Menu minum petang hari ni kita buat special kek. Gerenti ramai yang suka nanti. Kek kotel berkrim ni sedapnya makan ketika sejuk. Memang lah sedap bila dilapisi dengan buah buahan. Makan pun tak rasa muak.
Mix terus hingga jadi meringue(bila tonggeng telur tu tak jatuh)
Bila dah siap,masuk adunan putih telur tu sikit-sikit dalam adunan kuning telur tadi. Kaup balik hingga sebati
Panaskan oven 180 dan bakar kaedah water bath.Loyang untuk kek 8 inci.Loyang untuk isi air panas 10 inci.
Sapu loyang dengan minyak. Lapik baking paper.Tuang kek ke dalam loyang.Isi air panas ke dalam loyang 10 inci.Letak loyang kek ke dalamnya. Bakar selama 30 minit.
Untuk cream (masak guna non stick pan)
Ads
2 biji kuning telur-whisk sebati dulu
150ml susu cair
½ cawan susu pekat
Esen vanilla
Sebatikan semua bahan.
Masak api sederhana. Sentiasa kacau hingga nampak sikit pekat.
Masuk 11/2 sudu kecil tepung gandum.Bancuh dengan sedikit air.
Masuk dan kacau hingga nampak berkrim macam susu pekat.Tutup api.
Putar whipping cream hingga kental
Masuk cream . Kacau hingga tercampur rata
Siap ketepikan dulu
Bila kek dah masak,sejukkan dulu.Potong 2 bahagian.Letak lapis pertama dalam 1 bekas,tuang cream, tabur fruit cocktail.
Ads
Lerai lapisan ke dua kek.Sapu cream.tabur fruit cocktail.Dah siap sejukkan dulu, baru potong.
Tengok rupa muffin coklat ni yang merekah dan naik gebu pun dah tahu rasanya sure sedap. Tenggelam gigi bila mengiggitnya. Aroma coklatnya semerbak satu dapur.
.
Jom kita ‘membaking’ gaya Azlina Ina yang dikongsikan dalam laman FB nya Azlina Ina Fans. Walaupun wanita ini sendiri adalah usahawan bakeri dan pastri tapi wanita Muslimah ini sudi berkongsi ilmu masak dan resipinya.
Boleh cuba untuk minum petang nanti,dan kalau dibuat ‘door gift’ sure laku keras. Tak kisah majlis perkahwinan, hari jadi atau apa pun. Cubalah…
MUFFIN COKLAT CHIP BAHAN-BAHAN :
2 biji telur gred B
1/2 cawan mentega | dicairkan
Sedikit emulco coklat
1 cawan susu segar
Sedikit esen vanila
1 cawan gula halus
Secubit garam halus
1/2 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sachet serbuk kopi nescafe
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula satukan gula,telur dan esen serta emulco
.
2. Kocak sedikit pakai whisk, kalau tak ada senduk pun boleh juga.
.
3. Masukkan mentega yang dicairkan tadi,whisk lagi.
.
4. Kemudian tambahkan susu segar dan kacau sebati.
5. Masukkan pula tepung,serbuk koko,garam,nescafe sachet yang sudah diayak terlebih dahulu, masuk perlahan-lahan ke dalam adunan bahan-bahan yang dikacau tadi.
.
6. Adunan dan siap. Isikan dalam 1/2 cawan dalam cawan kertas. Tabur la coklat chips pilihan korang kekacang pun boleh.
7. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit, panaskan oven terlebih dahulu.
.
8. Ini foto yang dah separuh bakar.
9. Siap bakar
Dah sejuk bolehlah dibungkuskan jadikan cenderahati untuk sebarang majlis.
Memang sedap dapat nikmati kek mini hokkaido. Seumpama menelan kapas gebunya tak terkata. Kalau membelinya boleh tahan juga harganya. Jadi apa kata buatnya sendiri dengan resipi berikut. Yang penting pasti menjadi kek hokkaido korang.
Buat Kek Mini Hokkaido Gebu
Bahan-bahan:
4 biji kuning telur
Secubit garam
3 sudu besar gula kastor
Sedikit esen vanilla(satukan dan pukul bagi sebati)
Setengah cawan susu cair (saya pakai susu segar)
1/4 cawan minyak masak(masukkan dalam bekas telur,susu dan minyak)pukul sekejap
-letak tepi sementara untuk langkah ke dua
Langkah 2
4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor
Satu sudu kecil cream of tartar
Cara membuat: 1.Meringue,adun putih telur sampai berbuih kasar. 2.Masukkan cream of tartar/ adun lagi. 3.Kemudian masukkan gula kastor sikit-sikit( adun lagi sampai jadi likat)
Langkah 3
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder (Ayak semua barang. Kemudian masukkan ke dalam bekas kuning telur.Pukul hingga sebati.
*sebenarnya guna tepung gandum khas tapi saya guna tepung gandum superfine saja.
Langkah 4 1.Ambil putih telur tadi masukkan ke dalam bekas kuning telur yang dah siap tadi sikit. 2.Gaul sebati.Ulang sampai habis putih telur. Siap.
3.Masukkan dalam paper cup. 4.Bakar 25 minit dengan suhu 150 darjah c..
Kuah kastard:
Bahan-bahan:
200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung kastard
4 sudu gula kastor
1 sudu besar butter
1 biji telur
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dan masak guna api perlahan. 2.Kacau hingga pekat. 3.Sejukkan sementara nak paipkan.
Rasa sama macam kek, tapi comel dan mudah dimakan di mana jua. Itulah kelebihan muffin. Gebu dan lembut, makanan kegemaran kanak-kanak dan juga dewasa.
Norhayati Ahmad (sebelah kiri)
Cuti hujung minggu ni bolehlah cuba resepi Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House ini. Gerenti sedap dan gebu.
KEK MUFFIN COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko | diayak
1 cawan gula kastor
Bahan B:
1 cawan tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur saiz A
Bahan buttercream coklat :
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
Sedikit perasa coklat/ pes coklat
CARA MEMASAK : 1. Ayak Bersama tepung, baking powder & soda bikarbonat. Asingkan. 2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan A. Masak sebentar di atas api perlahan dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebentar. 3. Dalam satu bekas lain, dengan menggunakan mixer, putarkan telur sehingga gebu, kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi. 4. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam adunan telur dan putar sehingga adunan sebati. 5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan putar sebati. 6. Isi ke dalam cawan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah (api atas dan bawah) selama 25 minit. 7. Setelah masak, sejukkan di atas redai, kemudian boleh di hias menggunakan krim buttercream. Topping buttercream coklat : Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan perasa coklat dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping, sedia untuk digunakan.
Saiz hidangan: 20 biji kek cawan Waktu memasak: 45 – 50 minit Keistimewaan: Kek cawan kaya dengan rasa coklat dan koko Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF :Kek coklat ini lembut dan lembut teksturnya.
KEK MUFFIN VANILLA
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
1 1/4 cawan tepung kek | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan buttermilk (atau 1/2 cawan susu campur 1/2 sudu teh cuka atau jus lemon dan ketepikan selama 5 minit sebelum digunakan)
Bahan butter cream:
100 gm krimwell
100 gm shortening
1-2 cawan gula aising (manis ikut kesukaan masing masing)
Pewarna jika perlu
½ cawan non dairy whipping cream (dipukul hingga kental)
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven pada suhu 170C. 2. Di dalam mangkuk, satu dan ayakkan tepung kek, serbuk penaik, baking soda dan garam. Ketepikan. 3. Di dalam mangkuk pengisar elektrik, putar telur selama 10-20 saat. Masukkan gula dan terus putar dengan menggunakan kelajuan sederhana selama 30 saat. Masukkan vanila dan minyak dan putar lagi hingga sebati. 4. Kurangkan kelajuan, masukkan campuran tepung diikuti separuh dari susu, tepung dan susu lagi. Kacau sebati. 5. Adunan agak cair. Tuang ke dalam kertas acuan muffin sebanyak 2/3 penuh. Bakar selama 15-18 minit. 6. Setelah masak, sejukkan di atas redai sebelum di hias. Buttercream: 1. Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Masukkan dalam beg piping dan sedia untuk menghias kek cawan.
Saiz hidangan: 16 biji kek Waktu memasak: 20 minit Keistimewaan: Kek vanilla yang lembut dan gebu Anggaran kos: RM15
INFO CHEF : Kek vanilla yang sedap dimakan ‘plain’ walau tanpa ramuan tambahan seperti kekacang atau buahan beri.
Yang dibawah ini pula resipi asas membuat muffin. Jika anda suka yang ‘plain’ sahaja inilah resepi mudahnya.
PLAIN MUFFIN
foto : epicurious.com
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum | diayak
1 1/4 sudu teh serbuk penaik | diayak
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula kaster
1 biji telur (saiz A) | dipukul ringan
1 cawan susu
1/4 cawan mentega yang telah dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah Celcius. 2. Griskan dulang acuan muffin. 3. Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula di dalam mangkuk. 4. Masukkan telur, susu, dan mentega, kacau rata, larutan bater ini tidak cair. 5. Sudukan ke dalam dulang pembakar muffin, isikan 2/3 sahaja untuk ruang mengembang. 6. Bakar selama 20-25 minit.
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.