Sedapnya Ayam Bistik perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Jika anda dan keluarga sukakan menu yang bersos, nah…lauk sebegini tentunya sangat sesuai untuk anda. Bahan-bahannya mudah didapati malah rasanya juga enak sekali. Andai tiada ayam, boleh sahaja gantikan dengan telur ataupun daging. Sama sedapnya. Enak dimakan bersama nasi dan juga roti benggali. Jomlah cuba! Anda pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Cincang atau kisar isi ayam hingga lumat. 2.Kemudian satukan dengan tepung jagung, serbuk lada sulah dan telur. Gaul rata dan biarkan sekejap. 3.Bulat-bulatkan adunan dan goreng dengan sedikit minyak dalam non-stick pan hingga kekuningan. 4.Angkat dan ketepikan seketika. BAHAN KUAH BISTIK:
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuningan. Ketepikan. 2.Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau. 3.Masukkan lada hitam tumbuk dan kesemua jenis sos. Kacau rata dan masukkan air, kiub ayam, gula dan garam dengan secukup rasa. 4.Masukkan isi ayam dan kentang goreng tadi. Biarkan kuah mendidih. 5.Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sesekali biar rata. 6.Masukkan hirisan cili merah, buah tomato dan kacang peas atau mix vege. Masak sampai kuah nampak sedikit pekat. 7.Hiaskan dengan hirisan daun sup hiris. Siap. Ayam Bistik juga sedap dimakan bersama roti benggali. Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Melalui facebook, wanita bernama Dynie Khainudin berkongsi resipi membuat ayam goreng berempah. Ternyata ayam goreng berempah ini memang sangat sedap dan berbau harum ketika digoreng. Kiranya, boleh naik selera makan la. Jom cuba ayam goreng berempah yang nampak sedap ni.
Satu tip yang diberikan oleh beliau adalah ketika menggoreng kita perlu pandai jaga api. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Api sederhana menjadikan ayam goreng berempah lebih juicy.
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN UTAMA
1/2 ekor ayam
BAHAN PERAPAN
Serbuk kunyit
Garam
Bawang putih
Cili giling atau cili flake
Serbuk kari | Optional
CARA PERAP
1. Kisar semua bahan.
2. Lumur pada ayam.
3. Perap selama 30 minit.
BAHAN KISAR KERING
1 labu Bawang besar
3 batang serai
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Halia
Bawang putih
CARA PERAPAN
1. Kisar semua bahan.
2. Lumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula.
3. Perap selama 2 jam.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Goreng sehingga ayam masak.
TIP
* Nak ayam masak rata dan tidak keras, kena pandai adjust api kecil dan sederhana.
* Minyak masak hanya guna satu kali goreng sahaja supaya rempah tak hitamkan ayam goreng.
Dah puas dengan daging dan ayam, apakata ubah selera dengan rendang itik pulak. Eloknya itik tu disalai dulu baru sedap rasanya dan tak liat. Kalau nak senang beli aje itik salai yang dah siap.
Itik ni kalau masak rendang memang sedap sangat nih. Dagingnya pun pejal dan kalau betul cara masaknya boleh tahan lama nih.
RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN : 1 ekor itik |potong 12 1 kilo santan
BAHAN A : 20 biji cili api 5 sudu cili boh 2 inci kunyit hidup 2 inci halia 2 inci lengkuas 5 batang serai
BAHAN B 5 batang serai |diketuk 2 asam keping 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan 1 sudu makan kerisik Garam secukup rasa Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK :
Itik dibersihkan, disalai .
Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali.
Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C.
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masak lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu tak sampai 15 minit siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya.
RASA gerenti anak-anak mahupun suami akan minta anda masak lagi menu ringkas ini. Kalau tak sempat hari ni simpan resipi dan cuba bila ada kesempatan.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | hiris nipis
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 sudu makan sos tiram
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan pula hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!