
Bila anda seorang penggemar kek, wajib buat kek sponge pisang ni. Jom belajar buat kek paling mudah dan lembut teksurnya. Sekali makan pasti nak ulang kali nak jamahnya.
Kek Sponge Pisang

Bahan-bahan:
3 biji pisang sederhana besar- betul-betul masak lenyekkan, ketepikan
dalam mangkuk satukan semua
7 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalatte
2 cawan tepung kek
1/4 cawan santan kara
Cara membuat:

1.Pisang tadi mix sampai gebu.

2.Masukkan butter sudah dicairkan 1/2 cawan.

3.Adun perlahan.Matikan mixer gaul sebati.

4.Masuk dalam loyang saiz 9 atau saiz 8, dapat 2 loyang.
5.Bakar pada suhu 180 selama 45-50 minit.

6.Siap untuk dihidang.
Kredit: Azlina Ina Fans
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!









