Adakah anda mencari cara untuk membuat masakan lebih hebat? Jika ya, jawapannya adalah mudah: beli sebuah blowtorch. Terdapat beberapa perkara yang luar biasa dan lazat yang boleh anda masak dengan penyembur gas ini. Dengan blowtorch tidak semestinya perlu, tetapi ia menjadikan proses masak lebih mudah (dan cara lebih menyeronokkan). Namun, penyembur ini benar-benar memberikan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh kaedah memasak lain.
Tertarik? jom lihat apa yang boleh dilakukan dengan blowtorch ni:
Steak yang sempurna, tentu saja, mempunyai bahagian luar yang lazat dengan bahagian dalaman yang masak sederhan. Tetapi dengan kaedah memasak secara konvensional seperti masak diluar mentah di dalam, semakin merah jambu warnanya semakin sedap.
Untungnya chef kini ada solusi menghasilkan kombinasi sempurna dengan blowtorch. Kemudian masukkan di dalam ketuhar pada suhu yang rendah untuk memasak sehingga tahap yang dikehendaki.
2. Marshmallows
Marshmallows sangat sedap dan menjadi kegilaan anak-anak kecil, tetapi ada yang hanya memakannya ketika kita berkhemah? Kenapa perlu bersusah beli blowtorch dan nyalakan penyembur dan toast beberapa marshmallow di dapur malam ini.
Ads
Apa yang perlu kita lakukan ialah mencari nama baru untuk makanan istimewa ini yang tidak begitu masuk akal.
3. Mac & Cheese
Makaroni homemade bersama keju sangatlah lazat, tetapi sukar untuk bersabar dan biarkan ketuhar mengambil 40 minit untuk memberikan kerak emas yang baik pada topping. Oleh itu gunakan alternatif lain untuk mempercepatkan prosesnya. Tambahkan sedikit serbuk roti sebelum memulakan pembakaran menggunakan torch supaya tak hangit diatasnya.
Ads
4. Cupcakes
Anda tahu apa dua perkara yang sedap? Cupcakes dan gula karamel. Sekiranya ada satu cara untuk menggabungkannya memang menarik. Gunakan blowtorch, ia akan membuatkan pemanis ringan seperti yang satu ini sangat menakjubkan.
5. Creme Brulée
Jika benar-benar menyukai creme brulée anda memerlukan mini blowtorch yang direka khas untuk meremukkan bahagian atas creme brulée. Tetapi jika tiada gunalah pemetik api, sekiranya anda mahu membuat creme brulée seperti chef sebenar gunakan penyembur api blowtorch barulah walaaaa.
Ads
Resipi Creme Brulee
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tart telur adalah salah satu pastri yang laris di kedai bakeri. Ini kerana rasanya sedap dan sangat puas bila makan tart telur yang sedap. Kini anda boleh buat sendiri tart telur. Paling best, boleh guna paratha segera. Cubalah. Mungkin kena dengan selera anda.
TART TELUR KULIT PARATHA
BAHAN-BAHAN
• 6 biji telur ayam
• 1 cawan air
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 cawan gula aising
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu besar esen vanila
• 1 sudu kecil garam
• Kulit paratha segera
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali kulit paratha ke dalam bekas dan kacau sebati.
2. Ambil sekeping kulit paratha. Potong 4 dan masukkan ke dalam acuan.
3. Tuang bahan yang sudah dikacau sebati tadi ke adalam acuan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170°C dalam masa 40 minit.
Pernah rasa kuih yang satu ni? Ada yang memanggilnya kuih lidah buaya atau Kuih tiram. Rasa rangup dan manis boleh buat korang tak henti nak menikmatinya. Boleh juga buat untuk raya nanti.
Bahan doh..
1kilo tepung gandum
1cawan tepung ubi
1biji telur
Air utk mengguli
Sedikit garam..
Bahan utk sapuan…
*2sudu mkn butter
*5sudu mkn minyak masak
7sudu mkn tepung jagung
Bahan salut
Gula kastor
Cara membuat bahan doh..
Satukan tepung gandum.. Tepung sagu dan telur uli bersama air garam sehingga menjadi doh.. Bahagikan doh kepada 8 bahagian
Cara membuat bahan sapuan
Panaskan bahan yg bertanda*
Kemudian curah kedalam tepung jagung
Kacau rata..
Cara membuat kuih
Ambil seketul doh canai nipis
Kemudian sapukan bahan sapuan rata2
Gulung doh yg telah disapu td
Setelah gulung potong lebihkurang 1/2 inci secara menyerong.. Canai sekali lg
Buat sampai habis kemudian goreng..
Setelah sejuk salut kuih dgn gula kastor
Siap! Simpan dlm bekas kedap udara.
credit : Siti Zamaliah Aishah
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Min cukup tertarik dengan resipi brownies yang ini. Namanya pun dah cukup menambat hati Brownies Cake Chewy Goory. Tambah pulak ada kacang walnut pasti best nih.
Resipi perkongsian dari Amierul Syafique ni memang patut dicuba.Tapi masa memukul adunan tu usah keterlaluan sebab penggunaan tepungnya sedikit sahaja, dibimbangi kek mendap di tengah pulak. Jom semak resipi …
BROWNIES CAKE CHEWY GOORY
BAHAN-BAHAN :
300gm mentega
300gm coklat masakan
6 biji telur ayam | pukul sedikit
80gm serbuk koko
350gm gula perang
2 sudu teh esen vanila
100gm tepung gandum | diayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yang telah di panggang
10minit dan dicincang
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega kemudian masukkan serbuk koko. Gunakan whisk, tidak perlu menggunakan mesin pemukul.
Kacau sebati, tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan gula perang dan kacau rata.
3. Masukkan telor sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla serta kacau rata.
4. Dalam bekas yang lain, cairkan coklat masak dengan cara double boil dan kemudian curahkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan kacang yang telah dipanggang, kaup balik sampai rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega dan ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan brownies dari melekat
7. Boleh juga ditaburkan dengan cip coklat atas adunan sebelum membakar.
8. Panaskan oven dulu dan bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama sejam bergantung pada oven masing-masing
Saiz hidangan : Loyang 10 x 10 inci.
Tip Lagi Sedap :
Boleh masukkan serbuk kopi sedikit bagi melazatkan lagi.
Kredit : amierul syafique
FB : Sedapnya Resepi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!