Ramai tak suka masak daging dengan alas an ambik masa nak masak. Tapi sebenarnya kalau nak tahu, daging boleh juga dimasak dengan cepat sepantas lima-10 minit dengan syarat korang guna daging batang pinang, hiris nipis atau paling senang rebus dulu daging kemudian hiris nipis. Kedua pilih resipi yang ringkas, tak banyak bahan dan mudah cara memasaknya. Untuk itu, RASA bawakan korang tiga menu daging yang ringkas dan sedap.
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging yang telah direbus | hiris nipis
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1/2 biji tomato | hiris dadu
1 sudu makan yogurt
Sedikit hirisan daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN CINCANG HALUS:
Ads
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan cincang halus hingga wangi.
Masukkan campuran rempah dan cili serbuk yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan pula yogurt.
Seterusnya masukkan daging dan hirisan daun ketumbar.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato, gaul rata.
Daging sedia dihidangkan dengan nasi panas.
DAGING GORENG HALIA
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
Sedikit hirisan cili Benggala merah
Sedikit hirisan cili Benggala hijau
4 biji cili padi | hiris memanjang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Ads
DAGING MERAH:
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda hanya perlukan tepung pulut, kelapa parut dan gula melaka sebagai bahan utama. Rasa-rasanya kebanyakan bahan ini di dalam dapur anda. Apa kata korang cuba buat dan tidak perlu duduk lama di dapur pun. Tak percaya cuba resipi yang dikongsikan ini. Hasilnya memang tidak mengecewakan, sangat sedap.
KUIH PUTERI MANDI BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam
Seddikit pewarna merah, hijau dan kuning BAHAN KELAPA:
1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
1 keping gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung dengan sedikit garam halus gaul rataa.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adaun hingga jadi doh.
Bahagikan doh menjadi tiga bahagian, pewarnakan setiap doh dengan warna merah, hijau dan kuning. Adun lagi hingga pewarna sebati.
Bentukkan doh menjadi bulat, kemudian leperkan sedidkit dan tekan ditengahnya.
Sementara itu didihkan air, dan rebus doh hingga timbul.
Angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan.
Untuk menyediakan bahan kelapa, didikan air dalam kuali bersama gula Melaka dan daun pandan.
Setelah gula larut dan kuah pekat, masukkan kelapa dan sedikit garam halus, kecilkan api dan gaul rata lebih kurang 3-5 minit. Tutup api.
Kemudian, masukkan doh yang telah direbus ke dalamnya dan gaul rata.
Kali ini RASA menampilkan lima lagi idea bakeri dan pastri dari Kolej Yayasan Felda, Pahang. Team chefnya diketuai oleh Chef Mohahamad Rizam Hussin dari Kuala Lumpur bersama tenaga pengajar muda kolej,Chef Nik Norshaziati Pauzi dan Chef Mohamad Saizi Awang.Nikmati keenakan muffin cranberi, pastri lapis gebu, biskut rangup dan quiche lemak berkrim yang sedap dijamu bila-bila masa. Jom semak resipi sajian bakeri dan pastri kesukaan ramai.
1. DRY CRANBERRY ORANGE MUFFIN
BAHAN-BAHAN :
130gm tepung gandum
1 ½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
85gm cranberi kering
110gm mentega
200gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji buah oren | diparut kulit sahaja
125ml susu segar
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan kering dalam satu bekas termasuk dengan cranberi kering
parutan kulit oren dan sebatikan.
2. Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang, kemudian masukkan telur dan esen vanilla kacau sebati.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan kering ke dalam bancuhan adunan tadi selang selikan dengan susu segar dan kacau sebati.
4. Sapukan loyang muffin dengan sedikit mentega dan tuangkan adunan muffin tadi kedalam acuan hingga separa penuh sahaja.
