Di tengah kesibukan kota dan rutin harian yang padat, Majalah RASA dengan kerjasama JALEN mengambil inisiatif untuk mendekati masyarakat melalui pelaksanaan program-program komuniti yang bermanfaat dan berinspirasi.
Program-program ini bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan produk, tetapi juga untuk memperkukuhkan hubungan antara jenama dan masyarakat. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan interaktif, JALEN berusaha mencipta platform di mana masyarakat dapat berkumpul, berkongsi cerita dan merasai keunikan rasa sajian yang dimasak menggunakan produk keluaran syarikat milik bumiputera muslim ini.
Program Demo Masakan Harian adalah salah satu program komuniti dimana JALEN telah mengundang khas Chef Syamil Halek untuk berkongsi resipi-resipi menarik yang boleh dimasak menggunakan produk mereka.
Lokasi pertama adalah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. Bila sebut sekolah, pasti ingat pelajar kan? Ha… Kali ini JALEN menyantuni para guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa dan juga para ibu bapa dari PIBG. Memang sangat meriah. Mana tidaknya, cikgu-cikgu dan juga mak ayah semuanya sangat ‘sporting’.
Chef Syamil berkongsi 3 resipi; Creamy Tomato Soup, Burger Ayam Bakar Thai dan Sirap Lychee Jelly Ball. Semuanya enak-enak belaka!
Ads
Seronok para peserta bila dapat mencuba air tangan chef. Sesi pop kuiz pun meriah. Semua teruja nak menang hadiah!
Untuk lokasi kedua, Majalah RASA dan JALEN berkunjung pula ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kali ini untuk menyantuni para peserta Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI).
Chef Syamil juga tidak keseorangan. Beliau ditemani Atu Zero selaku pengacara majlis. Jika ada Atu, memang gamat suasana. Celotehnya yang bersahaja, menghiburkan semua peserta hadir. Memang ‘happening’! Ada sahaja usikan untuk para peserta yang rata-ratanya adalah bakal pengantin baru.
Ads
Resipi yang dikongsi pula adalah menu-menu masakan harian yang sesuai dicuba oleh pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Menunya adalah Bagel Scramble Egg Cheese, Ayam Sambal Bunga Kantan dan Ayam Korea Bajet.
Sangat sedap! Alhamdulillah, semua peserta yang hadir dapat merasa semua menu yang chef masak pada hari tersebut malah dapat cenderahati istimewa lagi dari JALEN dan juga Majalah RASA.
Dari program masak-masak, JALEN turut turun padang bersama Majalah RASA untuk lebih dekat lagi dengan masyarakat menerusi Rasa Layan Curry Fiesta. Empat hari berkampung di Setia City Convention Centre demi bersama masyarakat setempat. Sangat-sangat ‘best’. Banyak promosi yang JALEN bawa.
Ads
Aneka kicap, sos dan kordial minuman memang kaw-kaw punya promosi. Mana tidaknya, dengan hanya RM10, macam-macam produk boleh beli. Pendek kata, siapa yang datang, balik pasti ada beg JALEN di tangan.
Selain promosi di booth, di pentas utama, JALEN juga mengadakan Demo Masakan bersama chef professional yang dibawa khas dari Johor iaitu Chef Razak yang berkongsi resipi Kari Istana dan Daging Masak Jintan istimewa yang dimasak menggunakan produk JALEN.
Aktiviti masak-masak begini memang sangat mengujakan. Masing-masing seronok bila dapat merasa air tangan chef profesional sampai ada yang minta tambah. Terbukti bila masak guna produk JALEN ni rasa memang sedap!
Terima kasih yang tidak terhingga buat JALEN kerana sudi bekerjasama dengan Majalah RASA bagi memeriahkan tahun 2024 ini dengan pelbagai program serta aktiviti yang menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Semoga berjumpa lagi di masa yang akan datang. JALEN Pastinya Pilihan Anda!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pada 12 Mac 2023 yang lalu, Mingguan Wanita menganjurkan Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya di Setia City Mall yang sangat meriah bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama Marjerin Adela dan Fruttose, Ever Miracle Solutions.
Fiesta ini telah berjaya menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung.
Fiesta ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Terdapat beberapa aktiviti menarik sepanjang Fiesta itu berlangsung antaranya seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar. Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Bulan Ogos dan September bukan sahaja bulan penuh patriotik, malah ia juga bulan kita meraikan rasa cinta terhadap tanah air. Tahun ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menjadikan sambutan Merdeka lebih bermakna dengan melancarkan kempen istimewa “Seribu Rasa, Satu Cinta”.
Kempen yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2025 ini membawa mesej perpaduan melalui makanan, kerana walaupun kita mempunyai seribu rasa berbeza, kita tetap berkongsi satu cinta untuk Malaysia.
Hadiah Menarik Bernilai RM20,000
Melalui peraduan Beli & Menang, rakyat Malaysia berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM20,000 termasuk baucar percutian domestik dan kredit Touch ’n Go eWallet.
Lebih menarik, Ajinomoto turut melancarkan Set Bundle Merdeka eksklusif di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, lengkap dengan empat pinggan edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik Malaysia. Cukup cantik untuk dijadikan koleksi!
Kemeriahan di Online & On-Ground
Untuk menyebarkan keceriaan, Ajinomoto bekerjasama dengan influencer tempatan bagi mencetuskan buzz digital. Selain itu, rakyat Malaysia juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti di lapangan – daripada permainan interaktif, paparan kedai yang memikat mata, hinggalah video Merdeka khas yang boleh ditonton di YouTube Ajinomoto.
Video tersebut mengisahkan empat rakan yang berusaha mendapatkan semula resipi-resipi Malaysia tercinta yang hilang. Sebuah kisah yang pasti menyentuh hati dan menyalakan semangat cinta tanah air.
Festival Budaya & Permainan Malaysia
Ajinomoto juga mengajak rakyat Malaysia untuk turun padang di acara meriah:
Festival Budaya Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa (12–16 September 2025).
Festival Permainan Malaysia di Dataran Putrajaya (26–28 September 2025).
Pengunjung bakal menikmati pengalaman interaktif, pameran bertema dan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang memupuk semangat perpaduan. Layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.my dan ikuti platform media sosial Ajinomoto untuk mengetahui lebih banyak kisah menarik, peraduan dan peluang memenangi hadiah istimewa
Dengan seribu rasa yang berbeza, kita tetap bersatu dengan satu cinta – cinta pada Malaysia.
CookX Asia melancarkan CookX Studio ruang memasak yang lengkap dan sempurna buat content creator untuk menguji resipi dan merakam video resipi. Ini satu peluang yang istimewa untuk mereka menghasilkan resepi yang menarik dengan adanya ruang khusus sebegini.
“Pelancaran CookX Asia Studio merupakan langkah besar bagi kami, pencinta makanan dan content creator. Kami teruja untuk menyediakan ruang untuk mereka meneroka dan bereksperimen dengan resipi hasil kreativiti mereka. Begitu juga peralatan dan perkakas memasak profesional. peralatan rakaman dan pencahayaan membantu mereka mencipta content yang menakjubkan untuk pengguna pada platform CookX Asia kami.” kongsi Mia Wong, Ketua Pegawai Produk, CookX Asia.
Terletak di Eve Suites @Ara Damansara, studio seluas 2,400 kaki persegi itu dilengkapi sepenuhnya dengan kelengkapan yang diperlukan untuk memasak termasuk ; dua set kabinet dapur, pasangan kaunter reka bentuk premium, island mudah alih dan lain-lain keperluan memasak serta dilengkapi peralatan memasak, KHIND. Kerja jadi lebih mudah dengan bantuan canggih ini.
Selain itu, bertepatan dengan musim perayaan yang bakal tiba, kempen ini menyaksikan pengenalan tiga resipi ringkas yang lazat untuk pengguna apps. Setiap satu daripada resipi ini merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut iaitu Classic Fluffy Mashed Potatoes, Tuna Pasta Frittata Omelette dan Homemade Spiced Apple Crumble.
The Christmas Dish – Homemade Spiced Apple CrumbleMarina Mustafa with Joshua Benedict, Mr World Malaysia 2022
CookX Asia Studio dirasmikan oleh duta jenama, Chef Marina Mustafa dan Joshua Benedict. Media yang dijemput turut menyertai cooking demo sempena Krismas dengan menu istimewa dan baharu ciptaan Chef Marina iaitu Tuna Pasta Frittata Omelette, hidangan ringkas namun menyelerakan sempurna menjelang cuti sekolah dan Krismas nanti.Dikongsikan resipi membuat Tuna Pasta Frittata Omelette.
The participants at the Cooking Workshops with Marina MustafaThe Tuna Pasta Frittata Omelette
Tuna Pasta Frittata Omelet Hidangan -4 orang Masa penyediaan – 15 minit Masa memasak – 25 minit
Bahan-bahan: 2 sudu besar mentega 1 sudu besar minyak zaitun 1 biji bawang besar, dicincang 1 ulas bawang putih, ditumbuk 1 tin (160gm) ketulan cili tuna 2 sudu besar tomato dicincang 125g pasta (makaroni/penne), direbus 6 biji telur 1 sudu besar susu 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar ½ cawan keju cheddar parut ½ cawan keju mozzarella 1 sudu kecil parsli kering- cincang Cara memasak: 1. Cairkan mentega dan minyak dalam kuali tidak melekat yang dipanaskan. Tumiskan bawang besar, bawang putih hingga layu dan lembut. Masukkan tuna dan tomato cincang. 2. Dalam mangkuk besar, pukul telur, susu, garam dan lada sulah bersama-sama. Masukkan pasta rebus yang telah disejukkan, keju cheddar,mozarella dan parsli sehingga sebati. 3. Tuangkan campuran telur dan pasta ke dalam kuali. Kacau sebentar dengan api besar sehingga telur dadar separuh siap. Kemudian kecilkan api. Tutup kuali dengan tudung dan masak dengan api kecil selama 10 minit. 4. Balikkan frittata dan masak sebelah lagi sehingga perang keemasan. Biarkan seketika selama 5 minit dalam kuali sebelum dipotong untuk dihidangkan bersama salad.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!