Masakan Thai begitu dekat di hati masyarakat Malaysia. Antara menu yang menjadi kegilaan ramai ialah Kengsom. Buatnya tidak susah mana pun yang penting tahu seimbangkan rasa masam, manis dan pedas.Makan dengan nasi panas-panas, kuah banjir memang layan.
Pelakon kecil molek dan berbakat besar ini tampil ayu berjubah untuk sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan. Tentunya memberi lembaran baru buat Elfira kerana Ramadan kali ini lebih bermakna, diraikan bersama suami tersayang. Sebagai orang baru dalam melayari kehidupan berumah tangga pastinya hidangan dari air tangan isteri mengikat kasih sayang keduanya.
Bercerita mengenai nostalgia Ramadan, Elfira akui sangat mengujakan. “Kalau bulan Ramadan, beberapa hari sebelum raya kami akan pulang ke kampung di Kedah dan sediakan bahan-bahan memasak untuk raya. Bakar lemang, masak rendang dekat luar, kutip kayu yang kering. Semua itu kenangan sungguh bermakna.
Biasanya raya di kampung, pagi-pagi masakannya sudah berat seperti nasi dan pelbagai variasi makanan. Namun laksa Kedah seperti dessert. Walaupun nasi, rendang dan ketupat daun palas sudah ada, laksa wajib ada. Ketupat daun palas kacang soya jadi kegemaran Elfira. Perkara yang paling susah ialah nak membalutnya. Kadang boleh buat kita keliru dan kalau telalu rapat membalutnya, rasa kurang sedap.
Rendang daging tok menjadi menu yang wajib dimasak atas kayu api oleh atuk Elfira. Memasak lauk ini mengambil masa yang lama jadi Elfira akan bantu memasak dan menunggu sambil mengacau rendang tersebut panas-panas agar tidak hangit.
Kalau Ramadan biasanya kuih dibeli. “Ada banyak pilihan yang El suka. Kalau cerita pasal manisan, apa yang saya beli ialah kuih muih. El suka beli kuih bakar, tepung pelita, kuih keria, cara berlauk dan bubur.
Untuk hidangan berbuka puasa, Chef Wan menyediakan Ikan Bakar Portugis yang turut menjadi kegemaran Elfira. “Kalau tidak ada ikan besar, ikan saiz sederhana pun boleh seperti ikan siakap dan juga ikan bawal. Bawal putih atau bawah hitam pun sedap untuk dimasak sebegini.
IKAN BAKAR PORTUGIS BAHAN-BAHAN:
600g ( 1 ekor) ikan merah
1/2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
1 helai daun pisang
BAHAN SAMBAL:
4 tangkai cili merah | dibuang biji dan dikisar
8 ulas bawang merah | dikisar
1 batang serai | dihiris halus dan dikisar
1/2 sudu teh belacan
1 sudu makan serbuk cili | dikisar
4 sudu makan minyak masak
1/2 biji limau nipis | diperah jusnya
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK:
1. Potong bahagian atas dan bawah ikan untuk isikan sambal
2. Kelar ikan agar mudah dimasak
3. Isikan sambal ke dalam bahagian ikan yang telah dipotong dan bungkus dengan daun pisang.
4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
5. Setelah masak,perah sedikit limau,sos ikan dan taburkan sedikit garam jika perlu.
Biasanya bila nak masak sup fishball pasti kita membeli fishball di kedai. Bimbang akan status halal fish ball yang dibeli mungkin boleh pertimbangkan untuk membuatnya sendiri. Fish ball yang kenyal pasti menjadi kegemaran sekeluarga. Boleh follow resipi di bawah ini cara buat fishball yang pastinya halal dan kenyal.
Fishball Homemade
Bahan-bahan:
300gm ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) isinya putih mesti yang fresh
½ cawan -3/4 cawan air sejuk dalam peti – adunan nanti macam nak buat cucur pisang.
Cara membuat:
1.Kikis isi ikan menggunakan sudu seramik,hanya ambil isinya sahaja.
2.Kemudian blend isi ikan hingga hancur.
3.Masukkan tepung jagung dan garam serta lada sulah.
4.Dah sebati letak air pula.Air ni agak-agak ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat.
5.Kemudian keluarkan adunan dan letak dalam besen kecil. Ambil sikit-sikit dan baling adunan ni dalam bekas tu.Buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin.
6.Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk.Keluarkan bebola fishball antara dua jari.
7.Ambil fishball guna sudu dan letak dalam bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dalam 15 minit).
8.Barulah direbus dalam air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)
Alangkah seronoknya buat keropok lekor sendiri. Puas makan. Sedap pun sedap. Jom belajar buat sendiri keropok lekor. Senang sangat. Guna ikan sardin atau ikan selayang. RASA kongsikan resipinya.
BAHAN-BAHAN
• 500 gram isi ikan sardin atau ikan selayang
• 2 ulas bawang putih
• Sedikit garam
• 2 cawan tepung ubi
• 1 cawan tepung gandum
• Sedikit air
• Air secukupnya untuk merebus
CARA MEMBUAT
1. Satukan isi ikan, bawang putih dan garam. Kisar sampai betul-betul halus.
2. Kemudian campurkan dengan tepung ubi dan tepung gandum.
3. Tambahkan sedikit air. Uli sampai menjadi doh dan dapat dibentuk.
4. Didihkan air. Rebus keropok lekor tadi sampai timbul atau terapung. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
5. Potong-potong ikut selera masing-masing dan siap untuk digoreng.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.