Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.
Apa menu yang membuka selera? Bila ada peluang balik kampung sempena mengundi bolehlah buat menu rare sikit. Kerabu bunga kantan ikan bilis ni makan dengan nasi panas-panas memang tak cukup sepinggan nasi. Bahan-bahan pun tidak renyah untuk membuatnya.
KERABU BUNGA KANTAN IKAN BILIS
Bahan-bahan: Ikan bilis Bunga kantan Serai Tomato Bawang besar Cili Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis ) Sos ikan Garam
Cara membuat: 1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. 2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata. 3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Tip: garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.
Sedapnya Sambal Hijau. Makan dengan ikan goreng, ikan bakar atau aneka ulam memang membuka selera. Bagi penggemar sambal, resipi perkongsian saudari Nurzailiasya Zaiera ni boleh dicuba. Buat stok banyak-banyak dan simpan je dalam peti sejuk. Boleh tahan lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
RESIPI SAMBAL HIJAU SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan cili merah, cili hijau, tomato, bawang merah dan cili padi. Potong kecil. 2, Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng semua bahan ( kecuali ikan bilis, garam dan gula) hingga layu. 3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar seketika. Biarkan bahan di dalam pengisar. 4. Dalam kuali yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali ikan bilis. Kacau sampai warna sambal jadi sedikit gelap.
5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia berupa nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal belacan. Makan panas-panas memang sedap. Untuk nasinya, masaklah guna 2-3 helai daun pandan. Memang enak, lebih beraroma dan buat jadi lebih berselera. Anda nak rasa? Resipi Nasi Ala Kak Wok perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni boleh dicuba.
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan semua bahan dengan ayam. Perap sekejap minimum 1/2 jam kemudian goreng garing. 2. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
BAHAN-BAHAN:
Segala tulang & kaki ayam – cincang
2 biji bawang besar – hiris nipis
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia
2 paket kecil rempah kari daging babas – beli online disini
1/2 paket kecil rempah kerutub adabi – beli online disini
1 biji terung – potong kecil
3-4 tangkai kacang panjang – potong pendek
1/2 kotak kecil santan – beli online disini
2 keping asam gelugur – beli online disini
1 sudu makan gula merah – beli online disini
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa secukupnya 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
1. Satukan rempah kari daging dan rempah kerutub. Bancuh dengan sedikit air dan jadikan pes. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihirishingga garing dan naik bau. 3. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga garing. 4. Masukkan air, tulang ayam dan juga sayur. 5. Bila ayam separuh masak, masukkan gula merah, gula, garam dan perasa dengan secukupnya. 6. Masukkan juga asam gelugur dan santan. 7. Seimbangkan rasa dan masak hingga dapat kepekatan kuah yang disukai. 8. Padamkan api dan gulai siap dimasak.
15-20 tangkai cili padi
1 inci belacan – beli online disini
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi – belah 2 dan buang biji
Garam, perasa dan gula secukupnya
1. Goreng semua bahan menggunakan sedikit minyak hingga layu (kecuali limau dan bahan perasa) 2. Kemudian tumbuk bahan yang digoreng tadi bersama garam dan perasa dengan secukupnya. 3. Bila sudah lumat, baru masukkan gula dan perahkan jus limau kasturi. Seimbangkan rasa ikut selera. 4. Masukkan 3-4 keping kulit limau ke dalam sambal dan gaul rata. Siap! 5. Untuk menikmatinya, masak nasi putih seperti biasa tetai tambahkan 2-3 helai daun pandan untuk aroma. 6. Hidangkan nasi bersama ayam, gulai dan sambal. Enak dimakan panas-panas.
Sup Ayam Kurma Merah & Goji Berries kaya dengan protein, antioksidan, vitamin dan mineral yang membantu mengembalikan tenaga, menyokong imuniti serta menghangatkan badan.