas yang sudah dihiris setebal 1 inci. Masakan ini sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ini memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
6. Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi sudah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
Ads
7. Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Limau nipis ada rasa sitrus yang buat hidangan ini rasa lebih segar.
8. Masukkan kangkung. Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Siap untuk dihidangkan.
Suka makan sosej? Biasa anda beli je kan sosej sejuk beku di pasaraya. Malah sosej bersaiz jumbo ni boleh tahan mahal harganya. Jadi apa kata anda belajar buat sosej ayam secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Zaini Talib. Rasanya dijamin lebih sedap malah anda juga boleh kawal kandungan garam serta bebas MSG. Amat mudah! Anda pasti sukakannya. Malah lebih yakin untuk dihidangkan buat anak-anak.
SOSEJ AYAM JUMBO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi dada ayam – berat lebih kurang 200gm setiap satu
1 biji bawang besar @ 3-4 biji jika guna bawang kecil
Cili kering – jika mahu rasa pedas
4 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam – jika suka
Sedikit garam
2 biji telur
4 sudu tepung ubi
Sedikit serbuk oregano – jika suka
Sedikit daun ketumbar – saya tambah sebab suka
Sayur-sayur seperti lada benggala, lobak merah, cendawan butang ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Potong isi ayam kecil-kecil dan satukan bersama bahan-bahan lain ( kecuali tepung ubi).
2. Masukkan ke dalam food processor. Kisar halus.
3. Letak bahan kisar tadi ke dalam mangkuk. Tambah tepung ubi dan kacau sebati.
4. Ambil piping bag dan isi dengan isi ayam kisar tadi.
5. Seterusnya paipkan isi ayam ke dalam plastik aiskrim. Boleh juga paip ata cling film dan gulung ketat-ketat. Pintal kedua-dua hujung untuk membentuk sosej.
6. Kukus atau rebus sosej selama 15 minit atau sehingga masak. ( empunya resipi masak guna teknik kukus).
7. Buang plastik dan boleh dipanggang. Jika ada lebihan, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
INFO RASA:
Jika tiada food processor, boleh tumbuk atau kisar guna blender kering.
Andai tak mahu masak sosej sekali dengan plastik pembungkus ( atas sebab kesihatan), anda boleh bekukan sosej terlebih dahulu. Setelah keras, buang plastik dan boelh direbus atau dikukus.
Hidangan panas seperti Sizzling memang sesuai dijadikan hidangan makan malam. Biasanya anda perlu membelinya di kedai. Namun, kenapa perlu beli lagi jika anda sebenarnya boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran di rumah? Tak susah pun nak buat kuahnya jika anda jumpa resipi yang betul. Jika tak ada Hot Plate untuk sizzling tu pun tak apa. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN:
1 inci halia – potong ikut suka
8 ulas bawang putih – hiris nipis
6 ketul ayam – potong kecil
8 tangkai cili kering – potong kasar
10 biji cendawan kering – potong kasar (rendam terlebih dahulu dalam air panas selama 1/2 jam.
4 sudu makan tepung jagung – larutkan dalam air
Yee mee secukupnya
Sawi – potong kecil
Telur
Sos tiram – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
Kicap lemak manis – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
Kicap pekat – ikut citarasa. Tambah ikut kesesuaian.
3 sudu makan minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kuah sizzling, panaskan minyak masak dan tumis halia serta bawang putih menggunakan api perlahan hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Tambahkan ayam serta 1 mug air. Tambahkan juga sedikit garam dan biarkan mendidih selama 5 minit.
4. Seterusnya masukkan cendawan diikuti sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan 3 mug air. Biarkan mereneh seketika.
5. Setelah ayam empuk dan kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. ( tip: buka api pada tahap kepanasan maksimun, kacau sehingga kuah tak berketul dan sampai pada kepekatan yang sesuai.
6. Cara membuat sizzling: Letak hot plate diatas api ( jika tiada, guna pemanggang ajaib), tuang sedikit kuah kemudian letak yee mee, sayur dan telur.
7. Buka api pada kepanasan maksimum dan tuang kuah sekali lagi keatas yee mee. Masak hingga lembut.
Asyik makan lauk pauk biasa, jom memanggang pulak. Guna oven lagi senang. Ni resipi Ayam Panggang Berkim , bahan perap kena betul rempah ratus dan bahannya , barulah sedap ayam panggang tu.
Perap lama baru sebati meresap masukya ke dalam isi ayam.
Ni ada versi yang berkirm, guna santan boleh atau susu krim sejat @evaporate. Cubalah resipi dari Joha Hassan ni, tengok rupa pun dah tahu sedap.
CREAMY GRILLED CHICKEN @ AYAM PANGGANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
5 keping peha ayam | di kelar di gaulkan dengan bahan yang di kisar ini
Bahan dikisar : 1 inci lengkuas 1 inci halia 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 6 biji cili api *Bahan-bahan di atas dikisar halus dan gaul pada ayam
1 kiub ikan bilis 2 batang serai | dititik 200ml santan pekat, atau susu evaporated milk 6 helai daun limau purut Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak di kuali, letakkan serai yang di titik. Kemudian letakkan ayam yang sudah di perap sebentar tadi. 2. Masukkan air 1/2 cawan dan biarkan ayam nya masak. 3. Letakkan 1 kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. 4. Bila semua sebati, angkat ayam nya dan panggang, bakar di atas kuali rata, tanpa minyak. 5. Panggang di oven pun boleh, @160C selama 15 mins.
6. Sesudah itu angkat, letakkan pada lauk tadi, letakkan santan pekat, daun limau purut dan gaulkan rata. Masak selama 10 mins lagi supaya ayam nya meresap kuah lemak. 7. Sajikan panas2 bersama nasi putih dan sambal belacan.
Kredit Resipi: Joha Hassan
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!