Sebut je asam pedas, rendang,  gulai lemak dan kerabu, perut kenyang pun jadi lapar. Apa lagi bila juada dah depan mata, tak sabar menjamahnya.  Kali ini RASA kongsikan tujuh menu kampung yang  memang boleh buat kecur air liur.  Korang bolehlah cuba ye.

ASAM PEDAS  EKOR LEMBU

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ekor lembu yang telah dipotong | rebus hingga empuk
  • 250ml air asam Jawa
  • 150gm pes cili kering
  • 5 tangkai daun kesum  | asingkan dari batangnya
  • 1 batang bunga kantan | belah empat
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 200ml minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2cm lengkuas
  • 10 biji cili padi

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Kemudian masukkan ekor yang telah direbus.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat)
  7. Tutup api dan boleh dihidang.

GULAI LEMAK PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 500 pisang muda | buang kulit arinya
  • 500 ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • Sedikit ikan bilis/udang kering
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 3cm kunyit hidup
  • 12 biji cili padi
  • 2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
  2. Didihkan di atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh, masukkan pisang dan ikan bilis.
  4. Apabila pisang empuk masukkan daun kunyit,garam secukup rasa.
  5. Tutup api gulai pisang sedia dihidangkan.

GULAI LEMAK SIPUT SEDUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
  • 500ml santan pekat
  • 150gm daun kaduk
  • 2 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 16 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar bersama santan dalam periuk.
  2. Didikan di atas api sederhana.
  3. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
  4. Selepas dua minit masukkan siput sedut.
  5. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

KERABU AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping dada ayam | rebus atau kukus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 biji bawang merah | mayang halus
  • 10 biji cili padi | mayang halus
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Daun limau purut-racik halus
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Carik-carikkan ayam.
  2. Campurkan isi ayam bersama bahan yang telah dimayang halus di dalam mangkuk.
  3. Perahkan jus limau nipis di dalamnya bersama sos ikan.
  4. Tambahkan sedikit garam dan gula.
  5. Gaul rata hingga masam manis, pedasnya sekata.
  6. Apabila cukup rasa, ia sedia dihidangkan.

RENDANG  DENDENG BONDA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang  | rebus hingga empuk
  • 6 sudu makan pes cili kering
  • 8 ulas bawang merah | kisar 
  • 4 biji bawang besar | mayang halus
  • 6 ulas bawang putih | mayang lalus
  • 3cm halia | mayang  halus
  • 3  sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan  kicap pekat manis
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Daging rebus dihiris nipis kemudian gaulkan dengan kicap pekat manis bersama sedikit gula. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng daging separuh masak, angkat dan toskan minyak.
  3. Tumbuk daging hingga nipis dan sedikit pecah. Ketepikan.
  4. Kemudian tumiskan bahan yang dimayang halis hingga naik bau dan garing dan ketepikan.
  5. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pula pes cili kering.
  6. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan baki kicap pekat manis.
  7. Masukkan garam, gula dan air asam, kacau rata kemudian masukkan daging kisar dan bahan yang digoreng tadi.
  8. Terus masak atas api sederhana, kacau selalu.
  9. Bila kuah pekat dan cukup rasa,tutup api.
  10. Rendang Dendeng sedia dihidangkan.

SUP TULANG RAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang rawan
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 batang serai | titik
  • Daun sup secukupnya | hiris halus
  • Daun bawang secukupnya | hiris halus
  • Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit ,minyak untuk menumis

BAHAN PENUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6-8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
  7. Sup sedia untuk dihidang.

UDANG MASAK KALIO

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XXL | bersihkan  dan tos
  • 500ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan ketumbar | goreng sangai dan kisar

BAHAN KISAR:

  •  6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji buah keras
  • 3cm kunyit hidup
  • 3cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pula serbuk ketumbar
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, daun kunyit dan santan.
  4. Setelah mendidih masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna.
  5. Seterusnya masukkan air asam Jawa, garam, gula secukup rasa.
  6. Apabila udang masak, tutup api dan udang sedia dihidangkan.