5. Bakar adunan didalam oven dengan suhu 180c lebih kurang 25 minit atau sehingga masak.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Muffin yang kaya dengan rasa cranberi serta lembab dan lembut
Jenis masakan : Muffin
Anggaran kos : RM 20.00
Info chef : Adunan muffin usah dibakar terlalu lama bagi mengelakkannya daripada berderai
2. ALMOND ICE-BOX COOKIES
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
250gm mentega
150gm gula aising
½ sudu teh ezen vanila
Bahan B :
300gm tepung gandum
3gm serbuk penaik
BAHAN C
70gm badam keping
Bahan hiasan :
500gm coklat putih
500gm coklat gelap
CARA-CARA :
1. Bakar badam terlebih dahulu
2. Kacau bahan (A) sehingga sebati
3. Campurkan bahan (A) dan bahan (B) seterusnya gaul dan ramas doh sehingga sebati
4. Kemudian masukkan bahan ( C )
5. Timbang keseluruhan adunan dan bahagi kepada 3
6. Letakkan di atas kertas minyak
7. Gulung dan padatkan adunan menggunakan pembaris dan membentuk panjang
8. Bekukan selama 4 jam atau semalaman
9. Potong adunan yang telah disejukkan
10. Bakar dengan suhu 150 c selama 15 minit
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 50 minit
Cara memasak : bakar
Keistimewaan : Rasanya yang ranggup dan rapuh bila dimakan
Jenis masakan : Biskut
Anggaran kos : RM 13.00
INFO CHEF : Kacang badam perlulah dibakar terlebih dahulu untuk mendapatkan biskut yang rangup.
3. CHEEZY CHICKEN QUICHE
BAHAN -BAHAN :
Bahan kulit pai :
250gm tepung gandum
150gm mentega
Secubit garam
60-80ml air
Bahan inti quiche :
Bahan A :
160gm bawang holand | dihiris
3 sudu besar minyak masak
Bahan B :
80gm daging ayam | didadu
80gm keju parmesan | diparut
Bahan C:
3 biji telur
Bahan D :
200gm susu segar
150gm whipping krim
20gm tepung gandum
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
2gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
Cara membuat kulit pai :
1. Potong dadu mentega menjadi potongan kecil dan gaulkan dengan tepung menjadi seperti serbuk roti
2. Tambah dan adun menjadi doh. Bentukkan ia menjadi bebola dan leperkan. Balut dengan pembalut plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit
3. Canaikan doh di antara 2 helai pembalut plastik menjadi 3mm tebal dan sedia digunakan di dalam acuan pie.
4. Canaikan doh pastri tadi dan masukan dalam acuan pie tusukkan pastri dengan garfu dan bakar didalam oven dengan suhu 190 C selama 15 minit
Cara membuat inti :
1. Tumiskan bahan (A) sehingga bawang menjadi perang dan lembut biarkan sehingga sejuk
3. Masukkan bahan (A) yang telah sejuk ke dalam kulit pastri, masukkan bahan(B) dan (C) di atas
4. Pukul bhn (D) hingga rata dan tapiskan , tuangkan ke dalam kulit pastri yang sudah siap dibakar tadi
5. Bakar pada suhu 200oc selama 15 minit
6. Keluarkan dan siap untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Kulitnya yang rapuh dan sedap dengan inti ayam berkrim penuh berperisa
Jenis masakan : Pai
Anggaran kos : RM 29.00
INFO CHEF : Pastri akan menjadi retak jika pai dibakar terlalu lama. Untuk inti jangan terlalu lama masak setelah krim whipping dimasukkan
4.VOL-AU-VENT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
100ml air sejuk
250gm tepung roti
20gm gula kastor
5gm garam
1 biji telur
10gm mentega
125gm pastri majerin
Bahan inti :
50gm mentega
40gm tepung gandum
500ml susu segar
1 helai daun bay
1 biji lada benggala kuning
1 biji lada benggala merah
200gm udang saiz M | dibuang kulit
150gm cendawan butang
2 sudu kecil daun parsli segar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
1. Masukkan tepung roti,dan gaul rata,kemudian masukkan garam dan telur,gaul hingga sebati
2. Seterusnya masukkan marjerin dan gaul pastri.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan menjadi elastik(buat ujian membrance)
4. Rehatkan doh selama 20minit.
5. Selepas 20 minit,canai doh dengan penggelek (rolling pin) dengan ketebalan 6mm.
6. Kemudian letakkan pastri majerin ke atas doh dan buat “lipatan english” dan canai
dengan ketebalan 6mm , kemudian buat lipatan “book fold” dan simpan dalam chiller selama 20 minit.
