Cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
Ads
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye. Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!
Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Sibuk bekerja, balik rumah nak masak, lauk pauh beku! Aduhai…memang bertambah huru-hara. Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan dimasak. Cara-caranya ialah:
1. GUNA MICROWAVE
Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.
2. GUNA PERIUK
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
3. GUNA CUKA MAKAN
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
4. GUNA AIR PANAS
Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.