Singgang Ayam letak sayur bendi, makan pula dengan nasi putih dan budu yang ditambah dengan cili padi potong, memang terangkat.
selalu dengar singgang ikan je kan, tapi sebenarnya ayam pun sedap kalau dibuat singgang.
Makan macam ni, memang boleh buat makan bertambah. Lauk ini juga sesuai untuk dibuat lauk berpantang. Sesuai juga buat yang berdiet, ratah sahaja lengkaplah hidangan.
SINGGANG AYAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam- dipotong & cuci bersih
kunyit-dihiris
lengkuas-dihiris
halia-dihiris
bawang putih-dihiris
serai-diketuk
bawang merah-dihiris
cili besar/cili padi- belah tengah
bendi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam sudah dicuci bersih kedalam periuk.
2. Masukkan lengkuas, halia, serai, kunyit, bawang putih, bawang merah
3. Masukkan air sehingga ayam tenggelam.
4. Letakkan periuk diatas dapur dan biar hingga mendidih.
5. Bila kuah mula mendidih boleh masukkan bendi dan cili merah atau cili padi.
6. Masukkan asam keping. Jika suka lebih masam boleh lebihkan dan sebaliknya.
7. Perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa anda.
8. Boleh tutup api bila semua bahan sudah masak dan cukup rasa.
Ads
INFO: Kalau suka boleh letak sedikit budu kedalam masakan tapi harus seimbangkan dengan garam sebab budu ada rasa masin.
Anda yang tidak suka lauk pauk yang pedas, idea masak Opor Ayam Kampung ni boleh dicuba, kalau tak ada ayam kampung boleh je guna ayam biasa yang diberi di pasaraya. Rasa lebih kurang je . Cuma kalau ayam kampung tu rasanya lebih pejal dan sedap. Menu ini mudah disediakan dan tak pedas, sesuai sangat kalau disajikan untuk anak-anak. Selain sedap dimakan dengan nasi putih, ia juga enak dihidangkan bersama nasi impit atau roti.
OPOR AYAM KAMPUNG BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung | potong sederhana, bersih dan toskan. 3 helai daun salam 2 batang serai | titik 2cm lengkuas 2 sudu teh garam 1 sudu teh gula pasir 1 sudu teh serbuk perasa ayam 1250ml air 200ml santan pekat/kotak 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR HALUS: 9 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 7 biji buah keras 2cm halia 3cm kunyit hidup | bakar 1cm kencur 2 helai daun limau purut 1/2 sudu teh lada hitam biji
CARA MEMBUAT: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga wangi. 2. Masukkan ayam, kacau rata. Masak hingga kecut. 3. Masukkan air, daun salam serai dan lengkuas. Masak hingga ayam empuk. 4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa ayam. Tambah air jika belum empuk. 5. Tambahkan santan ke dalamnya dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan cukup rasa. 6. Opor Ayam Kampung sedia dihidangkan.
Hidangan set lengkap nasi tomato bersama lauk ayam masak merah dan acar sesuai di jadiakan menu berbuka mahupun sajian utama di hari raya. Mesti makan berselera seisi keluarga menjamah hidangan istimewa ini. Nak lagi sedap tambah papadom. Selamat mencuba.
RESIPI NASI TOMATO GOMORE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras – basuh dan toskan
Sedikit minyak masak untuk menumis
3 sudu besar butter/marjerin
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 batang batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang – patahkan
5 sudu besar pes tomato
2 batang serai – ketuk
1 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *.
2) Panaskan minyak dan masukan butter. Apabila butter cair masukkan bahan blend, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam. Kacau sehingga kiub ayam hancur. Masukkan pes tomato. Kacau rata.
4) Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan garam. Kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak.
RESIPI AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 20, lumur dengan garam kunyit dan goreng hingga masak. Jangan garing
3 biji bawang besar merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai – diketuk
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar pes tomato
Garam dan gula secukupnya
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
2) Masukkan serai. Tumis sampai wangi.
3) Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sehingga naik minyak.
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air. Kacau sesekali supaya tak hangus. Masak sampai kuah pekat.
RESIPI ACAR TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji timun – potong memanjang (julienne)
1 batang carrot – potong julienne
3 biji cili padi – hiris halus
1 biji cili besar merah – potong bulat
1 biji bawang besar saiz sederhana – hiris halus
6 sudu besar gula*
6 sudu besar cuka makan*
1 sudu besar garam*
CARA MEMASAK:
1) Masukkan bahan bertanda * dalam mangkuk. Kacau sehingga larut
2) Masukkan sayuran dalam mangkuk besar. Tuangkan larutan cuka+gula+garam ke atas sayuran. Gaul rata. Jangan tambah air. Air sayuran akan keluar nanti.
Sekali sekala teringin nak makan set nasi bertumis, korang boleh cuba Nasi Kurma dengan lauk Kuzi Ayam dan Acar Nanas Berempah, perghhh sedap, macam makan restoran mewah rasanya, gabungan set ini memang kena dan boleh juga dijadikan menu untuk korang raikan tetamu yang datang bertamudi hujung minggu. Cara memasaknya pun mudah, korang boleh cuba…
.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
.
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...