Bagi mereka yang alergi biasanya akan mengelakkan dari menikmati kek, kerana kebanyakan resipi kek mengandungi telur. Iya tak semua orang boleh menjadikan telur sebagai rutin makanan mereka.
Tapi kek kurma walnut inspirasi Chef Fame ni memang enak, tetap sedap lembut walaupun tanpa telur.
Kurma makanan sunnah dah lah menyedapkan juga cukup menyihatkan. Jom cuba…
KEK KURMA WALNUT
BAHAN-BAHAN :
200ml susu UHT
300gm buah kurma | dibuang biji
400gm tepung kek
20gm serbuk penaik
5gm garam
300gm gula perang
336ml minyak jagung
10gm serbuk kayu manis
15gm esen Vanila
250gm kacang Walnut | dipanggang dan hancur kasar
CARA MEMASAK :
Ads
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C
2. Rebuskan kurma bersama susu dan esen vanila sehingga hancur dan simpan semalaman
3. Masukkan minyak, gula, garam, serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik, tepung dan susu yg di masak bersama kurma ke dalam mesin mengadun, gaul sehingga adunan menjadi sebati
Ads
4. Masukkan kacang walnut yang dihancur kasar ke dalam adunan.
5. Tuangkan kedalam loyang kek
6. Bakar didalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga dan menjadi warna keemasan.
Ads
7. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Saiz Hidangan : 10 Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kurma yang manis dan walnut rangup yang tak jemu dimakan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Jika nak cepat anda boleh masukkan bancuhan susu dan kurma ke dalam ketuhar gelombang mikro hingga hampir mendidih dan biarkan ia sejuk
RESIPI : CHEF FAME TAUFIQ FAKARUDIN TERIMA KASIH:UOW Malaysia KDU University College, Utropolis Glenmarie
Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shan Alam, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pulut tanak makan dengan ikan masin atau durian memang paduan yang cukup menyelerakan sama ada untuk makan pagi atau petang. Namun mungkin ramai tak tahu ada satu rahsia untuk menghasil pulut tanak yang lebih sedap walaupun kosong saja.
Caranya adalah dengan memasak pulut menggunakan air kelapa. Tip ini dikongsi oleh Khadijah Jaafar .
Rahsia tanak pulut sedap, guna air kelapa
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara masak
Sukat 2 cawan beras pulut.
2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.
4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.
Jika ada menu pembuka selera yang kena dengan tekak, memang bertambah nasi dibuatnya. Sambal ketuk ikan bilis bersama cili padi dan belimbing buluh merupakan antara menu ringkas yang mampu membuka selera kita. Gabungan rasa pedas, masam dan manis ini memang sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi panas.
RESIPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS BERSAMA CILI PADI & BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah
Cili hijau
Cili merah
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Ikan bilis – direndam dan ditoskan
Stok ikan bilis
Sedikit gula
Belimbing buluh – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng semua bahan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Jangan goreng ikan bilis sehingga rangup.
2. Tumbuk lumat bahan-bahan yang digoreng tadi dan tambah sedikit gula.
3. Kemudian, masukkan belimbing dan tumbuk kasar belimbing tersebut.
Pernah cuba hidangan Somtam Ayam Goreng? Sangat enak ya menu ini. Sesuai bagi anda yang menggemari sajian ala Thailand yang enak dan mudah. Rasanya cukup membuka selera. Pedas, masam dan manis. Sangat sempurna. Bak kata empunya resipi, lauk ini sangat enak dimakan bersama nasi panas dan diratah. Rugi jika tidak mencubanya. Nak rasa? Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi. Jom kita mula!
RESEPI SOMTAM AYAM GORENG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi dada ayam 1 biji mangga muda/lemak (empunya resipi tambah) 2-3 ulas bawang putih – beli online disini 3 sudu makan thai palm sugar/ gula kabung siam – beli online disini 4 biji buah tomato 6 -8 biji cili padi 4 sudu makan sos ikan/ nampla sauce – beli online disini 1- 2 biji limau nipis – ambil jus 1 biji bawang holland – hiris nipis – beli online disini 1 sudu teh thai cili flake / emping cili thai – jika ada – beli online disini Kacang panjang – dihiris kasar Daun ketumbar Sedikit ajinomoto Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata-rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Tumbuk kasar atau separuh hancur. 2. Masukkan tomato dan tumbuk kasar @ tenyeh-tenyeh biar hingga keluar jusnya. 3. Masukkan sos ikan, jus limau dan ajinomoto. 4. Gaul sebati dan secukup rasa. Pastikan ada rasa pedas, manis dan masam. Masukkan cili flakes jika ada. 5. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland. 6. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!