Kuih lapis adalah sejenis kuih orang lama atau selalunya warganet akan sebut lejen, memang tetap jadi pilihan. Kuih yang sebegini rasanya tak pernah jemu dimakan. Kalau bukan kita yang menjaga keaslian kuih tradisi, siapalah lagi yang boleh diharapkan kan?
Memang sedap dimakan. Sangat sesuai untuk minum petang. Sarapan pun boleh juga. Kuih lapis warna-warni ini dipandang pun cantik. Nak membuatnya, kena penuh kesabaran.
Salah satu kuih lejen yang tetap ramai peminatnya adalah kuih lapis. Anys Idayu Zakaria dalam facebooknya berkongsi resipi kuih lapis yang menjadi kegemaran dalam keluarganya.
KUIH LAPIS
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 cawan tepung jagung (BELI DI SINI)
1 kotak santan
3 cawan air
Garam secubit
1 cawan gula
Pewarna
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk kukus. Bagi air mendidih.
2. Campur semua bahan. Kacau bagi rata. Guna blender supaya cantik bancuhannya tak berketul.
3. Bahagi bancuhan ikut berapa warna nak guna.
4. Sapu loyang dengan marjerin atau sedikit minyak
5. Tuang bancuhan warna pertama. Sukat guna cawan. Setiap bancuhan tuang ikut sukatan cawan tu.
6. Kukus 5 minit.
7. Ulang lagi untuk color bancuhan seterusnya sampai habis.
8. Last sekali kukus 30 minit bagi betul-betul masak.
9. Dah masak, tutup api, biarkan sejuk.
10. Sebaiknya buat waktu malam untuk makan esok. Barulah senang potong.
Kredit Anys Idayu Zakaria
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Variasikan Hidangan Pisang Untuk Menu Sarapan Pagi Korang..Memang Mudah & Sedap!
Pisang adalah salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran ramai, dan pastinya pelbagai hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan pisang jika kita kreatif. Memang mudah dan sememangnya sedap! Ini dia 5 resipi berasaskan pisang yang boleh dijadikan sebagai menu sarapan korang..selamat mencuba!
CEKODOK PISANG GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 8 biji pisang emas – pisang yang lain pun boleh
- 3/4 camca teh soda bicarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 camca besar gula peerang
- 1/3 camca besar gula halus
- 1 cawan tepung gandum (lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung)
- 1/4 camca teh garam halus
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
- Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonat hingga hancur.
- Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
- Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak, buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang.
- Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.
PANCAKE PISANG VERSI MODEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum*
- 2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan susu segar
- 2 camca besar gula halus
- 1/2 camca teh garam
- 1/2 camca teh esen vanilla
- 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
BAHAN TOPPING:
- Pisang
- Madu atau maple syrup
- Gula Perang
- Butter
CARA PENYEDIAAN:
- Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
- Panaskan non-stick pan, kecilkan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
- Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang-lubang dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
- Adunan ini menghasilkan 9 – 10 keping pancake.
- Untuk topping : panaskan satu sudu besar butter + masukkan 1 sudu besar gula perang. Cairkan keduanya dan masukkan potongan pisang. Masak sedikit agar pisang disaluti gula perang. Jangan dibiarkan hangit. Enak juga dimasukkan taburan badam cincang.
Cadangan lain untuk topping – potong pisang dan tuang maple syrup atau madu.
LEMPENG PISANG KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 10-20 biji pisang awak/emas | dibuang kulitnya & dilenyek – Pilih pisang masak ranum
- 3 camca besar susu pekat | boleh ganti dengan gula
- 1/2 cawan kelapa parut putih
- 2 susu teh garam
- 3/4 cawan tepung gandum
- Daun pisang dibersihkan dan dipotong saiz sejengkal
CARA PENYEDIAAN:
- Lecek pisang hingga lumat. Masukkan susu pekat, garam & gaul hingga sebati.
- Masukkan kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata dan rehatkan 5 minit.
- Panaskan kuali leper, sendukkan adunan tadi ke dalam daun pisang – menjadi lempeng lebih kurang 1 cm dan masakkan.
- Balikkan dan masak lagi hingga kuning keemasan.
- Bila masak, angkat dan hidangkan.
APAM PISANG MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan pisang lemak manis lecek halus
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan minyak jagung
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
- Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
- Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
- Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
- Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.
FRENCH TOAST PISANG/ ROTI GULUNG PISANG NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji pisang | belah dua jika mahu digulung dalam roti/potong kecil untuk french toast)
- 6 keping roti
BAHAN CELUPAN:
- 2 butir telur
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu makan gula pasir
- 75 ml susu cair
- 50 gram mentega untuk menumis
CARA PENYEDIAAN BANANA ROLL FRENCH TOAST:
- Pukul telur bersama garam, dan gula pasir. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diaduk rata.
- Celup roti satu per satu. Letakkan pisang. Gulung.
- Gorengkan dengan mentega yang sudah dipanaskan sehingga keemasan.
Kredit resipi & gambar: Pamapedia
Cara Buat Kuih Sagu Kukus Menggunakan Acuan Lompang
Kuih Sagu merupakan antara kuih lama yang sedap dan paling mudah nak buat. Teksturnya yang lembut, manis dan dinikmati bersama kelapa parut menjadikan sajian ini digemari semua golongan. Bagi anda yang terasa nak makan Kuih Sagu untuk minum petang, resipi perkongsian saudari Sitihawa Ahmad ni boleh dicuba. Memang mudah!
RESIPI KUIH SAGU
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan sagu – beli online DISINI
- 2 1/2 cawan air
- 3/4 cawan gula pasir – beli online DISINI
- 1/2 sudu teh pewarna merah @ hijau
- 1/2 biji kelapa parut – kukus terlebih dahulu supaya tahan lama
- Sedikit garam halus – beli online DISINI
- Sedikit minyak untuk sapu acuan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan pewarna. Kacau rata.
2. Bila mendidih, masukkan sagu dan gula. Kacau serta masak hingga kembang dan likat.
3. Padamkan api dan masukkan sagu ke dalam acuan-acuan kecil atau acuan lompang. Boleh juga guna loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus sagu sekali lagi selama 15-20 minit.
5. Sejukkan sagu seketika sebelum dikeluarkan dari acuan.
6. Tabur kelapa parut yang telah dikukus dan digaul dengan sedikit garam halus.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sitihawa Ahmad
Anda mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kuih Bakul Homemade Yang Kenyal & Sedap, Yang Penting Halal
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
10 Kuih Tradisional Melayu Paling Orang Cari. Makan Waktu Petang Memang Best!
Bagi peminat juadah kuih muih tradisi pastinya tidak dapat melupakan keenakan hidangan ini yang sememangnya memenuhi cita rasa. Lemak, pedas, berempah…Memang cukup rasa! Pendek kata sekali makan, nak lagi cuba berkali-kali.
Lambakan manisan serta pastri moden seolah-olah menenggelamkan hidangan warisan ini. Tidak…Selagi ada peminatnya, aneka kuih muih asli ini pasti akan tetap ada. Lihat sahaja di pasar-pasar atau restoran yang menjual aneka kuih muih tradisional yang sedap, pasti ramai yang berkunjung untuk menikmatinya.
Jom lihat senarai kuih-kuih tradisional Melayu yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.Nak buatnya pun senang. Anda boleh cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN A:
- 200gm ubi keledek|direbus dan lecek
- 120gm tepung gandum
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
- 4 biji cili merah|kisar
- 4 biji bawang merah|kisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- 1 batang serai|dimayang halus
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
- Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
- Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.
Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.
2. CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm isi ketam|dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
ANDA MUNGKIN SUKA:
3. JEMPUT-JEMPUT KENTANG & SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 420gm tepung gandum
- 250ml air
- 125ml susu
- 8 ekor sotong|dihiris halus
- 2 biji ubi kentang|disagat
- 5gm garam
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.
4. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM
BAHAN-BAHAN A:
- 500gm tepung gandum
- 200ml air
- 125ml minyak masak
- 60gm marjerin
BAHAN-BAHAN B:
- 2 biji ubi keledek|dibersihkan dan dadu kecil
- 125gm isi ayam rebus
- 60gm rempah kari
- 1 labu bawang besar|dicincang halus
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
- Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
- Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
- Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
5. POPIAH GORENG BERINTI SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping kulit popia
- 6 ekor udang|dicincang
- 250gm hirisan kubis panjang
- 1 batang lobak|diparut
- 125gm sengkuang|potong memanjang kecil
- 5 biji bawang kecil|tumbuk halus
- 4 ulas bawang putih|tumbuk halus
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
- Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.
MESTI CUBA:
http://www.rasa.my/resipi-rahsia-keenakan-pulut-panggang-orang-pantai-timur-patutlah-terlajak-sedap/
6. PULUT PANGGANG SERUNDING
BAHAN-BAHAN A:
- 300gm pulut
- 250ml santan pekat
- Garam secukup rasa
- Daun pisang/daun nyirik secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING:
- 200gm udang segar|bersihkan dan cincang kasar
- 50gm udang kering|ditumbuk lumat
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 2 batang serai|dimayang halus
- 4 biji cili merah|tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah|tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih|tumbuk lumat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
- Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
- Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
- Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
- Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik
7. PULUT TANAK SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN A:
- 500ml santan pekat
- 50ml air
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 100gm ikan bilis|goreng garing
- 10 biji cili padi|dikisar
- 2 biji cili hijau|dikisar
- 5 biji bawang merah|dikisar
- 4 ulas bawang putih|dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- 5ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
- Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
- Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
BOLEH CUBA:
Resipi Donat Pandan Susu Gebu. Terlajak Mudah & Senang Nak Buat. Memang Wajib Cuba!
8. ROTI JALA & KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI JALA:
- 375gm tepung gandum
- 500ml air
- 10ml minyak sayur
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Pewarna kuning
BAHAN-BAHAN UNTUK KARI SOTONG:
- 6 ekor sotong|dipotong kecil
- 2 biji ubi kentang|dipotong dadu besar
- 400ml santan pekat
- 5 biji bawang merah|dikisar halus
- 4 ulas bawang putih|dikisar halus
- 60gm rempah kari
- 30gm serbuk cili
- 15ml air asam jawa
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- Garam secukup rasa
- Gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan untuk menyediakan roti jala ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
- Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
- Masak untuk beberapa minit dan gulung dengan kemas.
- Untuk membuat kari sotong, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis lagi selama beberapa minit.
- Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tuang sedikit air dan didihkan hingga rempah pecah minyak.
- Masukkan sotong, ubi kentang, santan, air asam jawa dan didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
Info Chef: Untuk kelainan, titikkan pewarna pandan ke dalam adunan roti jala untuk memberi rasa dan aroma yang lebih enak.
9. SAMOSA
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia secukupnya
- 2 biji ubi kentang – bersihkan & dadu
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan & cincang
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 labu bawang besar – cincang
- 1 tangkai daun kari
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan sedikit air. Masukkan ubi kentang dan tambah dua sudu makan air. Didihkan hingga ubi kentang empuk.
- Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sebati hingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Untuk membuat samosa; ambil sekeping kulit popia, letakkan sesudu inti ke dalamnya dan bentukkan mengikut cita rasa(gulung/segi tiga).
- Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keperang-perangan.
10.LEMPENG GULUNG DAN SAMBAL IKAN
Bahan-bahan A:
- 150g tepung gandum
- 350ml air
- 1 biji telur
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (sambal ikan):
- 3 ekor ikan kembung/selar – potong kecil & goreng garing
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 4 ulas bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
- Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
- Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan.
- Untuk membuat sambal ikan: panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng di dalam sambal dan kaup-balikkan. Hidangkan bersama lempeng gulung.