Masalah kesuburan sememangnya sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki zuriat penyambung warisan. Faktor pemakanan yang seimbang dikatakan boleh memperbaiki tahap kesuburan lelaki mahupun wanita. Amalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan tahap kesihatan yang baik untuk meningkatkan kesuburan anda!

 

8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

1. BAYAM BERKRIM

Bahan-bahan:

  • 150gm bayam
  • 100ml krim masakan
  • 2 ulas bawang putih|dicincang
  • 1 sudu teh herba Italian kering
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

 

Cara-cara:

  1. Bayam dibersihkan dan dicelur sebentar. Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali.  Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Tuang krim masakan, tambah herba Italiankering dan didihkan sebentar.
  4. Tambah garam dan  lada sulah secukup rasa.
  5. Masukkan bayam yang telah dicelur dan gaul sebati.  Hidangkan segera.

 

Tip Masakan: Pastikan bayam tidak dicelur terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya.

Info Kesuburan: Bayam mengandungi vitamin E yang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

 

2. ASPARAGUS BALUT TELUR

Bahan-bahan:

  • 10-12 batang asparagus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan krim masakan
  • 1 sudu teh mentega
  • Garam, lada hitam & lada sulah secukup rasa.

 

Cara-cara:

  1. Asparagus dicelur dan toskan.
  2. Telur di goreng dadar nipis dan potong seinci memanjang.
  3. Di dalam kuali, cairkan mentega, tuang krim masakan dan didihkan.
  4. Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.  Ketepikan.
  5. Ambil sekeping potong telur dadar.  Susun separuh asparagus celur dan gulung rapi.  Ulangi proses hingga semua bahan habis.
  6. Letak asparagus di dalam pinggan menghidang dan tuang sos krim keatasnya.

 

Tip Masakan: Telur ayam kampung boleh juga digunakan di dalam hidangan ini.

Tip Kesuburan:Asparagus kaya dengan vitamin E yang dipercayai baik untuk merangsang hormon testeron lelaki.

 

8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

3. TAUGEH KASAR GORENG IKAN MASIN

Bahan-bahan:

  • 200gram taugeh kasar – bersihkan ekornya
  • 1 keping kecil ikan masin talang – hiris nipis
  • 2 biji cili merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • Garam & lada sulah secukup rasa

 

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Goreng ikan masin hingga agak garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.
  3. Masukkan taugeh kasar dan ikan masin.  Kaup- balikkan rata.
  4. Tambah sedikit air (jika perlu).  Tambahkan garam (jika perlu) dan lada sulah secukup rasa.

 

IKLAN

Tip Masakan: Bersihkan ekor taugeh sebelum dimasak.

Tip kesuburan:Kandungan gizi yang terdapat dalam tauge diantaranya adalah vitamin E atau tocopherol yang dikenal sebagai vitamin yang sangat bermanfaat untuk kesehatan kulit, anti oksidan untuk kekebalan tubuh, mencegah kelainan menstruasi, dan meningkatkan kesuburan sel telur pada perempuan.

 

4. TAUHU TELUR SOS TIRAM

Bahan-bahan:

  • 4-5 biji tauhu telur/Jepun
  • 4 ulas bawang putih |cincang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu makan air |bancuh
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Sedikit air

 

Cara-cara:

  1. Tauhu dipotong dan goreng hingga keperang-perangan.  Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak.  Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air (lebih kurang dua hingag tiga sudu makan).  Didihkan.
  4. Pekatkan dengan bancuhan tepung jagung.  Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Tuang kuah sos tiram ke dalam pinggan bersisi tauhu goreng.

 

Tip Masakan: Pastikan tauhu tidak digoreng terlalu lama untuk mengelakkan ia hangit.

Tip kesuburan: Tauhu kaya dengan zat besi dan kalsium yang baik untuk proses kehamilan

 

 

8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

5. KERABU JAMBU BATU KACANG GAJUS

Bahan-bahan:

  • 2 biji jambu batu tanpa biji |buang kulit dan hiris nipis
  • 30gm kacang gajus panggang
  • 1 biji cili merah|hiris
  • 5 biji cili padi |hiris
  • 1 labu bawang besar|mayang halus
  • 1 batang serai|mayang halus
  • 1 sudu makan perahan jus limau/lemon
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

 

IKLAN

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan mentah di dalam mangkuk.
  2. Tambah perahan jus limau/lemon.
  3. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Tambah sedikit gula dan gaul sebati.  Sedia dihidangkan.

 

Tip Masakan: Rendam jambu batu di dalam air bersama garam untuk mengelakkan ia menjadi lebam.

Tip Kesuburan:Jambu kaya dengan asid folik untuk kesuburan wanita.

 

8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

6. SALMON PANGGANG SOS PUTIH

Bahan-bahan;

  • 1-2 keping ikan salmon
  • 4 sudu makan krim masakan
  • 3 ulas bawnag putih – cincang halus
  • 1 sudu teh thyme kering
  • 1 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam & lada sulah secukup rasa

 

Cara-cara:

  1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada salmon.  Panggang di dalam kuali hingga masak.
  2. Sementara itu, panasakan mentega di dalam kuali.  Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan krim masakan, thyme dan lada hitam.  Didihkan sebentar.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Tuang sos putih ke atas salmon panggang dan hidangkan.

 

Tip masakan: Gunakan herba kering untuk menambahkan keenakan hidangan.

Tip kesuburan:Salmon membantu mengawal hormon dalam tubuh dan meningkatkan sirkulasi darah ke organ reproduksi dan  meningkatkan peluang hamil. Salmon juga dipercayai dapat membantu dalam mencegah kerosakan kromosom, yang mana boleh menyebabkan cacat lahir dan keguguran.

 

IKLAN

 

8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

7. DAGING REBUS AIR ASAM

Bahan-bahan:

  • 300gram daging lembu segar muda
  • 1 cawan air perahan asam jawa
  • 1 labu bawang besar |dadu
  • 1 biji tomato |dadu
  • 2 biji cili merah |hiris/cincang
  • 5 biji cili padi |tumbuk kasar
  • ½ inci belacan bakar
  • 1 sudu makan kerisek
  • Garam & gula secukup rasa

 

Cara-cara:

  1. Daging direbus dengan sedikit garam hingga empuk – Hiris nipis
  2. Untuk membuat air asam, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
  3. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.  Gaul sebati.
  4. Hidangkan daging rebus bersama air asam.

 

Tip Masakan: Gunakan daging batang pinang untuk rebusan yang lebih empuk.

Tip kesuburan: Daging merah mengandung banyak protein, juga termasuk makanan kaya zat besi.

 

8 Tip Rahsia Kesuburan Di Sebalik Pemakanan Sihat! Try Amalkan Makan Ni..

8. HATI LEMBU GORENG BERLADA

Bahan-bahan:

  • 300gm hati lembu|hiris nipis
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 6 ulas bawang merah|kisar
  • 4 ulas bawang putih|kisar
  • 1 batang serai |ketuk
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa

 

Cara-cara:

  1. Hati lembu ditabur sedikit garam dan goreng garing.  Ketepikan.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.
  3. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili kisar dan serai hingga wangi dan masak.
  4. Tuang air asam jawa, masukkan hati lembu goreng dan kacau beberapa minit.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.

 

Tip Masakan:Hiris nipis hati lembu agar senang dimasak.

Tip kesuburan:Zat besi sememangnya amat perlu untuk peningkatan kesuburan dan kesihatan.

 

 

Kredit resipi: SUWARSI M ARUKIN dari SUE’S WHITE KITCHEN

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI