Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masa lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu yang 15 minit boleh siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya ye.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Ads
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
Ads
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau kat kampung, boleh bakar pakai arang. Lagi sedap rasanya. Tapi sesiapa yang tinggal di bandar, boleh je bakar atas dapur. SuiSan Aliezsha kongsikan resipi ayam percik yang dia buat untuk meniaga. Nampak sedap. Boleh try resipinya ya.
Nah saya share resipi ayam percik yang saya buat jual ni. Moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua. Nak potong-potong pun boleh seperti post saya share sebelum ni.
AYAM PERCIK
BAHAN AYAM PERCIK
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm Halia
3 tangkai serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
Garam dan gula secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
CARA MEMBUAT AYAM PERCIK
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak. Masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam. Biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200 darjah selama 15 minit. Bakar atas dapur pun boleh.
Masak macam ni tau.
Bakar jadi macam ni.
BAHAN KUAH
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 sudu sos cili
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT KUAH
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali. Masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air. Kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.
Hasil air tangan Chef Mohd Syamir Azmi memang cukup memukau dengan 10 aneka pastri yang diminta. Lima pastri dari Asia dan lima lagi dari negara-negara Timur Tengah. Pastri berasaskan pastri rapuh, pastri filo, pastri chouz dan pastri lapis ini nyata penuhi selera penggemar manisan.
Ketua Pastri, Chef Pastri Mohd Syamir Azmi
Jom semak resipi pastri terlajak sedap hasil kreativiti Chef Pastri, Mohd Syamir Azmi dari Hotel Crystal Crown ,Petaling Jaya. Rupanya menarik, rasanya pulak terlajaklah sedapnya.
1. BAKLAVA.
BAHAN-BAHAN:
Bahan filo pastri :
1 biji telur
118ml minyak jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh cuka
125gm yogurt kosong @ biasa
1 sudu teh garam
375gm tepung kek
30gm tepung jagung
50gm kacang pistachio
100gm mentega cair
Bahan air gula :
200gm gula
200ml air
CARA MEMASAK:
Cara membuat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan ke atasnya agar tidak melekat.
Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi melekatkan antara doh.
Potong doh berukuran 2cm x 2cm dan taburkan kacang pistachio.
Lipatkan dari penjuru ke penjuru menjadi seperti bunga.
Panaskan oven pada suhu 180c dan bakar dalam masa 20 minit
Masakkan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
Setelah selesai membakar sapukan air gula ke atasnya.
Sedia untuk dihidang.
Jenis masakan; Manisan Timur Tengah
Keistimewaan; Manis dan rangup
INFO CHEF :Pastikan lapisan doh yang sudah dicanai, disapu mentega dengan rata untuk pastikan tidak terbuka semasa membakar.
2. UMM ALI.
BAHAN-BAHAN :
Bahan filo pastri :
1 biji telur
118ml minyak jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh cuka
125gm yogurt kosong @biasa
1 sudu teh garam
375gm tepung kek
30gm tepung jagung
Bahan sos krim:
3 cawan susu segar
1 cawan krim putar
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan hiasan :
20gm kacang pistachio | dihancur kasar
20gm kacang badam | dihancur kasar
20gm kismis
CARA MEMASAK:
Cara membuat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam ke dalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
Selepas membentuk 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
Ambil doh yang sudah direhatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan sedikit agar tidak melekat.
Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
Carikkan atau leraikan doh dan letakkan ke atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.
Cara membuat sos krim :
Satukan susu segar, krim putar, gula, esen vanila,dan serbuk kayu manis kedalam mangkok dan kacau sehingga sebati
Masukkan pastri filo yang sudah di bakar ke dalam acuan dan masukkan sos krim kedalam.
Taburkan kacang pistachio,kacang badam,kismis di atas dan bakar selama 15 minit.
Selepas dibakar sedia di hidangkan.
Jenis masakan; Manisan Timur Tengah
Keistimewaan; Bersusu dan Berkrim.