7. Keluarkan doh dari chiller dan canaikan doh dengan ketebalan 6mm dan buat lipatan “single fold” dan simpan sekali lagi selama 20 minit. Kemudiankan keluarkan doh dari chiller dan canaikan doh dengan ketebalan 6mm dan buatkan lipatan “single fold” sekali lagi.
8. Keluarkan dari chiller, biarkan doh sementara di luar,biarkan doh menjadi lembut, setelah itu barulah dicanaikan kembali dengan ketebalan 4mm. Tekap doh dengan menggunakan cutter.
10. Kemudian bakar pada suhu 180°c selama 12 minit atau sehingga masak.
Cara masak inti :
1. Cairkan mentega dan gaulkan dengan tepung, kacau selama 30 saat dan masukkan susu segar dengan perlahan-lahan kacau sehingga rata.
2. Kemudian masukkan daun bay,udang , cendawan butang, daun parsli dan masak dengan api yang sederhana sehingga menjadi pekat. Akhir sekali tambahkan perasa secukupnya.
3. Isikan kulit pastri yang telah masak dengan inti tadi sehingga penuh. Hiaskan dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam 30 minit
Cara memasak : bakar
Keistimewaan : Rasai kenikmatan makanan laut segar yang dimasak bersama dengan puff pastri yang ranggup.
Jenis masakan : Pastri lapis
Anggaran kos : RM 25.00
INFO CHEF : Inti udang boleh digantikan dengan daging ayam atau sayuran.
5. RED BEAN CROISSANT
BAHAN-BAHAN :
100ml air sejuk
250gm tepung roti
20gm gula kastor
5gm garam
1 biji telur
8gm yis segera
10gm mentega
125gm pastri majerin
Pes kacang merah secukupnya | ada dijual di pasaraya
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung roti,yis, dan gaul rata,kemudian masukkan garam dan telur,gaul hingga sebati
2. Seterusnya masukkan marjerin dan gaul pastri
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh dan menjadi elastik.
4. Rehatkan doh selama 20 minit.
5. Selepas 20 minit,canai doh dengan ketebalan 6mm.
6. Kemudian letakkan pastri majerin ke atas doh dan buat “lipatan english” dan canai dengan ketebalan 6mm , kumudian buat lipatan “book fold” (lipat kanan dan kiri) dan simpan kedalam chiller selama 20 minit.
7. Keluarkan doh dari chiller dan canaikan doh dengan ketebalan 6mm dan buat lipatan “single fold” dan simpan sekali lagi selama 20 minit. Kemudiankan keluarkan doh dari chiller dan canaikan doh dengan ketebalan 6mm dan buatkan lipatan “single fold” sekali lagi.
8. Keluarkan dari chiller, biarkan doh sementara di luar biarkan doh menjadi lembut., setelah itu barulah dicanaikan kembali dengan ketebalan 4mm. dan masukkan inti kacang merah dan ratakan sebelum digulung dalam bentuk croissant.
9. Setelah itu, rehatkan croissant selama 10 minit sebelum dibakar,sapukan egg wash ke atas permukaan croissant dan bakar pada suhu 200°c selama 12 minit atau sehingga masak.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 1 jam 30 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tekstur croissant yang lembut dan dan gebu dengan inti kacang yang sedap
Jenis masakan : Pastri lapis
Anggaran kos : RM 30.00
INFO CHEF : Pastikan yis jangan bercampur dengan garam supaya yis tidak mati
Nak buat roti homemade yang lembut dan gebu? Cuba resipi Wool Roll Bread ini. Mudah, sedap dan hasilnya macam roti bakeri profesional! Ikuti langkah-langkah lengkap di sini.