Jungle House melancarkan jenamanya secara rasmi di Malaysia. Sebagai gedung madu terkhusus pertama di Malaysia, Jungle House menyerlahkan keunikannya dengan cogan kata “All Things Honey” (Segalanya Mengenai Madu) – menggalakkan orang ramai untuk menghargai madu dan membudayakan amalan menikmati madu di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesihatan.

Jungle House Lancar Gedung Madu Gaya Hidup Pertama Di Malaysia

 

Majlis ini turut meraikan pembukaan cawangan ke-9 Jungle House dan yang pertama untuk membawakan konsep kafe di Jalan Telawi 3, Bangsar. Cawangan Bangsar menampilkan suasana tersendiri dengan ruang gaya hidup serba santai yang terbuka dan juga tertutup. Kafe ini menyajikan pelbagai makanan dan minuman berinspirasi madu termasuk Oat Sarapan Madu, Kek Madu Rusia, pelbagai jenis Croffles (gabungan croissant dan wafel), kopi madu, teh dan jus – semuanya digandingkan dengan jenis dan perisa madu yang khusus.

Jungle House Lancar Gedung Madu Gaya Hidup Pertama Di Malaysia

Jungle House Lancar Gedung Madu Gaya Hidup Pertama Di Malaysia

Kafe baharu ini membolehkan rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk untuk beristirahat seketika untuk menjamu selera atau menikmati minuman atau kek madu kegemaran mereka dalam persekitaran yang nyaman dan menenangkan. Mereka juga boleh membeli-belah di kedai runcit Jungle House yang menawarkan segala jenis produk madu, minuman, indung madu dan juga pelbagai set hadiah bertemakan madu yang direka anggun dan juga produk penjagaan peribadi seperti sabun madu, pelitup muka dan juga cenderahati lain.

IKLAN

Cawangan Jungle House yang lain terletak di Pusat Beli-Belah One Utama, Mid Valley Mega Mall, Pavilion Elite, Central I-City, D Pulses, IOI City Mall, & Queensway Mall, dan hanya menawarkan produk runcit.

Di majlis pelancaran media hari ini, pengasas dan pemilik bersama Jungle House, Encik Paul Poh dan Cik Ashley Lam mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan hidangan terbaharu dalam menu, iaitu “Honey-misu” – sejenis manisan yang sihat tetapi tidak kurang lazatnya, selain madu-madu terkenalnya – Royal Black & Royal White dan Signature Honey Variety.

Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian).

Kisah bagaimana Jungle House diasaskan sememangnya amat menarik dan merupakan satu pengalaman semanis madu yang disediakan di gedungnya. Apa yang bermula sebagai pengembaraan menyusuri hutan tebal di Garut di Jawa Barat, Indonesia beberapa tahun lepas telah mencetus minat Paul dan Ashley terhadap madu apabila mereka terserempak dengan sekumpulan pemburu lebah asli yang memberi peluang kepada mereka mencuba madu hutan segar. Madu yang tulen, organik, mentah, tidak tercemar itu mempunyai perisa bunga yang dikunjungi lebah madu untuk nektar dan debunga, dan berbeza daripada madu yang pernah dirasai sebelum ini.

Ketika itu Paul baru berjinak-jinak dengan  perniagaan madu, manakala Ashley sudah menceburi perniagaan runcit madu sejak 2007. Pada 2014 beliau menemui Paul yang terlibat dalam bidang kejuruteraan. Maka bermulalah kisah cinta yang bukan sahaja menyaksikan kedua-duanya mengikat tali kasih sayang, tetapi turut melahirkan sebuah perniagaan perkongsian bernama Jungle House pada 2018.

IKLAN

Jungle House Lancar Gedung Madu Gaya Hidup Pertama Di Malaysia

Di majlis tersebut pakar runding diet, Cik Indra Balaratnam berkongsi khasiat dan manfaat madu yang memang terkenal sebagai salah satu makanan unggul yang membantu meningkatkan keimunan badan. “Madu mempunyai pelbagai khasiat, serta kaya dengan mineral dan vitamin, antioksidan dan enzim yang membantu meningkatkan keimunan dan melindungi badan kita. Selain itu, madu mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antimikrob, yang baik untuk badan dan membantu meringankan gejala batuk dan sakit tekak, menjadikannya amat berguna untuk menentang gejala Covid,” kata Indra. 

Jungle House Lancar Gedung Madu Gaya Hidup Pertama Di Malaysia

Indra juga menunjukkan dua resipi, iaitu Salad Ayam Quinoa Dengan Vinaigrette Balsam Royal Black Jungle House dan Oat Semalaman Jungle House. Beliau berkata madu sebagai ramuan yang serba guna boleh diadun ke dalam pelbagai resipi untuk menambah rasa atau digunakan sebagai bahan utama. Madu ialah ramuan sesuai untuk menyerlahkan kreativiti kulinari, cita rasa dan kesihatan,” ujar Indra.

IKLAN

http://www.rasa.my/mudah-je-buat-sendiri-inti-murtabak-samosa-sambut-ramadan/

Mudahnya Nak Buat Resipi Agar-Agar Cadbury, Guna 4 Bahan Je  

http://www.rasa.my/agar-agar-neapolitan-pasti-jadi-rebutan-di-bulan-ramadan/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI