Ada yang berhasrat nak buat rumah terbuka? Mungkin ada menu yang mahu dibuat dari air tangan sendiri seperti kek jantung pisang. Kek ni tak guna oven,goreng guna kuali kecil yang dalam. Hasilnya sangat memuaskan.
Kek Jantung Pisang
Bahan-bahan:
5 biji telur
3/4 cawan gula
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan tepung kek bluekey
1 cawan tepung gandum
Ads
3/4 cawan susu cair
sedikit esen vanila
Cara memasak:
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan telur,putar sehingga betul-betul kembang.
Ads
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain .
Biskut Kelapa ni memang sedap. Ia adalah salah satu jenis biskut raya lama yang jadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Resipinya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya cukup sedap. Rangup, penuh rasa lemak kelapa bila dimakan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Jamilni. Sesuai dijadikan kudapan di Hari Raya Aidiladha nanti.
BAHAN HIASAN: Kuning telur Kelapa kering Ceri merah – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Satukan marjerin@mentega bersama gula aising. Adun hingga kembang. 2. Tambahkan kuning telur bersama pewarna kuning. Adun lagi hingga sebati. 3. Dalam bekas berasingan, satukan kelapa kering, tepung gandum dan juga tepung jagung. Sebatikan. 4. Masukkan campuran kelapa kering tadi ke dalam adunan yang dipukul. Masukkan sedikit demi sedikit sambil diadun. 5. Uli doh hingga sebati. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan berbentuk bunga. Susun atas dulang pembakar. 6. Sapu kuning telur pada biskut, tabur sedikit kelapa kering dan hiaskan dengan potongan ceri merah. 7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan bakar biskut selama 25 minit atau hingga biskut masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat. Ni min kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus. Bajet semua bawah RM10. Memang berbaloi kalau buat ni.
Bahan-bahan:
Dua oreo panjang
Sekotak susu coklat yang kecil
Cara memasak:
1. Masuk susu dengan oreo dalam blender. Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
2.Kisar macam ni.
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang lekat pada garfu tu bermakna kek oreo belum masak. Kukus lagi.
4.Selepas siap kukus memang lembab. Biar dia rest sejuk dulu.
5.Kemudian tuang la topping apa apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap 😍
Brownies kedut ialah kek bantat yang di sukai ramai. Mewah dengan rasa coklat membuatkan makan banyak kali tidak jemu. Tak kurang juga yang menjana pendapatan dengan menjual brownies ni. Ikut resipi ini kejadiannya tidak mengecewakan.
Brownie Oreo
Bahan A (double boiler) 200g coklat masakan 90g butter 30g serbuk koko-BELI ONLINE DI SINI
Bahan B (pukul sebati) 2 biji telur Gred B 110g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 1 penutup esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
Bahan C 90g tepung gandum 50g biskut oreo buang krim(kisar halus) 1 sudu kecil baking powder
Cara memasak: 1.Bahan A + B.Masukkan bahan C. 2.Tuang adunan dalam loyang 8″ x 8″ yang dialas baking paper. 3.Bakar 40 minit suhu 180,bergantung pada oven masing-masing.