Siapa sahaja akan terkesan dengan situasi pandemik covid-19 hari ini. Menyedari keadaan ini, banyak NGO bangun menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Community Transformation Initiative Berhad (CTI)

Projek kolaborasi ini dibawa oleh kerjasama antara beberapa pihak di mana Community Transformation Initiative Berhad (CTI) merupakan NGO pelaksana utama projek ini. CTI telah mempertimbangkan implikasi Laporan UNICEF 2018, “Children Without” dan ingin cuba mencari peluang untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung dan bayi untuk 1000 hari pertama terutamanya ketika pandemik Covid-19.

Semasa pandemik bermula, bantuan makanan secara umum dihulurkan kepada NGO untuk komuniti yang memerlukan. Barang makanan itu biasanya tidak mengandungi buah-buahan yang segar, sayur-sayuran serta sumber protein seperti daging, ikan dan telur. Disebabkan oleh kerumitan menghantar makanan segar, kebanyakan makanan yang disumbangkan adalah makanan kering, termasuk kentang dan bawang yang boleh disimpan tanpa peti sejuk.

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Aktiviti kutipan makanan basah dengan kerjasama Graze Market

 

 

Pada masa yang sama, pengasas Graze Market, sebuah syarikat keusahawanan sosial yang menyelamatkan sayur-sayuran daripada pembaziran, Puan Clara Wan, telah mendengar tentang Prudence Foundation Chairman’s Challenge Fund yang menyediakan dana untuk program bantuan semasa Covid-19, dan memberi cadangan kepada CTI, yang merupakan pengedar PRUkasih (sebuah Rancangan Perlindungan Pendapatan CSR oleh Prudence Foundation), untuk memohon dana ini.

Graze Market bercadang untuk bekerjasama dengan CTI untuk memudahkan logistik pengedaran dan pada masa yang sama memenuhi misi mereka untuk mengurangkan pembaziran makanan.

 

Rakan Kerjasama dan Sasaran Penerima

CTI mula mencari rakan kerjasama yang sesuai untuk membawa pengetahuan pemakanan kepada peserta. Pejabat Perhubungan Komuniti International Medical University Malaysia (IMU), IMU Cares telah bersetuju untuk membawa Bahagian Dietetik dan Pemakanan IMU untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. 2 pensyarah dan 5 pelajar tahun akhir dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pemakanan, telah terlibat dalam penyampaian bengkel pemakanan (5 kali penyampaian-4 secara bersemuka dan 1 atas talian), dan juga bengkel Facebook Live berkaitan dengan pemakanan dan cara masakan secara sihat pada 6 Disember 2020.

IKLAN
Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Gambar berkumpulan CTI dengan sukarelawan dari IMU

Peranan CTI adalah sebagai pelaksana projek utama, dan bertanggungjawab untuk mengambil masuk keluarga yang memerlukan dan memenuhi kriteria, mendapatkan statistik kesihatan pra- dan post- program melalui ukuran, dan mendirikan komuniti Whatsapp dan Facebook untuk menyediakan ekosistem sokongan demi peserta untuk pembelajaran dan sokongan antara satu sama lain secara berterusan.

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Dalam Bengkel Nutrisi, peserta membuat perbincangan kumpulan

Pemilihan penerima, kawasan and kriteria di buat secara menyeluruh di kawasan terpilih.

Kami membuka pemohonan kepada penduduk PPR Kota Damansara yang pernah mengikuti program kami pada masa lalu. Semasa kami melawat mereka di rumah untuk menilai keadaan keluarga itu, kami juga tanya mereka siapa lagi yang mereka kenal yang memenuhi kriteria kami (cara ‘snowballing’).

Kami menyenarai pendek berdasarkan kriteria berikut:

  1. Mengandung
  2. Bayi bawah 1 tahun
  3. Bayi bawah 2 tahun
  4. Status ekonomi (Pemohon dengan pendapatan sekeluarga yang lebih rendah akan dipertimbangkan dahulu)
  5. Tindakbalas kepada aktiviti kami (Kami keluarkan nama kalau mereka tidak jawab telefon/ whatsapp/tiada di rumah setiap kali kami melawati mereka)

Kawasan dipilih adalah PPR Kota Damansara kerana itulah komuniti yang CTI membantu selama ini.