INFO CHEF; Pastikan sos betul betul meresap kedalam filo sebelum membakar untuk mendapat kan sos yang berkrim.
3. WARBAT.
BAHAN-BAHAN;
Bahan filo pastry :
1 biji telur
118ml minyak jagung
1 susu teh serbuk penaik
1 sudu teh cuka
125gm yogurt kosong @ biasa
1 sudu teh garam
375gm tepung kek
30gm tepung jagung
Bahan sos kastad :
1 1/2 cawan susu segar
6 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan gula
300ml krim putar
Bahan air gula :
200gm gula
200ml air
Bahan hiasan :
20gm kacang pistachio | ditumbuk
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
Selepas membentuk doh 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkok untuk di gunakan dalam proses mencanai.
Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
Setiap kali menguli pastikan tepung di letakan agar tidak melekat.
Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair bagi untuk melekatkan antara doh.
Potong doh berukuran 3inci x 3inci.
Cara membuat sos ;
Satukan susu segar, krim putar, gula kedalam periuk, kacau hingga sebati dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan krim putar dan kacau sehingga likat.
Sejukan seketika didalam peti sejuk.
Ambil doh fillo dan letakkan sos kastad di tengah-tengah doh dan lipat segi 3.
15.Letakkan ke atas dulang pembakar dan bakar selama 20mint pada suhu 180c.
Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula
Setelah selesai menbakar sapukan gula sirap ke atas nya. Taburkan kacang pistachio diatas nya.
Sedia untuk di hiding.
Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan; Rangup dan berkrim.
Anggaran kos; RM15
INFO CHEF: Pastikan krim kastad sejuk bagi senang untuk di letakkan pada filo. Setelah membakar pastikan terus sapu air gula dan tabur kacang agar kacang melekat pada filo.
4. GALAKTUBOUREKO.
BAHAN-BAHAN:
Bahan filo pastri :
1 biji telur
118ml minyak jagung
1 sudu teh cuka
125gm yogurt kosong @ biasa
1 sudu teh garam
375gm tepung kek
30gm tepung jagung
Bahan sos :
500ml susu segar
200gm gula
20gm mentega
75gm tepung semolina
7ml esen vanila
3 biji telur
CARA MEMASAK;
Cara membuat doh :
Campurkan telur, minyak jagung, serbuk penaik, cuka, yogurt, garam kedalam mesin pengadun dan putar sehingga sebati.
Masukkan tepung kek dan putar hingga menjadi doh.
Selepas menjadi 1 doh bahagikan kepada 32 bahagian dan bulatkan supaya senang mencanai.
Rehatkan doh di dalam peti sejuk sebentar dalam masa 15 minit supaya mudah di canai.
Satukan tepung jagung dan tepung kek dalam 1 mangkuk untuk di gunakan dalam proses mencanai.
Ambil doh yang sudah di rehatkan sebentar tadi dan mula menguli 1 per 1.
Setiap kali menguli pastikan tepung ditaburkan agar tidak melekat.
Uli senipis yang boleh dan tindihkan setiap 1 yang sudah dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
Ambil 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan di sapukan mentega cair bagi untuk bahagian bawah.
Buat lagi sekali 7 keping doh yang sudah dicanai dan setiap lapisan disapukan mentega cair untuk bahagian atas pula.
Cara membuat sos :
Didihkan susu segar, gula, mentega, essen vanilla ke dalam periuk.
Setelah mendidih masukkan tepung semolina dan kacau sehingga sebati.
Sejukkan sebentar sebelum memasukkan telur dan kacau sehingga sebati.
Ambil doh filo untuk bahagian bawah dan masukkan ke dalam acuan pembakar. Tuang sos ke atas doh filo.
Ambil doh filo bahagian atas dan letak dan tutupkan bahagian atas sos
Bakar selama 30 minit pada suhu 180c.
Cara membuat air gula :
Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
Setelah selesai membakar curahkan air gula keatasnya dan sedia untuk di hiding.
Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan : Rangup dan Berinti.
INFO CHEF; Pastikan sos kastad sejuk sebelum mencampurkan telur agar telur tidak masak kerana sos kastad masih panas.
TULUMBA.
BAHAN -BAHAN :
Bahan choux pastry :
237ml air
40ml minyak jagung
60ml susu segar
210gm tepung gandum
4 biji telur
14ml cuka
1 sudu teh esen vanila
Bahan air gula :
300gm gula
100ml air
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
20gm kacang pistachio untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Cara membuat choux pastry :
Campurkan bahan bahan seperti air, minyak jagung, susu segar, ke dalam periuk dan didihkan.
Masukkan tepung kek dan kacau hingga menjadi doh.
Masukkan doh ke dalam mesin penguli dan putar selama 5 minit bagi menyejukkan doh.
Setelah sejuk sedikit doh masukkan telur 1 per 1 sehingga habis dan sebati.
Setelah telur sebati masukkan cuka dan putar sehingga sebati.
Setelah itu panaskan minyak untuk menggoreng.
Masukkan doh kedalam beg piping dan piping doh ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Goreng sehingga garing dan kekuningan.
Cara membuat air gula :
Masakan dan didihkan gula dan air ke dalam periuk menjadi air gula.
Setelah siap menggoreng tapiskan minyak agar tidak terlalu berminyak.Gaul bersama air gula yg telah dimasak sebentar tadi.
Taburkan kacang pistachio yang telah di cincang dan di bakar keatasnya.
Sedia untuk dihidang.
Jenis masakan; Manisan timur tengah
Keistimewaan; Lembut dan Manis
INFO CHEF;Pastikan doh tidak panas semasa mencampurkan telur dengan doh yang telah dimasak.Pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.
6. CHINESE EGG TART.
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart:
145gm tepung kek
1 sudu makan gula aising
75gm mentega
1 biji kuning telur
1/2 biji putih telur
Bahan sos:
70gm gula
140ml air
125ml susu segar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam.
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh tart :
Campurkan bahan bahan seperti tepung kek, gula aising, mentega, garam, ke dalam mesin penguli dan pukul sebati.
Masukkan kuning telur dan putih telur ke dalam dan pukul sehingga menjadi doh.
Selepas menjadi doh sejukkan sebentar ke dalam peti sejuk selama 15minit supaya doh keras sedikit bagi memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart.
Selepas 15minit ambil semula doh dan ratakan dan tekan doh di dalam acuan tart.Pastikan tidak terlalu tebal.
Cara membuat sos
5. Masukkan gula dan air ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan hancur.Sejukkan sebentar.
6. Satukan susu segar, telur, esen vanila, garam ke dalam mangkuk sederhana besar dan kacau sehingga sebati.
7. Campurkan air gula yg sudah dimasak sebentar tadi.Tapiskan sos tersebut.
8. Ambil doh tart dalam acuan tadi dan tuangkan sos ke dalamnya.Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit.
9.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan: Chinese Tart
Keistimewaan; Lembut dan Manis
INFO CHEF; Pastikan air gula tidak terlalu panas sebelum mencampurkan bersama sos agar telor tidak masak.Bagi menyenangkan proses acuan tart pastikan doh sejuk terlebih dahulu.
HOKKAIDO COKLAT CHEESE TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh tart :
125gm mentega
100gm gula aising
1 biji telur
250gm tepung kek
1/2 sudu teh garam
Bahan inti keju :
170gm krim keju
20gm gula
60gm yogurt kosong
15gm mentega
1 biji putih telur
100gm coklat masakan
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh tart :
Campurkan mentega, gula aising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
Simpan selama 10 minit didalam peti sejuk untuk memudahkan proses acuan tart.
Keluarkan doh, dan tekan rata di dalam tat didalam acuan.Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa memasukkan dalam acuan tart.
