Siapa saja yang tidak menyukai kek batik ni. Gabungan biskut,serbuk koko serta serbuk milo menyedapkan lagi rasa. Buat yang pertama kali ingin membuatnya , boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Aidi Az. Langkah demi langkah diikuti, pasti menjadi kek anda nanti. Kek ni boleh simpan lama sebagai kudapan bila -bila masa nak makan.
KEK BATIK
Bahan-bahan:
(Untuk 2 loyang bulat 8 inci)
Bahan-bahan untuk topping ganache: Untuk 1 loyang sahaja
Cara masak coklat:
1.Panaskan kuali, guna api sederhana, seeloknya guna non stick 32cm dan pengacau guna whisk. Masukkan butter, kacau sampai cair, 2.Kemudian masukkan 1 tin susu, telur, esen vanila, garam halus, mascarpone cheese dan kacau sampai sebati.
3.Masukkan pula sedikit-sedikit serbuk koko dan milo secara berselang-seli dan kacau, bila coklat dah pekat, masukkan sedikit air panas dan 1 tin susu pekat, dan ulang semula step memasukkan serbuk koko dan milo sampai habis. Coklat akan rasa sedikit pahit, oleh itu, masukkan setengah tin lagi susu tin dan gula icing, kalau coklat ada rasa sedikit pahit lagi, boleh masukkan gula icing, jangan masukkan susu tin, nanti coklat jadi terlalu cair. (kalau coklat terlalu cair, boleh masukkan sedikit serbuk milo). Kacau coklat sampai sebati dan masak, proses ni ambil sedikit masa ya.
4.Bila coklat dah masak, sediakan portable gas stove dan letak di atas meja, lapik gas stove dengan kayu. Kemudian, letak kuali di atas portable gas stove dengan api sederhana. Tujuan letak kuali atas portable gas stove supaya coklat sentiasa panas dan cair, untuk memudahkan proses membuat kek batik.
Cara membuat kek:
1.Untuk loyang pertama, saya buat 11 tingkat dan tiada topping. Guna loyang bulat removable 8 inci, sapukan sedikit butter di bawah dan tepi loyang, kemudian letak parchment paper di bawah dan tepi loyang.
2.Masukkan biskut satu persatu dan susun rapat (satu tingkat boleh muatkan 7 keping biskut), kemudian masukkan coklat sedikit demi sedikit, sapu rata coklat sampai biskut tak kelihatan, kemudian masukkan lagi biskut satu persatu, tekan biskut guna 3 jari secara perlahan sampai biskut diatas menyentuh biskut di bawah, kemudian sapu rata coklat. Ulang semula step tersebut sampai 11 tingkat. Bila dan siap, angkat loyang dan ketuk-ketuk sedikit atas meja. Masukkan ke dalam peti ais atas untuk proses penyejukan.
3.Untuk loyang kedua, ulang step yang sama sampai tingkat 9, sebab ruang yang lebih di atas kita nak buat topping. Sejukkan dalam peti ais atas selama 1 jam, kemudian baru boleh buat topping.
Cara masak topping ganache:
1.Panaskan non stick pan, masukkan whipping cream, kacau sekejap. 2.Masukkan pula esen vanilla, butter dan minyak zaitun, kacau sampai naik bau.
3.Masukkan pula dark coklat, kacau sampai coklat cair dan naik bau. Tutup api dan biarkan sekejap 5 minit.
4.Ambil tapis, tapis coklat dan masukkan ke dalam mangkuk aluminium.
5.Kemudian keluarkan kek batik 9 tingkat, tuang coklat ganache di atas kek batik secara perlahan-lahan dan ketuk-ketuk loyang di atas meja. Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais atas. Setelah 4 jam disejukkan, bolehlah turunkan kek ke bahagian peti bawah. Seeloknya sejukkan kek semalaman.
Cara untuk keluarkan kek dari Loyang:
1.Kena pastikan kek kena betul-betul sejuk, letak loyang atas cawan bulat tinggi yang takda tangkai, turunkan perlahan-lahan loyang belah tepi sampai kek terkeluar sepenuhnya, tarik parchment paper belah tepi cepat-cepat untuk elak melekat.
2.Untuk belah bawah, saya guna pisau dengan sudip, angkat perlahan-lahan dan tarik parchment paper cepat-cepat dan letak kat atas pinggan dengan perlahan-lahan.
Cuba bila masa berubah, warna saja yang berubah, dulu warna coklat kuning, tapi sekarang pelbagai warna, dan gabungan warna hijau putih ini juga cantik. Kalau anda ingin menyediakan biskut ini menggunakan bahan yang mudah dan membuatnya juga senang.
BISKUT DAM PANDAN BAHAN-BAHAN: 100gm mentega 75gm gula halus 1 biji kuning telur 175gm tepung gandum 1 sudu makan tepung jagung Sedikit pes pandan
CARA MEMBUAT:
4. Canai kedua-dua bahagian doh, kemudian potong memanjang. Susun doh secara berselang seli putih dan hijau.
5. Setiap selang lapisan disapu dengan putih telur supaya lapisan melekat.
6. Bungkus adunan yang telah dibentuk dengan plasik wrap dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
7. Keluarkan dan potong nipis adunan dengan ketebalan 1cm lebih kurang.
8. Setelah siap susun dalam loyang pembakar yang telah dioles dengan mentega.
9. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit atau hingga masak.
Sedapnya Kek Coklat Moist Kukus ni. Anda nak cuba? Saudari Hazila Baharudin ada kongsikan resipi yang sangat mudah dan terbaik. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap terutamanya bila dimakan. Lihatlah limpahan coklatnya, mewah kan? Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Pasti tak menyesal punya.
BAHAN C:
3 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Campur semua bahan A. masak di atas api kecil hingga larut dan sebati. Bila sudah sebati, tutup api.
2. Satukn semua bahan B. Ayak.
3. Untuk bahan C, satukan dan pukul hingga kembang.
4. Masukkan bahan A ke dalam bekas lain. Masukkan juga bahan B dan C secara selang seli. Adun guna whisk hingga sebati.
5. Bila sudah sebati, kalau rajin tapis adunan yang sudah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.
6. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul, keknya tak naik cantik.
7. Masa kukusan bergantung kepada bekas. Jika guna bekas yang paling kecil, kukus selama 10 minit. Bekas saiz sedang, kukus selama 15-17 minit. Jika bekas besar, kukus selama 40-45 minit.
8. Untuk tahu kek sudah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Jika lidi kering, tandanya telah masak.
9. Jika nak bakar pun boleh. Bakar pada suhu 180c menggunakan Teknik waterbath selama 40 minit menggunakan api atas bawah.
Asam Rebus Daging yang masam pedas menyengat dengan aroma daun kesum memang padu dimakan bersama nasi panas. Resepi kampung simple tetapi cukup membuka selera.