Roti Shokupan…shokupan tu dalam bahasa Jepun bermaksud roti kosong atau roti biasa @ plain bread. Menurut Fatin Damiadalam laman FB nya roti shokupan ini biasanya menggunakan susu dan sedikit whipping cream .
Tekstur roti ini sangat lembut di dalam dan garing di luar. Roti Jepun ini dibuat menggunakan kaedah Yudane, iaitu kaedah pembuatan roti cara orang Jepun yang dohnya dibuat dari air panas mendidih dan tepung.
Dalam resipi ini Fatin menggunakan susu panas yang dituangkan dalam tepung dan dohnya dimasukkan dalam plastik untuk disimpan dalam peti sejuk semalaman.
Ujar Fatin lagi pembuatan roti menggunakan kaedah Yudane ini sangat popular di Jepun. Paling best kaedah ini menjadikan roti lebih halus dan lembut lebih lama walaupun setelah roti sejuk. Katanya lagi,”Permukaan roti tidak disapu kuning telur tetapi cukup hanya ditaburkan sedikit tepung di atasnya”.
Jom kita cuba resipi roti shokupan, ni resipi yang dikongsikan Fatin Damia @ kakak cantik
Ads
RIBBON SHOKUPAN BREAD
BAHAN-BAHAN :
Bahan( Yudane Method ) :
1/2 cawan tepung roti
30ml susu full cream yang telah dididihkan.
** tuang susu panas ke dalam tepung dan gaul sebati. Masuk dalam plastik dan biarkan semalaman dalam peti ais.
1. Campurkan gula dan yis ke dalam susu. Tunggu sehingga berbuih. . 2. Setelah berbuih, tuang semuanya ke dalam tepung. Masukkan bahan bahan ‘Yudane Method’ yang telah disejukkan semalaman tadi. . 3. Kemudian masukkan garam, whipping cream. Uli lebih kurang 7 minit kemudian masukkan vegetable shortening. Uli lagi sampai semua adunan kalis dan tak melekat di jari. . 4. Rehatkan doh lebih kurang 1 jam. Setelah 1 jam, buang angin dalamnya dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan bentukkannya sesuai selera. . 5. Setelah siap dibentuk, rehatkan doh lagi lebih kurang 15 minit dan taburkan sedikit tepung di atasnya dan bakar suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15-20 minit mengikut oven masing masing.
6. Setelah masak, sejukkan roti sebelum dihidangkan. Memang berbaloi lah dicuba.
Terhibur menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak kali ni bersama Dato’ AC Mizalbersama ibunya, Datin Madzinah Mansor. Memang lucu dan menghiburkan. Ada sahaja idea Dato’ AC untuk mengenakan ibunya. Setiap aksi mereka penuh gelak ketawa. Pendek kata, memang terserlah keakraban diantara dua beranak ini.
Ditugas untuk menyediakan sajian kegemaran si ibu, Dato’ AC berusaha sedaya upaya untuk menyediakan hidangan Nasi Goreng Belacan Seafood kegemaran ibunya. Walau pada awalnya bermacam dugaan dan cabaran dihadapi. Tak ada udang di pasar, sanggup pergi memancing semata-mata nak dapatkan bekalan udang segar. Tapi memang berbaloi. Lihatlah udangnya tadi, memang besar-besar dan segar.
Nak cuba masak menu Nasi Goreng Belacan Seafood resipi Dato’ AC Mizal ni untuk ibu bapa dan keluarga tersayang? Resipinya ada di bawah ini. Selamat mencuba!
RESIPI NASI GORENG BELACAN SEAFOOD
BAHAN-BAHAN: 2 mangkuk nasi putih 5 tangkai kacang panjang – potong kecil 2 ulas bawang merah – tumbuk 3 ulas bawang putih – tumbuk 6 biji cili padi – potong kecil 3 helai daun bawang – potong halus 1 inci belacan kampung – tumbuk 1 biji telur 5 ekor udang – bersihkan 2 ekor sotong – potong kecil Sedikit isi ayam – hiris nipis 2 sudu makan sos tiram Garam secukup rasa Kicap lemak manis secukupnya Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili padi,bawang merah, bawang putih serta belacan hingga lumat. 2. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali. Tumis hingga naik bau. 3. Masukkan isi ayam,udang, sotong dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan ia masak sebentar. 4. Masukkan hirisan kacang panjang dan telur. Kacau seketika dan masukkan nasi. Gaul hingga semua bahan sebati. 5. Renjiskan kicap dengan secukupnya. Masak lagi selamat 5 minit. 6. Padamkan api, tabur daun bawang dan sedia untuk dinikmati.
Lauk gulai kuning lengkuas ikan aya atau ikan tongkok selalu jadi hidangan pagi di negeri Pantai Timur. Makan dengan sambal belacan memang padu rasa.
Dapat pula kalau yang memasaknya mak-mak yang mahir memasak memang lagi sedap rasa. Cukup rasa dan pekat gulainya. Cuma bila kita buat sendiri rasanya tak sama, gulai tak jadi pekat dan kurang ‘kick’.
Bagi yang menikmati gulai kuning lengkuas ikan yang sedap perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.
Menurut Afy cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!
Cara buat gulai kuning lengkuas ikan aya
Bahan kisar
-7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
-3 ulas bawang putih
-7 hiris bulat nipis lengkuas
-3 inci kunyit hidup
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-3 sudu besar cili kering kisar
Bahan rebusan bersama ikan aya
1 kg ikan aya
3 sudu besar garam
1 keping nisse (gula kerek/gula nisan)
4-5 hiris nipis lengkuas
3 hiris nipis halia
Cara membuat:
1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh kalau guna santan dalam plastik, sukat ikut kuantiti santan tadi).
3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.
4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Seimbang rasa masin manis sahaja.
5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.
6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.
6. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.
7. Tutup api selepas 10 minit.
Nak lagi sedap hidang dalam bungkusan macam ni.
Tip gulai kuning ikan aya makin sedap dan pekat
Orang Kelantan biasa guna ikan aya putih atau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.
Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.
Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.
Ni dia lauk pauk kampung yang mampu mengembalikan nostalgia masakan oleh bonda tercinta di desa. Resipi ever green ni memang mudah dimasak dan menjadi sajian warisan yang rasanya terpahat di ingatan.
Jom masak sendiri lauk pauk ni mudah aje dan boleh diwariskan pada anak-anak nanti.
1. PUCUK PAKU TUMIS CILI DENGAN DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
Secekak besar pucuk paku | ambil pucuk dan daun & pucuk muda sahaja
100gm hirisan daging
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan pucuk paku yang telah dicuci bersih.
Kacau rata hingga pucuk paku layu.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan air asam jawa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan pucuk paku sedia dihidangkan.
2. KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500ml air rebusan tulang
250ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulasa bawang putih
4cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
3. KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau | hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
4. KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
.
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
15 biji cili padi | hriis
15 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata hingga air kupang kering.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
5. GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
.
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
INGIN MENUMIS DAN MENGGORENG MAKANAN DENGAN AIR FRYER, LAYARINYA DI SINI.