Kuih lapis adalah sejenis kuih orang lama atau selalunya warganet akan sebut lejen, memang tetap jadi pilihan. Kuih yang sebegini rasanya tak pernah jemu dimakan. Kalau bukan kita yang menjaga keaslian kuih tradisi, siapalah lagi yang boleh diharapkan kan?
Memang sedap dimakan. Sangat sesuai untuk minum petang. Sarapan pun boleh juga. Kuih lapis warna-warni ini dipandang pun cantik. Nak membuatnya, kena penuh kesabaran.
Salah satu kuih lejen yang tetap ramai peminatnya adalah kuih lapis. Anys Idayu Zakaria dalam facebooknya berkongsi resipi kuih lapis yang menjadi kegemaran dalam keluarganya.
KUIH LAPIS
Ads
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 cawan tepung jagung (BELI DI SINI)
1 kotak santan
3 cawan air
Garam secubit
1 cawan gula
Pewarna
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk kukus. Bagi air mendidih.
2. Campur semua bahan. Kacau bagi rata. Guna blender supaya cantik bancuhannya tak berketul.
3. Bahagi bancuhan ikut berapa warna nak guna.
4. Sapu loyang dengan marjerin atau sedikit minyak
5. Tuang bancuhan warna pertama. Sukat guna cawan. Setiap bancuhan tuang ikut sukatan cawan tu.
6. Kukus 5 minit.
7. Ulang lagi untuk color bancuhan seterusnya sampai habis.
8. Last sekali kukus 30 minit bagi betul-betul masak.
9. Dah masak, tutup api, biarkan sejuk.
10. Sebaiknya buat waktu malam untuk makan esok. Barulah senang potong.
Memang best kalau pandai buat kuih talam, setiap petang pasti ada menu minum petang. Kunci kejayaan buat kuih talam ni kena rajin mencuba dan jangan derhaka resipi je sebenarnya. Saya nak kongsikan 5 resipi kuih talam yang mudah dan menarik untuk dicuba. Mana tahu boleh cuba jual guna resipi kuih talam yang saya share ni. Jom kita cuba!
di rumah sebab barang-barang dekat dapur mesti tersusun rapi je. Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
KUIH TALAM LAPIS KACANG MERAH
Bahan A:
525gm gula halus – tak suka manis boleh kurangkan 1100ml Air 5 helai daun pandan – digunting pendek
Bahan B:
500gm tepung beras 50gm tepung ubi 1 ½ sudu kecil garam 500ml santan pekat 1100ml Air
Bahan C:
300gm kacang merah kecil – direndam 1 malam, basuh dan rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus Pewarnna Pink
Cara Penyediaan:
1. Masak bahan A sehingga mendidih. 2. Satukan semua bahan B dan campurkaan dengan bahan A. 3. Bahagikan kepada 2 bahagian. 4. Pastikan putih 800ml. 5. Selebihnya untuk warna merah rose pink lebih kurang 4 atau 5 titik. 6. Mulakan melapis 500ml merah, 400ml putih, 350ml merah. Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit. 7. 700ml merah tambah kacang merah (dikisar sekejap je) kemudian kukus 7 minit. 8. Melapis sehingga habis, akhir sekali warna merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak. 9. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
1. Satukan kesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk. 2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan. 3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati. 4. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit. Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yang terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih.
