Ads

Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!

Nan Gua Bing antara kuih tradisional Cina yang cukup popular setiap kali menjelang Tahun Baru Cina. Kuih ini menggunakan buah labu sebagai bahan utama dan biasanya berintikan kacang merah atau salted egg. Rupanya seakan-akan kuih bom, namun rasanya sangat unik – crispy di luar dan cair di dalam. Memang lemak manis dan cukup memikat selera!

Resipi yang dikongsikan oleh Shahmila Radha ini sangat mudah untuk dicuba di rumah. Tambahan pula, kuih ini digolek dengan bijan (sesame seeds) yang menjadikannya lebih crunchy dan wangi apabila digoreng. Kalau anda penggemar kuih tradisional, wajib cuba Nan Gua Bing ini.

Resipi Nan Gua Bing (Traditional Chinese Pumpkin Cake)

Nan Gua Bing

Bahan-bahan:

  • Labu (rebus dan lenyekkan anggaran dalam 2/3 senduk besar)
  • 2 senduk tepung pulut
  • 1 sudu besar gula icing / gula pasir

Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!

Cara Membuat Nan Gua Bing

  1. Gaul semua bahan di atas. Jangan campur dengan air. Saya suka kuih ini lembut dan rasa labu lebih menyerlah, jadi saya kurangkan tepung pulut.Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!
  2. Kalau nak kuihnya lebih keras sedikit, lebihkan tepung pulut. Boleh juga letak pewarna kuning telur sikit kalau nak nampak cantik (golden colour) bila digoreng.
  3. Bila dah siap, doh akan jadi seperti yang ditunjukkan. Saya memang suka kurangkan tepung supaya rasa labu tu lebih terasa.
  4. Inti kacang merah saya beli yang ready made. Buat bulat-bulat dan ketepikan dahulu.Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!
  5. Letak sedikit tepung atas tangan supaya tak melekat bila nak uli. Leperkan doh dan letak inti di tengah.
  6. Balut inti dan pastikan ia tidak terkeluar. Inti kacang merah memang mudah dibentuk sebab tak cair.Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!
  7. Bila dah bulat jadi bola, leperkan semula. Jangan risau, inti takkan terkeluar. Ada sebab kenapa Nan Gua Bing ini dibuat leper – supaya masak sekata dan inti di dalamnya mencair dengan sempurna.
  8. Golek kuih dalam bijan (sesame seeds) depan dan belakang hingga bersalut rata.Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!
  9. Kuih ini boleh deep fry atau pan fry. Kalau nak kurangkan penggunaan minyak, boleh pilih kaedah pan fry.
  10. Gunakan non-stick pan dan goreng seperti biasa. Api mesti sederhana, jangan terlalu kuat nanti kuih cepat hangus.
  11. Bila warna sudah bertukar keemasan, cepat-cepat angkat. Selepas diangkat, warna Nan Gua Bing akan menjadi golden brown yang cantik.
  12. Toskan minyak dahulu sebelum dihidangkan. Makan panas-panas memang terbaik sebab inti kacang merah di dalamnya akan cair dan lembut.

Tip Supaya Nan Gua Bing Lebih Rangup & Menjadi

Pastikan labu tidak terlalu berair selepas direbus. Jika terlalu lembik dan berair, doh akan menjadi terlalu lembut dan susah dibentuk. Kawal jumlah tepung pulut mengikut tekstur doh yang diingini.

Gunakan api sederhana ketika menggoreng supaya bahagian luar rangup sekata dan tidak cepat hangus. Bijan yang disalut pada permukaan Nan Gua Bing akan memberikan aroma wangi serta tekstur crunchy yang menambah keenakan.

Ads

Nan Gua Bing Rangup & Cair Di Dalam. Resipi Kuih Labu Tradisional Cina Paling Sedap!

Kenapa Nan Gua Bing Jadi Pilihan Musim Perayaan?

Nan Gua Bing bukan sahaja cantik dengan warna keemasan, malah teksturnya yang garing di luar dan lembut cair di dalam menjadikannya antara kuih yang cepat habis dihidang. Gabungan rasa labu yang semula jadi manis dengan inti kacang merah yang lembut memang serasi.

Sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pencuci mulut ketika musim perayaan, Nan Gua Bing juga boleh dipelbagaikan dengan inti lain seperti salted egg untuk rasa lebih berlemak. Tak hairanlah kuih tradisional ini terus menjadi kegemaran ramai sehingga kini.

Ads

Kredit resipi: Shahmila Radha 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kerepek Ngaku Rangup & Sedap. Resipi Mudah Paling Power Wajib Cuba!

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi Mi Kari Stail Chinese Ipoh Paling Sedap & Padu, Sekali...

Mi Kari Stail Chinese Ipoh dengan kuah cair berempah dan lemak santan memang sedap dan tak muak. Cuba resipi simple ini untuk hidangan puas makan!