Mak-mak di rumah pasti pening nak masak apa kan untuk keluarga. Celik saja mata, otak dah ligat menu apa untuk dimasak. Bermula dari menu yang susah hingga ke yang paling senang.
Kalau kata dah tepu, jom kita cuba resipi daripada Faizah MH. Sangat senang tapi rasanya memang padu!
Makan pula dengan budu, hancurkan cili api atau sambal belacan dan jering muda. Dia punya penangan tu makan kenyang tidur berjam-jam la jawabnya.
1.Sediakan ikan terlebih dahulu. Basuh dan tos. Ketepikan.
2. Masukkan bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Penyedap yang buat ikan rasa manis dan cantik bila digoreng ialah gula kabung/gula melaka. Letak sikit saja ye. Masak sehingga ia mendidih.
*Petua supaya ikan tidak hanyir ialah letakkan sesudu teh beras.
3. Agak-agak selepas 15 minit, bolehlah masukkan ikan. Masak hingga kuah tinggal sedikit sahaja. Sekiranya nak simpan ikan ni, buang dulu air rebusan sebab ikan akan menyerap masin. 4. Goreng ikan tadi bersama semua bahan yang dalam periuk tu. Bahan itulah yang buat bau harum masakan.
Ads
5. Siap untuk dihidang dan makan bersama nasi panas-panas.
Bosan makan lauk Sambal Sotong? Nah..Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Pad Thai sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. Pergilah kemana sahaja ceruk negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah. Pad Thai ni sangat ringkas penyediaannya dan dilengkapi dengan pelbagai ramuan menjadikan ia antara makanan wajib cuba jika berkunjung ke sana. Teringin nak rasa? Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Jom cuba.
PHAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian toskan – boleh ganti dengan kuetiau halus char kuetiau
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cakedan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Kalau terasa lapar boleh masak lauk yang paling simple tapi mengenyangkan sekeluarga. Buatnya pun mudah dengan bahan -bahan sedia ada. Anak pun boleh bantu buat.
Sup Ayam Telur Kacau
Hidangan untuk 4-5 orang
Bahan:
2 isi dada ayam
seinci halia – hiris – BELI ONLINE DI SINI
segenggam daun sup
1 sudu besar lada putih biji -BELI ONLINE DI SINI
3 cawan air / stok
4 biji telur – kacau rata
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dengan 3 sudu besar air
1 sudu besar minyak bijan – BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Goreng isi dada ayam dengan sedikit minyak sehingga keperangan. Kemudian masukkan air/stok tadi, daun sup, hirisan halia dan biji lada putih. Renehkan 30 minit atau ayam masak.
2.Keluarkan isi dada ayam tadi, siatkan dan ketepikan.
3.Tapis sup renehan tadi untuk dapatkan sup yang jernih dan buang daun sup, hirisan halia dan biji lada putih kerana tidak akan digunakan lagi.
4.Reneh semula sup dengan api perlahan dan tuangkan telur yang telah dipukul sambil dikacau perlahan untuk dapatkan tekstur seperti reben. Habiskan kesemua telur tadi. Masukkan sebahagian siatan isi dada ayam tadi.
5.Masukkan tepung yang telah dilarutkan tadi untuk memekatlan sedikit sup sambil dikacau perlahan.
6.Perasakan garam dan lada sulah. Tutup api dan akhir sekali taburkan sedikit minyak bijan. 7.Hias dengan daun sup dan lebihan siatan isi ayam. Sedia untuk dihidang.
Kredit: fb Nor Aishah
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK TERBARU, JOM BELI DI SINI