Cara membuat inti keju.
5. Masukkan krim keju, gula, yogurt dan mentega ke dalam periuk dan cairkan kesemuanya.
6.Sejukkan sebentar sebelum mencampurkan putih telur. Cairkan coklat masak dan campurkan ke dalam adunan keju.
7.Masukkan krim kejua ke dalam doh tat yang sudah ditekankan dalam acuan. .Sapukan telur ke atasnya.
8. Bakar pada suhu 190c selama 15 minit.Gunakan suhu panas atas sahaja. Sedia dihidangkan.
Jenis masakan: : Tart Jepun
Keistimewaan; Lembut , manis, berkrim dan kaya dengan rasa coklat.
INFO CHEF: Bagi memudahkan keju lembut keluarkan keju di suhu bilik sebelum memulakan memasak.Sentiasa kacau keju semasa memasak agar tidak hangus.
8. HONEYKKI @ APPLE CUSTARD PUFF
BAHAN BAHAN:
Bahan puff pastri :
200gm tepung gandum
110ml air sejuk
20gm mentega
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Bahan mentega lapisan:
150gm mentega
50gm tepung gandum
Bahan inti epal :
2 biji epal hijau
100gm gula
30gm mentega
1sudu makan jus lemon
Bahan kastad :
125ml susu segar
125ml krim putar
100gm gula
50gm tepung kastad
1sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK.
Cara buat puff pastri :
Campurkan tepung gandum, air sejuk, mentega, gula, garam ke dalam mesin penguli dan uli menjadi doh.
Selepas menjadi doh sejukkan sebentar kedalam peti sejuk bagi memudahkan proses mencanai.
Cara buat lapisan mentega :
Campurkan mentega dan tepung gandum ke dalam mesin menguli.Ulikan seketika bagi sebati.
Canaikan menjadi segi 4 dalam anggaran ukuran 4inci x 4 inci. Balut dengan plastik dan sejukkan didalam peti sejuk.
Ambil doh puff dan canai menjadi segi 4 bersaiz 8inci x 8inci.Letakkan mentega yang sudah disejukkan di tengah -tengah doh dan tutup doh.
Canaikan doh senipis yang boleh. Lipat doh yang sudah dicanai dan canai lagi . Ulangi sebanyak 3 kali untuk mendapatkan lapisan puff yang cantik.Setiap lapisan yang dicanai dan letakkan tepung agar tidak melekat.
Selepas habis proses mencanai sejukkan puff di dalam peti sejuk selama 15 minit.Potong saiz bulat atau segi 4 mengikut kesuaian anda.Potong setiap 1 biji puff jadi 2 keping puff.
Cara masak inti epal :
8. Kupas kulit epal dan potongkan dadu sederhana. Cuci bersih bersih.
Masukkan epal yang sudah dikupas kedalam periuk dan campurkan bersama mentega, gula, jus lemon ke dalam periuk. Masak selama 5 minit dan sejukkan.
10.Setelah sejuk ambil 1 keping puff pastri dan letakkan inti epal di tengah tengah doh dan tutup dengan lagi 1 puff di atas.
11. Ulangi sehingga habis inti anda.Bakar pada suhu 180c selama 25 minit.
Cara membuat sos kastad :
12. Masakkan susu segar, krim putar, gula. Didihkan kesemua di dalam periuk.
13. Setelah mendidih masukkan kastad yang dicampurkan sedikit air ke dalam susu yang sudah mendidih.
14.Masak sehingga likat dan sejukkan. Paipkan kastad di tengah tengah puff yang sudah dimasak.
15.Taburkan gula ising diatas puff yang sudah diletakkan kastad.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Tart Jepun
Keistimewaan; Lazat menyihatkan dengan kebaikan khasiat epal.
INFO CHEF: Gunakan epal hijau yang sederhana ranum.
