Kalau korang penggemar durian wajib buat kek ni. Gebu dan syahdu bila nikmatinya. Kombinasi kek vanila plain dicampur dengan krim dan rasa isi durian fresh, makan pun rasa feeling dan tak muak.
Kek Vanila Topping Durian
Bahan-bahan: 10 biji telur 2 cawan gula 1 sudu besar ovalate-beli online di sini 1 sudu besar esen creamy vanila 3 cawan tepung gandum +1/2 sudu besar baking powder(ayak 2 kali)-beli online di sini satukan semua dalam bowl mixer
Cara membuat:
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Ads
1.On mixer slow sampai tak nampak tepung putih-putih.
2.Bila dah tak nampak tepung, lajukan mixer.
3.Bila colour kuning pekat bertukar kuning tak pekat.
4.Masukkan 1/4 cawan susu full cream.
5.Teruskan hight speed sampai gebu.
6.Macam ni gebu putih.
7.Perlahankan mixer,masukkan minyak 1/2 cawan bila dah habis semua minyak. Masukkan, lajukan dalam 1-2 saat,ok dah siap.
Ads
8.Masukkan dalam bekas. Kalau bekas macam ni dapat 12 bekas,isi 1/4 wrap permukaan kek dan kukus 15-17 minit ni kalau api dapur besar ya.
Bahan-bahan topping: 1kg cream cheese untuk 12-13 bekas(kalau korang nak buat 500g bahagikan) 3/4 tin susu pekat-beli online di sini 2 cawan whipping dairy 1 1/2 cawan susu full cream 1 senduk isi durian
Cara membuat:
1.Blender sebati.
2.Asingkan sikit 1 mangkuk, letak pewarna kuning lemon kacau. 3.Topping kek macam biasa, hias ikut korang cuma tengah kek letak lagi isi durian 1 sudu besar bagi lagi sedap menikmati durian tu.
Terasa hari ni nak makan kek yang zaman mak kita dulu. Cukup rasa dan tidak menjemukan.Cara buat kek orang lama tidak menggunakan banyak bahan pun untuk diadun , namun rasanya amatlah sedap. Buat kek ni yang pentingnya ikut sukatan yang betul pasti menjadi. Dikongsikan resepi kek marjerin yang mudah dan sedap..
Kek marjerin
Bahan-bahan:
*1 1/2 cawan self raising flour(ayak)/gandum+ 1 sudu kecil baking powder -BELI ONLINE DI SINI
*1 cawan gula kastor -BELI ONLINE DI SINI
*1 cawan marjerin-BELI ONLINE DI SINI
*1 penutup esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
*4 biji telur
Cara memasak:
1.Adungula kastor dan marjerin hingga putih berkrim.
2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan tadi
3.Masukkan gandum sikit-sikit sampai sebati.
4.Sapu loyang dengan marjerin.Masukkan adunan tadi dan bakar suhu 180 selama 40 minit mengikut oven masing-masing.
Biskut yang satu ni gerenti menjadi kegemaran ramai. Semasa membakar dah bau harum aromanya.Kudapan ni tak rugi buat banyak.Minum pula air kopi, memang padanan yang ideal.Jomlah kita buat.
Biscoff butter cookies
Bahan-bahan:
500g pure butter
150g gula icing
1 sudu teh butter vanilla
60ml susu full cream/susu segar
400g tepung gandum
130g tepung jagung
180g serbuk biskut lotus biscoff
Untuk hiasan atas biskut:
100g biscoff creamy spread
50g biskut lotus biscoff- dihancurkan
Cara membuat:
1.Campurkan butter dan gula icing kacau selama 5 minit.
2.Masukkan butter vanilla dan susu, kacau hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit-sedikit, kacau sebati.
4.Masukkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan. Gaul hingga sebati.
5.Guna nozel 864, tekan adunan membulat menggunakan piping bag.
6.Tekan bahagian tengah biskut, paipkan sedikit biscoff creamy spread dan taburkan biskut lotus biscoff yang dihancurkan.
7. Bakar pada suhu 170 selama 25 – 30 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
Pastry fruit cake ini satu ketika dulu pernah trending. Ia bukan saja pencuci mulut yang enak tapi juga nampak mewah serta cantik.
Sekali pandang macam susah untuk menghasilkan kek ini namun hakikatnya ia tidaklah begitu. Jika mengikut perkongsian resipi Iedaa Jahaya langkahnya agak mudah dan boleh dilakukan termasuklah untuk yang baru nak mencuba.
Resipi pastry fruit cake yang mewah tapi mudah
Bahan diayak
200g tepung gandum
1sdk baking powder
Bahan lain
100g butter
50ml yogurt asli
3bji telur
150g gula castor
Esen vanilla
1sdb kulit limau Sunquick yang diparut.
Buah-buahan dipotong
Strawberi
Kiwi (jika suka)
Bluberry
Buah peach dalam tin
Cara membuat
1. Dalam satu bekas masukkan gula, butter, yogurt, esen vanilla. Puar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan berkrim.
2. Masuk satu persatu telur, putar perlahan hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau guna spatula hingga sebati (boleh juga diputar)
4. Masukkan parutan kulit limau sunquick, kacau lagi hingga sebati.
5. Kemudian bolehlah masukkan adunan dalam loyang. Hentak sedikit.
6. Seterusnya boleh letakkan topping buah yang dipotong tadi. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah Selsius.
7. Bakar dalam oven selama 45 minit.
8. Selepas kek masak, tunggu sejuk sebelum keluarkan dari loyang. Kemudian bolehlah ayak gula aising di atasnya. Siap.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...