Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung digigitan pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tip yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipnya, baca ye…
Gunakan Tepung Yang Betul
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Ads
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau krispi.
Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
Ads
Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
Ads
Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dalam pada kita menikmati makanan, jangan lupa untuk menjaga kesihatan. Dan bagi mereka yang ada masalah kolestrol degil, bolehlah mencuba petua ini.
Petua daripada Ainasar Azizah yang memperoleh daripada seorang ustaz ini, boleh juga digunakan sebagai ikhtiar dijauhi dari serangan jantung.
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih | buang kulit – beli online di sini 3-5 biji kurma | buang biji – beli online di sini 2 biji lemon | kisar bersama-sama kulit 1 biji timun 2 cawan air zam-zam /air mati (air mati – air panas yang dah sejuk)
CARA-CARA:
Semua bahan di atas dikisar halus dan diminum bersama-sama hampas pada waktu pagi, tengahari dan malam. Kita berusaha, Allah SWT yang mengizinkan.
Salah satu cara nak cepat memasak di dapur adalah dengan cara menyediakan segala pes terlebih dahulu. Apabila ada pes, satu perkara yang renyah sudahpun selesai. Hasilnya masa di dapur lebih pendek dan dapat menyediakan hidangan seisi keluarga dengan lebih pantas.
Melalui facebook, wanita yang menggunakan nama Hani Mynis telah berkongsi cara menyediakan pes tomyam. Sesuai untuk disejukbekukan. Hasilnya, penyediaan membuat lauk tomyam jadi lebih senang dan jimat masa di dapur.
“Selalu beli paste tomyam ready-made kat supermarket. Sesekali buat juga homemade paste tomyam sendiri. Nak buat dia pun taklah susah sangat dan bahan-bahannya pun memang ada kat dapur.
Ketahanan pes tomyam ini bergantung pada di mana kita simpan. Kalau di bahagian chiller, boleh tahan sebulan. Kalau simpan di freezer lebih tahan lama iaitu tiga bulan. Tapi kena asing-asingkan bekas kecil khas untuk sekali pakai. Nak masak, pes beku tu masukkan je dalam periuk berisi kuah tu.”
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Bawang merah
Cili kering
Cili padi merah (kalau nak pedas)
Serai
Lengkuas
Tomato
Sos ikan
Daun limau purut
Air asam jawa
Air limau nipis
Belacan
Sedikit air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas.
2. Panaskan minyak masak dan tumis semua dalam kuali sehingga pecah minyak.
Inilah hasilnya!
Simpan dalam chiller. Kalau nak simpan dalam freezer, asingkan dalam bekas kecil ikut satu kali penggunaan.
RESIPI TOMYAM AYAM
BAHAN-BAHAN
Air secukupnya
2 sudu besar pes tomyam
1 mangkuk kecil ayam
Lobak merah
Baby corn
Kobis bunga
Cendawan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT TOMYAM AYAM
1. Panaskan air dalam periuk ikut kuantiti kuah yang dimahukan.
2. Masukkan pes tomyam, masukkan ayam dan sayur yang keras dulu iaitu lobak merah dan baby corn.
3. Apabila menggelegak dan ayam sudah masak, masukkan sayur lembut iaitu kobis bunga dan cendawan.
4. Akhir sekali, wajib letak daun ketumbar. Makanan Thai dengan daun ketumbar tidak boleh dipisahkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Cili kering ni ada dua jenis. Yang licin dan keriting berkedut. Kalau nak tahu yang licin tu lagi ekstra pedas. Apa pun jenis cili kering yang anda pilih, biji cili tu elok diasingkan.
Kalau tak dibuang atau dikurangkan bijinya, alamat pedas menyengat jawabnya. Jom tengok teknik mudah nak asingkan biji cili kering ni seperti yang dikongsikan oleh No Or
1. Gunting serong cili.
2. Pastikan cili terbelah dua.
3. Gunting dalam bekas yang kering
4. Dah habis proses gunting, masukkan kesemua cili yang digunting tadi ke dalam plastik bag dan ikat.
5. Goncang dan ramas ramas beg plastic dari luar, ulang beberapa kali
6. Buka ikatan plastic dan mula asingkan biji cili
7. Bolehlah direbus
8.Cili yang siap direbus, Nampak tak kan dah kurang bijinya tu
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!