Kek pisang, antara kek yang popular dan senang untuk dibuat. Sama ada kukus atau dibakar, memang sedap dimakan petang-petang bersama secawan teh panas. Wah, sambil bersembang sambil makan kek. Special gitu.
Resepi kali ni cukup cukup istimewa sebab ia datang dari seorang otai berpuluh tahun dalam bidang masakan, iaitu ibu kepada saudara Muhammad Ali. Resipi asli kek pisang gajus yang sedap dan lembut.
KEK PISANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A 1 cawan gula perang – beli online di sini 4 biji pisang jelai berangan | dilenyekkan dan biarkan setengah jam 1 cawan minyak masak atau minyak jagung Sedikit esen vanila 1 sudu kecil garam 2 cawan tepung * – beli online di sini 1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder* 1/2 cawan gajus |dikisar halus 1 sudu kecil ovalet – beli online di sini
Ads
CARA-CARA:
1. Tepung diayak bersama soda dan baking powder. Ketepikan. 2. Kisarkan bahan-bahan lain. 3. Masukkan dalam bahan yang dah diayak. Akhir sekali, masukkan serbuk gajus. 4. Sebelum bakar, hias dengan hirisan pisang dan gajus. 5. Bakar suhu 170C selama 45 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kadang kita masak mi kurang sedap. Tak macam mi yang mak-mak kita buat. Ada je terkurang rasa itu, rasa ini. Nah, RASA berikan resipi masak 3 jenis mi yang rasanya sedap macam mak-mak kita buat.
MI GORENG DAGING
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau
seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
MI KARI ALA NYONYA
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan
kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan
udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau
keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
MI SIAM SINGAPURA
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato
dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api.
Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai,
lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air).
Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula
secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedap buat smoothies tembikai ni. Rasanya manis, lemak-lemak sikit. Sesuai diminum seisi keluarga. Boleh dibuat minuman kala musim panas.
SMOOTHIES TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Satu lagi resipi yang menjadi kesukaan ramai ialah serabai. Tambah sedap bila dicicah dengan kuah gula, gerenti tak cukup satu. Hari ini kita buat tambah nangka di dalamnya. Buatlah lebih, boleh sedekah dengan jiran berdekatan.
Serabai Nangka Bahan-bahan: 200 ml santan,saya guna 1 kotak santan kara yg kecik 300 ml air 2 helai daun pandan ½ sudu kecil garam 250gm tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 250gm tepung gandum 13gm tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI 125gm gula ½ sudu kecil yis-BELI ONLINE DI SINI 75 ml air kelapa Nangka secukupnya
Cara memasak: 1.Masak santan,air,daun pandan,garam,didihkan sekejap. Matikan api dan biar kan suam. 2.Bila dah suam,masukkan bahan-bahan yang lain kecuali air kelapa. 3.Tutup adunan dengan plastik wrap dan biarkan dalam 30 minit. 4.Lepas 30 minit,masukkan air kelapa tadi,kacau sebatikan. 5.Panaskan kuali kecil,sapu minyak nipis-nipis,pastikan kuali tak melekat. Tuang satu senduk adunan,pusing kuali macam kita buat kuih dadar untuk dapat kan yang garing kat tepi-tepi tu,masukkan lagi 1/2 senduk adunan tadi dekat tengah-tengah,biarkan sampai masak,letak nangka atasnya. 6.Nak tahu dah masak,akan nampak lubang-lubang kecil tu.Ambil lidi sate, cungkil dan keluarkan kuih.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!