Penduduk berpendapatan rendah di komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara menghadapi cabaran disebabkan kehilangan kerja dan pendapatan. Wang simpanan yang tidak banyak dan sudah digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IKLAN
Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Susunan makanan kering di tempat kutipan semasa bulan November 2020

Keluarga mereka terjejas kerana keperluan asas pun tidak dapat dipenuhi. Situasi untuk Ibu hamil dan anak bawah 2 tahun lagi teruk sebab tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat semasa pandemik Covid-19. Ini akan membawa kesan sampingan yang besar terhadap pertumbuhan dan kehidupan bayi tersebut untuk jangka panjang.

Dalam kalangan keluarga B40, terdapat juga anak yang memerlukan keperluan khas. Keperluan kesihatan , pemakanan dan perubatan untuk anak mereka telah memberi tekanan yang besar ke atas kewangan keluarga pada hari biasa. Tekanan kewangan adalah lagi besar semasa PKP.

Kami nampak kesusahan ibu-ibu dalam komuniti pendapatan rendah yang tidak dapat memberi pemakanan yang sepatutnya kepada anak mereka kerana kehilangan sumber pendapatan semasa pandemik. Ini merupakan masalah yang sangat membimbangkan kerana ia akan menjejaskan masa depan anak muda mereka.

Melalui projek ini, kami berharap dapat memulihkan 50 keluarga terpilih kepada tahap kesihatan yang lebih baik selepas Covid, membantu mereka mendapat akses untuk pemakanan yang diperlukan, dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan pemakanan supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik mengenai pemakanan pada masa hadapan.

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Gambar berkumpulan dengan sukarelawan dari Eastspring Investments Berhad, Graze Market, CTI dan gereja tempatan semasa penghantaran makanan kering bulan September 2020.

 

Bentuk Sumbangan Yang Diberikan

IKLAN

Makanan basah diberi setiap minggu selama 12 minggu, dan makanan kering dibekal sekali setiap bulan untuk 3 bulan. Kadang kala, sekiranya terdapat sumbangan dari pihak lain, tepung susu tumbesaran (growing up milk) dan pelitup muka juga diberi kepada peserta.

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Makanan kering yang dibekalkan pada bulan September 2020

Selain daripada sumbangan barangan di atas, bengkel pemakanan oleh IMU dan pengwujudan ekosistem sokongan untuk memastikan para peserta memahami kepentingan pemakanan yang diperlukan dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan seorang bayi, serta cara penyediaan makanan yang bersesuaian untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan kanak-kanak, merupakan satu elemen yang penting dalam program ini.

Makanan basah termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sumber protein seperti tauhu/tempe, ikan, ayam dan telur. Nilai makanan basah adalah antara RM65 dan RM75 setiap minggu (satu papan telur diberi dua minggu sekali)

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Bekalan makanan basah pada bulan Disember 2020

Makanan kering yang diberikan setiap bulan bernilai RM120. Jumlah nilai yang disumbangkan adalah RM1,200 setiap penerima dalam tempoh projek ini.

 

Sukarelawan dan harapan

Dari bulan Ogos hingga November 2020, seramai 65 sukarelawan dari International Medical University (IMU), Eastspring Investments Berhad, Graze Market dan gereja setempat telah terlibat.

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi, CTI Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid-19
Gambar berkumpulan bersama sukarelawan dari Eastspring Investments Bhd. pada 19 September 2020 semasa mengumpul data kesihatan pra-program.

Semua penganjur projek ini berharap peserta dan keluarga mendapat manfaat daripada program ini dengan apa yang diberi, termasuk bekalan makanan, pengetahuan pemakanan, kumpulan sokongan ibu-ibu dan perkongsian pengalaman, pengetahuan, resipi dari ahli kumpulan lain.

Diharap juga para peserta dapat belajar ilmu pemakanan ibu mengandung dan bayi, cara makan dan masak yang sihat dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Dengan itu, kesihatan ibu dan bayi meningkat, dan tabiat yang terbentuk ada impak jangka panjang untuk kehidupan mereka dan sekeluarga.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI