Sedapnya Asam Tempoyak Ikan Patin yang dihidangkan oleh Datin Sukma, sampai hirup kuah. Cukup asam garam dan pedasnya. Memang boleh buat sesiapa yang menikmatinya ketagih. Tambah menarik personaliti bertubuh kecil molek ini tak kedekut kongsi tip macam masak tempoyak ikan patin.

Datin Sukma Kongsi Rahsia Masak Tempoyak Patin Sedap & Tak Hanyir, Korang Boleh Cuba.“Saya belajar masak Asam Tempoyak Patin  dengan mak mentua. Dia memang pakar masak tempoyak dan pernah buka restoran di Temerloh. Dia juga ajar macam mana nak hilangkan hanyir ikan patin ni. Selain cuci dengan air asam limau atau tepung, ada satu benang halus dalam isi ikan patin yang mesti dibuang kerana benang halus itulah yang menyebabkan ia ikan itu hanyir. Perkara ini ramai orang tak tau, Alhamdulillah dengan tunjuk ajar mak mentua,  bolehlah saya  masak  Asam Tempoyak Patin,” ujar Datin Sukma  turut memberitahu bahawa ikan patin juga enak dimasak dengan menu asam pedas.

Kalau korang nak tau, Datin Sukma bukan hanya hidangkan kami dengan Ikan Patin Masak Tempoyak, tetapi juga Rendang Daging Berempah Pahang kesukaan suaminya dan sambal sotong. Memang terbaik rasanya.  Terima kasih Datin Sukma kerana sudi menerima kunjungan RASA.

Korang yang nak cuba tiga menu  Datin Sukma, berikut resipinya, atau boleh dapatkan Majalah RASA terbaru di pasaran sekarang.

Datin Sukma Kongsi Rahsia Masak Tempoyak Patin Sedap & Tak Hanyir, Korang Boleh Cuba.

IKAN PATIN ASAM TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | lebih kurang 500-600gm
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3-4 tangkai daun kesum
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 sudu makan tempoyak
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Ikan patin di potong tiga atau empat bahagian.
  2. Cuci dengan tepung kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
  3. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama dengan bahan kisar.
  4. Kacau rata, kemudian renehkan atas api sederhana.
  5. Setelah mendidih, masukkan ikan dan daun kesum.
  6. Biarkan terus mereneh dan ikan masak baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

Datin Sukma Kongsi Rahsia Masak Tempoyak Patin Sedap & Tak Hanyir, Korang Boleh Cuba.

IKLAN

RENDANG DAGING BEREMPAH PAHANG:

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 700ml santan
  • 4 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3cm kulit kayu manis
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 batang serai | titik

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis bersama daun kari dan serai titik, kemudian masukkan bahan kisar.
  2. Kacau rata hingga wangi, baru masukkan pes cili kering.
  3. Setelah pencah minyak masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan daging, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
  5. Masukkan santan, asam gelugor, kacau rata dan biarkan ia mereneh.
  6. Renehkan atas api sederhana, sekali sekala kacau.
  7. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak dan daging empuk.
  9. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

Datin Sukma Kongsi Rahsia Masak Tempoyak Patin Sedap & Tak Hanyir, Korang Boleh Cuba.

SAMBAL SOTONG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong  saiz besar | buang kulit ari dan cuci bersih
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 3 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan terus tumis hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan sotong, kacau rata hingga sotong kecut.
  4. Seterusnya perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau rata dan apabila air sotong kering, tutup api.
  6. Sambal sotong sedia dihidangkan panas-panas.

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI