
Roti jala menjadi kesukaan ramai. Bagi mendapatkan tekstur yang lembut dan sedap ramai yang gagal. Mungkin adunan ada yang terlalu cair atau pekat. Menerusi perkongsian resepi Azwa Mohtar ada disertakan cara-cara serta sukatan yang standard. Ikut langkah ini gerenti menjadi elok roti jala anda.
Roti Jala
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 sudu besar majerin
1 sudu besar garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
Kredit: Azwa Mohtar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu, Mudah & Sedap!

Menu nasi himpit atau nasi kapit, popular di Terengganu. Sesuai dimakan bila-bila masa saja, namun kebiasaannya nasi himpit dijadikan menu sarapan.
Kali ini, kita kongsikan 4 resipi nasi himpit oleh Muliadi Ramli yang sering menjadi pilihan. Anda suka yang mana?
NASI KAPIT @ HIMPIT SAMBAL HITAM
BAHAN A:
Nasi himpit adabi 1 pek (ada 30 ketul)
BAHAN B (UNTUK SAMBAL HITAM):
8 ekor ikan Selayang
1 biji kelapa parut
1 keping nissey – beli online di sini
Garam & bahan perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
4 batang serai –beli online di sini
2 sudu besar lada hitam
5 biji cili padi (boleh abaikan jika tak suka pedas)
1 inci halia
* kisar halus semua bahan di atas.
CARA MEMBUAT:
1. Ikan Selayang disiang bersih dan toskan. Kemudian, direbus dengan asam keping dan garam.
2. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian ditumbuk isi ikan (guna lesung batu atau nak kisar pun boleh), ketepikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Kelapa parut disangai dengan api kecil dalam kuali hingga menjadi keperang-perangan atau hampir coklat. Pastikan jangan sampai hangus, kalau tak jadi pahit sambal.
4. Kelapa parut mesti selalu kacau dan dibalik-balikkan. Apabila kelapa sudah keperangan, keluarkan dari kuali dan sejukkan.
5. Apabila dah sejuk, boleh dikisar atau tumbuk bagi kelapa jadi halus (nanti keluar minyak), ketepikan.
6. Masukkan nissey dalam kuali (tambah air rebusan ikan untuk cairkan nissey). Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi.
7. Masak bagi mendidih. Masukkan isi ikan yang dah ditumbuk tadi. Masak sampai hampir kering bahan tersebut. Pastikan sentiasa kacau untuk elak hangus.
8. Boleh tambah garam dan perasa. Apabila dah kering, boleh masukkan kelapa yang kita dah kisar tadi.
9. Masak sampai kering. Kalau yang suka lembap-lembap sikit, tak perlu masak sampai kering. Gaul dan kacau untuk elak hangus. Siap.
NASI KAPIT @ HIMPIT KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah | disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur.
Cili kering | dibuang biji & rebus serta dikisar (lebih kurang 4 senduk besar)
1 keping nissey
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Serbuk perasa
2 batang serai | diketuk
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar cuka makan
1 kotak kecil santan (200 ml)
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ½ inci lengkuas
2 sudu besar udang kering
1 biji buah keras
4 keping biskut marie
1 batang serai
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak (minyak kena lebih). Masukkan serai, bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata. Masukkan nissey, air asam jawa, cuka makan, kicap, santan.
4. Tambahkan 2 cawan air (jika pekat sangat). Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat dan pecah minyak. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Siap dan tutup api.
NASI KAPIT @ HIMPIT GULAI IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
3kg ikan aya hitam | dikukus hingga masak, masukkan sekali asam keping & garam
6 sudu besar cili giling
4 sudu besar rempah nasi dagang (rempah kampung tak ada cap & saya campur 2 sudu besar rempah cap bunga rose – 2 sudu besar rempah gulai & 1 sudu besar rempah masak)
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
6 asam keping
½ keping nissey kerek besar (ikut citarasa suka manis letak lebih)
30 biji cili thai/cili burung
2 biji kelapa
Garam secukup rasa
Perasa
Belacan (optional)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 ½ inci lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dengan minyak (minyak lebih sikit untuk tumisan). Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan santan. Kacau sampai pecah minyak. Kena selalu kacau supaya santan tak berketul. Mungkin ambil masa (1 jam).
3. Bila santan dah pecah minyak dan cantik (warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. Kacau, biar mendidih.
4. Masukkan bahan kisar, kacau. Masukkan rempah nasi dagang, rempah cap ros dan rempah 4 sekawan. Kacau lagi.
5. Masukkan nissey, biar mendidih atas api sederhana selama 1 jam. Kemudian baru masukkan ikan dan cili. Didih dengan api kecil hingga kuah jadi pekat.
6. Masukan garam dan perasa. Reneh dengan api kecil dan bila kuah jadi merah cantik, boleh tutup api. Siap.
NASI KAPIT @ HIMPIT SAMBAL NYOR @ KELAPA
BAHAN A:
4 ekor ikan Selayang | dibersihkan & direbus dengan asam keping & sedikit garam. Ambil isinya dan ditumbuk dengan nissey, garam & gula
¾ kerek besar nissey atau gula melaka
Garam & gula secukup rasa
BAHAN B:
1 biji kelapa parut | disangai hingga agak garing & sedikit perang
BAHAN C: (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar lada hitam
BAHAN D:
Nasi impit (apa-apa jenama boleh)
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula, masukkan bahan C (kisar halus) dalam kuali. Masak hingga hampir kering.
2. Masukkan bahan A, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering. Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi.
3. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tidak payah masak sampai kering. Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Buat Air Coffee Lemak Berkrim Ala Barista
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tofu Crispy Goreng Pedas, Menu Malas Untuk Bersahur.