9. KABOCHA PIE TAT.
BAHAN-BAHAN :
Bahan tart :
125gm mentega
100gm gula aising
1biji telur
250gm tepung kek
½ sudu teh garam
Bahan kabocha:
300gm buah labu
30gm mentega | dicairkan
30gm gula
1 biji kuning telur
2 biji telur
72gm gula perang
½ sudu teh garam
200ml krim putar
CARA MEMASAK;
Cara membuat doh tart :
1. Campurkan mentega, gula ising ke dalam mesin penguli dan pukul selama 3 minit.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung kek dan garam ke dalam mesin penguli dan pukul sehingga menjadi doh.
Simpan selama 10 minit di dalam peti sejuk sebentar untuk memudahkan proses memasukkan dalam acuan tart..
Ratakan doh dalamn acuan tart . Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis semasa menekan dalam acuan.
Bakar tart selama 15 minit.
Cara membuat sos kabocha :
Rebuskan labu yang telah dibersihkan. Rebuskan sehingga lembut. Kisar labu yang telah masak dengan mesin pengisar.
Campurkan labu yang telah dikisar bersama mentega cair, gula, kuning telur, telur, gula perang, garam, dan krim putar ke dalam 1 bekas yang besar dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan sos kabocha kedalam doh tart yang telah diacuankan.
Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Korean tat
Keistimewaan; Rasa labu yang lembut dan manis
INFO CHEF; Sebelum memotong pastikan pie betul betul sejuk agar tidak pecah semasa memotong.
10. BOKU PIE.
BAHAN BAHAN;
Bahan doh pie :
2 ½ cawan tepung kek
130gm mentega
½ cawan air
1biji telur
½ sudu teh garam
1 sudu teh cuka
Bahan inti :
1biji kelapa muda
1biji telur
½ sudu teh garam
160ml air
75gm susu tepung
¾ cawan gula
½ cawan tepung gandum
½ sudu makan esen vanilla
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
Campurkan kesemua bahan seperti tepung gandum, mentega, air, relor, garam dan cuka kedalam mesin penguli.Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan 2 bahagian.
Setelah menjadi doh canaikan doh sehingga sedikit nipis.Canaikan kedua doh jadikan 2 doh.
Ambilkan 1 doh dan acuankan kedalam acuan tat.
Cara membuat inti :
Campurkan kesemua bahan seperti telur, air, susu tepung, gula, garam, tepung gandum, esen vanila ke dalam mangkuk yang besar. Kacau sehingga sebati
Kemudian masukkan isi kelapa muda ke dalam bahan tadi.
Masukkan bahan inti ke dalam doh tat yang sudah dimasukkan acuan sehingga penuh.
Ambil lagi 1 doh dan canaikan nya kemudian tutup bahagian atas inti dan sapu telur di atas doh.
Bakar selama 30mimit pada suhu 180 C.Sedia dihidangkan.
Jenis masakan; Pie Filipina
Keistimewaan; Manis dan lemak dari kelapa
INFO CHEF: Pilih kelapa muda yang banyak isi dan berkualiti agar inti pie lebih enak dimakan.
RESIPI ; CHEF PASTRI MOHD SYAMIR AZMI
TERIMA KASIH : CRYSTAL CROWN HOTEL PJ,No. 12, Jalan Utara, Pjs 52, Petaling Jaya, Selangor
Kalau ada makanan bergoreng atau rebus, dan korang tak tahu nak cicah dengan sos apa, silalah buat sos sendiri. Resipi yang RASA kongsi ni memang sedap dan anda takkan kecewa. Senang je nak buat. Bahan-bahan memang biasanya dah ada di rumah. Cubalah.
SOS PENCICAH ISTIMEWA
Bahan-Bahan
250 gram cili kering (buang biji, rebus dan kisar)
Cili padi secukupnya (Tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering)
1/2 kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan (kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung.
4. Masak lagi sehingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
5. Angkat, sejukkan dan boleh dimasukkan dalam botol. Simpan dalam peti sejuk.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.