Anda yang sukakan peanut butter dan sedang mengamalkan diet atau mahu makanan lebih sihat, boleh cuba buat sendiri. Ia sangat mudah, yang penting ia bebas gula, sebarang pengawet, perwarna dan perisa. Sangat berkhasiat dan sihat. Macam mana nak buat follow je resipi yang RASA kongsikan di sini. Mudahkan…
PEANUT BUTTER BAHAN-BAHAN: 2 1/2 cawan kacang tanah 3 sudu makan madu 12-15 sudu makan minyak zaitun| boleh ganti dengan minyak sayur 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Ads
Goreng kacang tanah tanpa minyak di atas api kecil selama lebih kurang 20 ke 30 minit. Kacau selalu setiap 1-3 minit supaya tak hangus. Nak bakar dalam oven pun boleh.
Apabila kacang dah mula berbau ‘masak’, kulit mula tanggal dan rasa rangup, maka tutup api.
Buang kulit kacang sampai bersih. Ketepikan kacang yang hitam atau hangus. Jangan dicampur nanti pahit.
Ads
Masukkan kacang dalam pengisar. Kisar sampai separuh halus dan tambahkan garam dan madu.
Masukkan minyak berperingkat-peringkat. Kisar lagi sampai halus. Boleh tambah minyak sekiranya tekstur masih kental
Ads
Simpan dalam botol, dan peanut butter sedia disapukan pada roti. Simpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan.
Kredit :Fb Kak Has, #kualikakHas
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.
.
Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.
Untitled design (19).
“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.
Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.
Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.
RENDANG KERANG SEMADI
BAHAN-BAHAN :
2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
1 biji kelapa | dibuat santan pekat
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan kicap manis
1 helai daun kunyit | diracik halus
3 helai daun limau purut
2 batang serai | diketuk
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
3 sudu makan cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1. 3sm halia
1.3 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kerisik, santan dan serai.
Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA
.
BAHAN-BAHAN :
1kg udang saiz sederhana
3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
½ cawan tempoyak
½ cawan santan
½ cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 helai daun kunyit | diracik
½ sudu gula
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
1.3sm kunyit hidup
1.3sm halia
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
Masukkan air, santan dan tempoyak
Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit
SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN
BAHAN-BAHAN :
300gm sagu mata ikan
Sedikit Pewarna merah
Santan pekat secukupnya
Secubit garam
3 ketul gula Melaka
CARA MEMASAK :
Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
Masukkan pewarna merah
Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
Kali ini RASA kongsikan resipi Resoles Inti Ayam yang simple dan inti juga mudah disediakan, sesuai sangat dijadikan menu untuk sarapan, minum petang, mahu pun sebagai hidangan untuk tetamu.
BAHAN-BAHAN: UNTUK KULIT: 3 biji telur 125gm tepung gandum 250ml air ½ sudu teh garam 1 sudu makan mentega | cairkan
BAHAN INTI: 300gm fillet ayam 2 ulas bawang merah | cincang halus 1 ulas bawang putih | cincang halus ½ sudu teh lada sulah 2 sudu makan gula pasir 1 sudu teh garam 1 sudu makan perasa ayam 1sudu makan mentega | untuk menumis 100ml santan air
CARA MEMBUAT:
Untuk membuata kulit, campurkan tepung, telur, air dan garam gaul hingga rata.
Tapis ke dalam bekas lain dan campurkan dengan metega yang telah dicairkan.
Panaskan kuali, kemudian dadarkan nipis, lakukan hingga habis aduanan.
Bagi menyediakan inti, panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukan ayam fillet ayam yang telah direbus dan dicarik tadi, tambahkan santan, kacau rata.
Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. Kacau lagi.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Kemudian isikan inti ayam di atas lempeng, gulung seperti popia, buat hingga selesai.
Panaskan minyak dan goreng resole hingga kekuning, angkat dan hidangkan dengan sos kesukaan keluarga anda.
Lauk yang simple seperti kembung masak pedas ala Thai inilah yang sering jadi rebutan . Cukup rasa, masam , manis, pedas yang seimbang ditambah dengan aroma daun limau purut memang makan tak cukup sepinggan. Cubalah buat kalau nak tahu penangannya.
Kembung Masak Pedas Ala Thai
Bahan-bahan: Ikan kembung -digoreng dengan garam dan sedikit kunyit. Ketepikan Cili merah Cili hijau Cili padi merah Cili padi hijau 3 batang serai 6 ulas bawang putih (Kisar semua bahan jangan hancur sangat) Sos ikan-BELI ONLINE DI SINI Sos tiram Sos cili Sos tomato-BELI ONLINE DI SINI Gula secukupnya Air secukupnya Daun limau purut Bawang Holland
Cara memasak: 1.Panaskan minyak .Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. 2.Masukkan semua sos-sos dan gula, gaul rata. (Garam tak perlu, sebab semua bahan dah masin) 3.Masukkan sedikit air untuk kuahnya. 4.Biar mendidih. 5.Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut, bawang Holland dan ikan goreng. 6.Gaul rata siap untuk dihidang.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...