The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dengan bangganya meraikan pembukaan kafenya yang ke-200, berlokasi strategik di Caltex Batu Maung, Pulau Pinang, memperkukuhkan reputasi jenama ini sebagai peneraju dalam arena kopi dan teh bertaraf premium. Lokasi baharu ini juga menguatkan komitmen jenama ini terhadap kualiti, inovasi dan kemudahan pelanggan menerusi khidmat pandu lalunya.
Kafe ke-200
Kafe di Caltex Batu Maung ini menyuluh visi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyediakan akses yang mudah kepada minuman premium, melengkapi kafe pandu masuk dengan tempat letak kereta yang ditetapkan untuk pelanggan, sambil memastikan mereka dapat menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka dengan waktu menunggu yang lebih singkat.
Ads
Datuk M. Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, berkongsi, “Pembukaan kafe kami yang ke-200 bukanlah satu titik pencapaian semata-mata; ia membuktikan kepercayaan dan kesetiaan yang terbina bersama pelanggan kami selama ini. Sementara kami melebarkan sayap ke Batu Maung, kami masih memberi fokus untuk menjamin kualiti setiap minuman, berserta solusi-solusi mudah akses seperti khidmat pandu masuk untuk memenuhi keperluan pelanggan masa kini dengan lebih baik. Kafe ini melambangkan komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan bertaraf tinggi, bagi pelanggan yang bergegas untuk minuman mereka ataupun mereka yang ingin berehat seketika.”
Kafe berkeluasan 2,100 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, meja dan tempat duduk yang dapat memuatkan sebanyak 86 orang pelanggan dan pengunjung. Diilhamkan oleh pengaruh California Selatan, kafe tersebut membawakan ambien yang tampak cerah dan mesra untuk memudahkan pelanggan bersantai dan berhubung.
Memperkayakan Pengalaman Pelanggan dengan Aplikasi MyCBTL
Menjadi sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga telah melancarkan aplikasi MyCBTL di Pulau Pinang pada 7 November 2024. Direka untuk memudahkan serta menaik taraf bagaimana pelanggan menikmati minuman buatan tangan kegemaran mereka, aplikasi ini menyediakan ciri-ciri seperti promosi istimewa dan proses pesanan yang lancar. Biar untuk mendapatkan minuman dengan segera atau berehat seketika, aplikasi ini meningkatkan tahap kemudahan dan aksesibiliti, mencerminkan komitmen jenama ini untuk menjadikan setiap detik bersama kopi dan teh yang dihidangkan lebih menikmatkan.
Untuk 200 kafe dan selanjutnya, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia terus menetapkan standard bagi minuman premium buatan tangan, menggandingkan inovasi dengan pengalaman pelanggan yang cemerlang.
Ads
Kafe Caltex Batu Maung memulakan operasi pada 19 Disember 2024, dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam dari Isnin hingga Ahad di Caltex, Jalan Batu Maung, Diamond Valley Industrial Park, Batu Maung, Pulau Pinang.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
RASA BUBUR LAMBUK WARISAN DI MALAYSIA
Untuk tahun yang kelima, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan yang bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Istimewa Bubur Lambuk tahun ini, Rasa bakal menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai. Wow bestnya!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Jika anda membeli belah di Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam, pastikan anda singgah ke Kedai KekShah Alam dan Mior Dessert di aras tanah. Anda pasti rambang mata melihat barisan kek indah dengan pelbagai corak dan hiasan, brownies, tart, biskut, cream puff dan pelbagai lagi. Yang pasti semua produk jualan bakeri dan pastri ini halalan toyibban milik bumiputera muslim.
.
Produk jualan di sini ada yang dihasilkan di dapur Mior Dessert tidak jauh dari Kedai Kek Shah Alamyang cukup terkenal dengan ‘signature’ Cream Puff dan ada juga dibuat di dapur pusat (Central Kitchen) di Baker’s Place , Cheras, KL. Jadi produk di sini terjamin kesegarannya freshmade enak berkualiti.
.
.
Pemiliknya ialah pasangan suami isteri Mior Ashraf Norul Bashah, 41 tahun, dan Fazillah Omar, 40 tahun . Perniagaan mereka bermula di rumah sejak 2004 dengan menjual krim puff Mior Dessert. Kini berkembang memiliki dapur sendiri dan turut membekalkan produk ke stesen Petronas, katerer dan bakeri dan pelanggan lain.
.
.
Produk terkenal dan popular adalah kek viral setengah kg dengan sembilan perasa yang berharga RM20. Mior Dessert menghasilkan empat jenis Dessert iaitu Krim Puff, Pastri Lapis, Tart Buah dan Tart Keju. Variasi kek yang terdapat di Kedai Kek pula adalah,kek Red Velvet, kek Coklat Oreo, kek Indulgent Layer dengan Mousse dan pelbagai lagi aneka biskut. dan serunding.
.
Menariknya Fazilah juga menjalankan R & D sendiri dengan mencuba resipi dan membuat teknik membuat filling bagi mendapatkan hasil keluaran yang lebih produktif dan efektif. Mereka juga turut menawarkan kelas membuat bakeri dan pastri. Niat murni mereka adalah terus menghasilkan produk berkualiti sambil menjalankan fardhu kifayah memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang halalan toyibban.
.
.
INFO KEDAI :
Lokasi : Aras Tanah , Kompleks Membeli Belah Ole Ole , Seksyen 18, Shah Alam
Pemilik : Mior Ashraf Norul Bashah dan Fazillah Omar
Waktu Urusniaga : Isnin – Ahad, 7 hari seminggu, 10 pagi hingga 10 malam
Keistimewaan :
Lokasi strategik dan harga berpatutan
Menerima tempahan ‘custom made’,mengikut citarasa pelanggan
Mior Dessert terkenal denagn cream puff, puff pastry, tart buah dan tart keju.
Kek paling viral kek ½ kg dengan 9 perasa
Menerima tempahan korporat dan majlis
6. Membuat R & D sendiri memperkenalkan teknik membuat cream puff dengan hasil optimum tanpa membebankan tenaga.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI MIXER ATAU MESIN MEMPROSES TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMBUAT KEK, JOM SEMAKDI SINI.
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada: rasuahbusters@gmail.com atau (WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di: https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut: