Menu bakeri dan pastri dari Hotel Armada PJ ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
Ads
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
Ads
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
Ads
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkeflini antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
Sotong ni memang salah satu makanan laut yang istimewa. Boleh dimakan sebagai lauk misalnya sotong masak sambal tumis. Boleh juga dimakan sebagai kudapan misalnya sotong kering yang nipis-nipis macam jajan tu. Boleh juga dibuat manisan misalnya ketupat sotong.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ketupat sotong versi Kelantan yang dibuat oleh pengguna facebook dengan akaun Zurila Ghani
KETUPAT SOTONG KELANTAN
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut
1 kotak santan
Sedikit garam
1 kilo sotong
2 keping nise atau gula melaka
1biji bawang merah | dihiris
Sedikit halia | dihiris
3 helai daun pandan
Sedikit halba
Air secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan sedikit santan dan garam. Biarkan sehingga kembang dalam sejam.
2. Basuh sotong bersih-bersih. Terpulanglah mahu siat kulitnya atau tidak. Kemudian toskan.
3. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi. Isikan separuh saja dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar atau sotong pecah.
4. Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka, bawang merah, halia, garam, daun pandan, halba, air dan sotong.
5. Buka api. Biar sehingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi. Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
Sejak ada air fryer ni banyak betul resipi yang saya jumpa boleh masak dalam air fryer. Senang ya hidup kita sekarang! Memang wajiblah ada air fryer ni satu setiap rumah. Baru-baru ni saya jumpa resipi sambal hitam masak guna air fryer sahaja di Facebook yang dikongsikan oleh Zamzurina Md Noor ni katanya memang menjadi. Korang nak cuba? Kalau nak cuba, ikutlah resipi di bawah ni.
SAMBAL HITAM AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
Belimbing buluh (guna AF je temp 180/20 minit)
Cili padi (ditumbuk atau dikisar- ikut kepedasan masing2)
Ikan bilis (ditumbuk kasar- ikut suka letak banyak mana)
Bawang merah (ikut suka 6-10 ulas lagi banyak lagi sedap -setengah ditumbuk, setengah dihiris nipis)
Kicap manis (optional.. untuk nampak cantik kehitamannya)
Garam & gula secukup rasa
Kiub bilis (optional… untuk rasa yang lebih kick & sedap)
Minyak masak (agak-agak je- kalau nampak sambal agak kering tambah minyak lagi)
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!