Kari masala kacang bendi. Wangi semerbak baunya bila masak. Aromanya pun dah boleh buat perut lapar. Tentu ramai yang suka masakan India kan? Ia penuh aroma dan rempah ratus.
Menurut puan Azy Cullen yang berkongsi resipi ini, dia mendapat inspirasi memasak kari masala kacang bendi ini setelah menonton youtube Grandpa Channel. Ternyata memang sedap.
Panaskan minyak, goreng sekejap bendi dan angkat. Toskan.
Ads
Kemudian tumiskan jintan putih, bawang merah, cili hijau, halia yang ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.
Setelah itu, masukkan tomato yang dicincang halus, masukkan serbuk kunyit, garam,garam marsala, serbuk jintan, serbuk ketumbar dan masukkan serbuk cili, tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bendi yang dah digoreng tadi. Masukkan sedikit air biar sampai menidih. Akhir sekali masukkan daun kari dan daun ketumbar. Siap! Makan dengan nasi putih panas.
Lauk orang lama yang digemari ramai. Terung Bakar Bersantan ni sememangnya digemari ramai dan pendek kata, kalau hidang lauk ni pasti licin tidak tersisa.
Bahan-bahan penyediaannya tersangatlah mudah. Asasnya hanya terung, bawang, cili, belacan dan juga santan.
Cara masaknya juga tidak sukar. Hanya bakar terung, tumbuk rencah dan masak seketika santannya. Itu sahaja. Nak cuba? Saudari Kak Ngah Zairihasna ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI TERUNG BAKAR BERSANTAN YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung
2 biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Belacan secukupnya – beli online disini
Santan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan terung dan bakar hingga masak. Rehatkan seketika.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi hingga lumat. Ketepikan.
3.Ambil santan dan masak selama 5 minit.
4. Kemudian masukkan ke dalam lesung berisi bahan yang ditumbuk tadi. Sebatikan.
5. Siat terung yang telah dibakar tadi dan masukkan dalam bekas bersesuaian.
Musim rambutan ini bagi yang nak mencuba kelainan boleh sediakan pajeri rambutan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi. Pajeri rambutan ini bukan hidangan baru sebaliknya resipi orang tua kita sejak dulu lagi bila tiba musim buah ini.
Keenakan pajeri rambutan ini terletak kepada air rambutan yang manis. Cara memasaknya lebih kurang sama pajeri nenas. Ia akan jadi lebih enak jika dilebihkan kerisik supaya hasilnya jadi lemak-lemak manis.
Cara buat pajeri rambutan
Bahan-bahan
Rambutan dikupas kulitnya
10 ulas bawang merah dihiris (lagi banyak lagi sedap)
2 ulas bawang putih dihiris
4 sudu cili kisar (jika ingin pedas tambah kuantiti)
Serbuk kari
Daun kari
Rempah 4 sekawan
Santan
Kerisik
Gula merah
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili kisar.
2. Bila cili masak, masukkan serbuk kari dan semua bahan lain. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan rambutan (tak perlu direbus), biarkan air rambutan kering sedikit sebelum masykkan santan. Kuantiti santan separas rambutan saja. Gaul.
4. Tunggu kuah agak kering sedikit kemudian masukkan kerisik (letak lebih lagi sedap) dan juga gula merah untuk pekatkan kuah. Kuantiti gula merah tak perlu banyak kerana buah rambutan sudah sedia manis.
5. Tambah garam dan kacau. Perasakan ikut kesesuaian. Biarkan seketika kemudian tutup api.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...