Paling pening nak fikir lauk apa nak masak untuk bersahur kan? Yelah mana taknya tengah mamai nak kena sediakan bahan masak bersahur pula, kalau tak kena tekak menunya mesti takde selera nak makan untuk bersahur. Nak fikir menu dah susah nak dapat mood bersahur dengan lauk sesuai tekak lagilah susah. Tapi jangan risau menu simple macam Tofu Crispy Goreng Pedas ni confirm laju makan dengan nasi panas.
TOFU CRISPY GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 keping tofu (Hiris nipis)
5 ulas bawang putih cincang
1 sudu teh chilli flakes
5 biji cili padi potong
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan kicap pekat, sedikit cuka dan gula (satukan dan kacau semua)
Daun bawang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
- Goreng tofu mengikut saiz dan bentuk yang korang suka.
- Satukan bawang putih cincang, chilli flakes, cili padi dan serbuk jintan manis.
- Minyak kena betul-betul panas dan tuang dalam bahan cincang. Tapi saya tuang bahan cincang dalam minyak panas. Saya suka garing sikit bawang putih tu. So, saya masak sekejap.
- Masa ni api dah tutup, tuang semua bahan kicap tadi.
- Masukkan tofu yang dah digoreng awal-awal tadi. Masukkan bahan hijau sekali.
- Gaul-gaul rata tanpa perlu menghidupkan api.
- Beginilah hasilnya!
Kredit: Harum Wangi
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Buat Cakoi Lembut, Bersarang Cantik

Isi Kandungan
ToggleKuih cakoi ini memang enak tapi lagi sedap kalau dapat yang banyak sarang di dalamnya dan tak liat walau dah sejuk. Cakoi begini hidang dengan seri kaya pandan sesuai sangat untuk dibuat makan petang.
Bagi yang teringin buat sendiri boleh gunakan cara dan resipi dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.
Cara buat cakoi cantik bersarang
Bahan-bahan
1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air
Cara membuat:
1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.
2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)
3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.
4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.
5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.
Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle)
1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit
Cara membuat:
Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.
Selamat mencuba
Sumber: Nur Nabilah Jailani.