Bahan lapisan atas:
2 cawan santan pekat 1 cawan air pandan – 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cawan jumlahnya 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar tepung ubi 2 biji telur 2 sudu besar gula pasir Secubit garam Pewarna hijau/pandan
Cara Penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya. 2. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je. 3. Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yang terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit untuk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih. 4. Tunggu kuih betul-betul sejuk baru dipotong menggunakan pisau plastik. 5. Jangan lupa like dan share, terima kasih dan selamat mencuba
3 sudu besar serbuk koko* 4 sudu besar air suam* 1 sudu kecil pewarna hijau 1 sudu kecil esen pisang
Cara Penyediaan:
1. Mula-mula satukan bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam. Ketepikan. 2. Sementara itu, satukan kesemua bahan A dan kacau rata. Ketepikan. 3. Panaskan pengukus, sediakan loyang sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik supaya kuih mudah keluar. Balut penutup pengukus dengan kain bersih atau guna aluminium foil. 4. Setelah air mendidih, masukkan acuan ke dalam pengukus dan panaskan seketika. 5. Setelah adunan B suam, tuangkan ke dalam adunan A. Kacau rata. 6. Sediakan 2 biji bekas berasingan dan tapis adunan A + B sama rata ke dalam kedua-dua bekas itu. 7. Satukan bahan bertanda *. 8. Satu bekas dicampur dengan campuran serbuk koko dan satu bekas lagi dicampur dengan pewarna hijau dan esen pisang. 9. Tuangkan sedikit adunan hijau ke dalam loyang, tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit. Tuangkan pula adunan coklat ke dalam loyang, tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit. Ulang kedua-dua proses sehingga habis berselang-seli. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit. 10. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 11. Jangan lupa like dan share ye, terima kasih dan selamat mencuba.
1. Satukan bahan bertanda * dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A. 2. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut). 3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata 4. Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. 5. Kukus selama 25 minit, selepas masak, cakar-cakar dengan garfu.
Bahan A lapisan atas:
300gm gula merah – boleh guna gula melaka/gula kampung 50gm gula castor 500ml air
1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. 2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja). 5. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
KUIH TALAM KELADI
BAHAN-BAHAN:
Bahan A lapisan bawah:
2 1/4 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung ubi 300ml santan pekat – saya buat santan sederhana pekat 4 1/2 cawan 700ml air – campuran diantara santan pekat dan air
Bahan B lapisan bawah:
1 1/2 cawan keladi – buang kulit basuh, kukus dan toskan, supaya keladi tidak lebam semasa rebus masukkan sedikit garam.
Cara Penyediaan:
1. Bancuh semua bahan A sehingga sebati. 2. Masukkan kedalam periuk. Masak hinggan naik wap dan masukkan bahan B. 3. Kacau sekejap, dan masukkan ke dalam loyang 10×10, kukus selama 25 minit.
Bahan lapisan atas:
1 1/4 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir 1 biji telur 250ml santan pekat – saya guna santan sederhana pekat 3 1/2 cawan 500ml santan cair – campuran diantara santan pekat dan air Sedikit warna purple
Cara Penyediaan:
1. Bancuh semua bahan diatas, tapis kedalam periuk. 2. Masak hingga naik wap. Tuang keatas lapisan bawah, jangan lupa cakar sedikit bahagian bawah sebelum tuang bahagian atas tu. 3. Kukus selama 30 minit. Bila dah siap, dah betul-betul sejuk baru potong.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih LepatLabu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Linda Idris antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. Kukus labu hingga lembut. Kemudian sukat ikut sukatan yang diperlukan. Seterusnya ambil kelapa muda, campurkan dengan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan. Ia akan digunakan sebagai inti.
2. Masukkan juga sedikit garam ke dalam santan. Ia adalah petua untuk dapatkan rasa Lepat yang lebih sedap. Sebatikan. 3. Dalam bekas besar yang bersesuaian, campurkan semua bahan. Sebatikan dan pastikan tidak berketul.
4. Ambil daun pisang, sudukan adunan Lepat Labu tadi dengan secukupnya. Kemudian letak kelapa parut.
5. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun bungkusan Lepat Labu dalam periuk kukusan. Kukus guna api sederhana hingg masak.
Bagi yang baru nak belajar buat Kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH SERI MUKA MUDAH
BAHAN BAWAH:
CARA MEMASAK:
1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain. 2.Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
BAHAGIAN ATAS:
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain. 2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.
3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi. 4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan.
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.