Kalau anda penggemar kari kepala ikan, kena cuba kari kepala ikan salmon sangat sedap. Alasan susah nak potong kepala ikan, beli je kepala ikan salmon yang sudah dibelah dua atau minta penjual potong kecil siap-siap, balik rumah tinggal cuci bersih dan masak je. Nak makan kedai paling murah RM50 satu kepala ikan. Buat sendiri jauh lebih jimat dan sedap.
KARI KEPALA IKAN SALMON BAHAN-BAHAN: 1 kepala ikan salmon | belah dua 6 biji kacang bendi | buang tangkai dan hujung 500ml susu rendah lemak 2 sudu makan yorgurt | jika suka 4 sudu makan rempah kari ikan 1 sudu makan serbuk cili 1 sudu makan halba campur 1/2 cawan air asam jawa Sedikit air 2 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa 5 sudu makan minyak masak. BAHAN HIRISAN: 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 cm halia
IKLAN
IKLAN
IKLAN
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
Tumis bahan hirisan hingga wangi, masukkan daun kari dan halba campur.
Kecilkan api, masukkan rempah dan serbuk cili. Tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan api Kembali sederhana.
Biarkan tumisan betul-betul masak, jika kurang air, tambah sedikit.
Setelaha timbul minyak, masukkan air asam, kacau lagi.
Selepas 2-3 minit, masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi.
Diikuti susu cair, yogurt. Biarkan mereneh atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa,
Apabila ikan masak, rasa pun sudah cukup, kecilkan api dan masukkan kacang bendi.
Biarkan 2-3 minit atas api kecil baru tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mendengar celoteh pelakon dan pengacara Sharifah Shahira atau Shira memang tidak kering gusi ketawa. Ada saja gurau sendanya yang mencuit hati. Istimewanya kali ini selebriti ini digandingkan pula dengan Dato’ Chef Wan. Maka gamatlah suasana sepanjang sesi penggambaran Rasa Nostalgia Ramadan yang bakal disiarkan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang Ramadan nanti
Berkongsi Nostalgia Ramadan bersama selebriti yang berasal dari Pahang ini mengakui antara masakan yang digemarinya ialah gulai tempoyak, sambal belimbing dan kulat sisir. Seingat Shira emak akan masak seperti orang dulu-dulu antaranya ikan cencaru belah belakang. Tambah Shira keluarganya menyukai mi yang berkuah.
Shira akui dia paling menyukai laksam.“ Nak cari laksam yang menepati selera memang sukar. Kami dulu buat sendiri. Arwah nenek menyediakan palang khas untuk menjemur tepung ini dikukus. Bancuhan tepung perlu dibuat sebaiknya. Kuahnya juga tidak manis, isi ikan dirasai, sedikit campuran lada hitam ,bunga kemangi dan dimakan dengan sambal. Itulah ramuan laksam paling sedap. Laksam ni kita buat untuk dijual juga,” cerita Shira.
Mi kari juga amat digemari Shira dan menjadi menu wajib di kala Ramadan. Kalau sudah buntu tidak tahu nak makan apa, itulah menu menyelerakan , makan sehingga waktu sahur. Manakala manisan pula Shira menyukai Puding diraja .
Dato’ Chef Wan menyediakan dua masakan yang digemari oleh selebriti ini dengan olahan istimewa iaitu Mi Kari dan Agar Agar Pandan. Sungguh menyelerakan untuk idea berbuka puasa nanti.
MI KARI Bahan-bahan:
350gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200gm bebola ayam (dibelah dua)
100gm kek ikan
150gm udang ( dibersihkan dan dibuang kulit kecuali ekor)
600gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200gm taugeh (dibuang ekor dan dicelur)
2 keping tauhu lopong ( tauhu pok)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
45gm rempah kari daging basah
500ml (2 cawan) santan cair (diperah dari pada 1 biji kelapa parut)
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3cm ( 1 inci ) kulit kayu manis
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato (dipotong kecil)
3 tangkai daun kari
625ml air ( 2 ½ cawan)
1/2 sudu teh garam
2-3 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
Daun pudina
Stok rebusan udang
Pes rempah:
3 ulas bawang merah }dikupas
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2cm halia }dikupas dan dihiris
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan masak sehingga naik bau.
2.Masukkan daun kari dan udang kering. Kemudian masukkan rempah kari daging basah dan goreng sehingga pecah minyak.
3.Masukkan sedikit udang untuk perasa. Masukkan santan dan stok rebusan udang lalu kacau sebentar.
4.Masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu lopong.
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6.Masukkan segenggam daun pudina dan dua batang daun bawang yang sudah dipotong.
7.Kacau dan biar ia didih untuk seketika. Masukkan bawang goreng. Biarkan seketika untuk udang masak dengan betul.
8.Sedia untuk dihidang.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
30gm agar-agar tali
2 cawan santan pekat
600ml air
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
1 cawan gula pasir
PENYEDIAAN AGAR-AGAR:
1.Sukat air masak sebanyak 600 ml dan masukkan ke dalam periuk.
2.Rendamkan agar-agar dan masukkan secawan gula pasir.
3.Masukkan garam secukup rasa dan kacau
PENYEDIAAN ADUNAN SANTAN DAN PANDAN:
1.Masukkan santan pekat dan boleh tambahkan air jika tidak cukup
2.Masukkan 100ml air tapisan pandan untuk pewarna.
3.Masukkan telur dan 2 cubit garam.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan adunan santan dan air pandan ke dalam agar-agar.
2.Kacau dan pastikan adunan itu tidak pecah untuk seketika.
3.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4.Biarkan agar-agar sejuk seketika dan boleh dinikmati.
Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya. Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-
SCONE
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
25gm gula kastor
1 biji telur | pukul
275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Udang Butter Nestum Menu Mudah Kegemaran Ramai khususnya buat yang menggemari makanan laut. Rangup ketika dikunyah dengan cukup rasa, makan begitu saja pun sedap.
Lebih puas kalau dapat buat sendiri di rumah. Makan dengan keluarga baru lebih bermakna. Buat udang banyak-banyak seronok anak-anak makan.
Kalau nak gantikan dengan ayam atau sotong pun boleh juga. Jangan lupa cuba nanti!
RESIPI UDANG BUTTER NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg udang (saiz besar lebih baik)
3 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih dicincang – BELI ONLINE
2 biji cili padi diracik –BELI ONLINE
1 mangkuk kecil tepung jagung –BELI ONLINE
1 mangkuk Nestum
3 tangkai daun kari
Lada sulah -BELI ONLINE
Serbuk perasa/perencah cukup rasa
Garam
Gula
CARA MEMBUAT:
1.Setelah udang dibersihkan, gaul udang dengan garam hingga sebati.
2. Masukkan lada sulah. Sebatikan.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung dan gaul dengan udang hingga sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan.
5. Goreng sekejap sahaja dengan api besar. Angkat dan toskan. Ketepikan.
6. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.
7. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
8. Selepas itu masukkan nestum dan kacau hingga sekata.
9. Masukkan serbuk perasa/rencah cukup rasa.
10. Masukkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.
11. Akhirnya sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Balik-balikkan supaya nestum menyelaputi udang. Hidangkan.