Paru goreng berempah ini antara lauk ringkas tapi cukup membuka selera. Rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam, ditambah pula aroma daun kari dan bawang besar yang digoreng memang lagi berselera.
Hidangan ini bukan saja sesuai dimakan dengan nasi, malah boleh juga dijadikan kudapan begitu saja. Nak buat pun mudah, bahan pun ringkas. Peminat paru kena cuba.
Resipi Paru Goreng Berempah Yang Rangup
Bahan-Bahan
Paru – dihiris nipis
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Serbuk kari secukupnya
Garam dan cukup rasa
Tepung secukupnya
Sedikit air
1 biji bawang besar – hiris bulat
Daun kari secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Ads
Cara Penyediaan Paru Goreng Berempah
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Gaulkan paru bersama bahan kisar, serbuk kari, garam dan perasa.
3. Masukkan tepung, tuang sedikit air dan gaul hingga rempah melekat pada paru. Perap selama 30 minit.
Ads
4. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing atau ikut citarasa.
5. Ketika separuh masak, masukkan bawang besar dan daun kari. Gaul rata.
Ads
6. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Apa hidangan istimewa di Hari Raya Korban?Rasa macam nak buat gulai kawah dan nasi kebuli seperti yang dikongsi oleh Kallthom Mohamed. Barulah ada feel hari raya. Daging segar dan segala ramuan sudah tersedia, jomlah kita buat. Bila cukup ramuan barulah sedap gulai kawah yang dihidangkan.
GULAI KAWAH Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk menumis:
Cara memasak; 1.Panaskan minyak, masukkan bawang, halia mayang dan rempah 4 beradik. 2.Bila dah naik bau (bawang warna kuning), masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi berserta cili mesin. 3.Kacau dan bila dah naik bau (pecah minyak) masukkan daging. Masukkan air asam jawa, belacan dan secubit garam. Kacau rata dan tutup periuk.Kita mati air dulu. *** api jangan terlalu besar untuk mengelak daging lambat empuk. 4.Buka dan kacau sekali sekala. 5.Bila daging dah empuk, masuk nyor gula. 6.Kacau dan bolehlah masukkan santan, garam dan nisang. Tambah air jika perlu. Kacau sekali sekala. 7.Bila dah mendidih, slowkan api dan masaklah sehingga pecah minyak.
NASI KEBULI Bahan-bahan:
Cara memasak: 1.Panaskan minyak dan masukkan bawang yang dimayang, 4 beradik, halia & daun pandan. 2.Tumis hingga naik bau. 3.Tambah air dan rempah yang dibunjut tadi. Bila dah mendidih masukkan beras, garam dan sedikit gula. Kacau dan tutup peiuk. Kite guna rice cooker je. Kredit: Kallthom Mohamed
Petai ni antara ulam yang sedap. Boleh dimakan macam tu sahaja ataupun dibuat jeruk. Boleh juga dimasak sambal atau dijadikan sebagai pelengkap dalam hidangan daging. Memang sangat sedap.
Apa kata korang cuba resipi daging goreng petai ni. Memang sangat sedap. Apatah lagi dimakan panas-panas dengan nasi putih panas. Tambahkan cili biar pedas-pedas sikit. Sedap weh.
BAHAN-BAHAN
• Bawang putih (ditumbuk)
• Halia (ditumbuk)
• Daging (dihiris nipis)
• Kunyit
• Garam
• Minyak masak untuk menggoreng
• 1 biji bawang holand atau bawang besar (dihiris)
• Sos tiram
• Cili merah
• Gula dan garam secukup rasa
• Petai
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih dan halia. Jangan sampai lumat. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air jika perlu. Jangan goreng garing pula. Bila daging dah empuk, boleh tutup api dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu. Masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan cili merah, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom masak Daging Masak Kicap Kerisik untuk hidangan makan tengahari yang menyelerakan. Gabungan daging yang empuk, kuah kicap yang pekat serta aroma kerisik yang harum menjadikan menu ini antara pilihan terbaik untuk dinikmati bersama nasi panas. Rasanya seimbang antara manis, masin dan berempah, menjadikan setiap suapan begitu memuaskan.
Jika anda sedang mencari resipi daging yang mudah disediakan tetapi mempunyai rasa seperti masakan restoran, resipi ini memang wajib dicuba. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah penyediaan yang ringkas, hidangan ini sesuai untuk disediakan pada hari biasa mahupun untuk menjamu keluarga pada hujung minggu.
Daging yang dimasak perlahan sehingga empuk akan menyerap semua rasa daripada kicap, rempah tumis dan kerisik. Hasilnya ialah kuah yang pekat serta daging yang lembut dan penuh rasa. Aroma kerisik pula memberikan sentuhan tradisional yang menaikkan lagi keenakan hidangan ini.
2. Masukkan bahan tumis bersama serbuk kari. Tambahkan sedikit air supaya serbuk kari tidak hangus.
3. Masukkan daging dan kacau sehingga daging bertukar warna.
4. Tuangkan air dan masak sehingga air menyusut serta daging menjadi empuk.
5. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Tambahkan sedikit air jika perlu mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
6. Apabila kuah mula pekat, masukkan kerisik dan serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan cili merah dan bawang holland.
8. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Masak seketika dan sedia untuk dihidangkan.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pilih bahagian daging yang sesuai untuk dimasak secara perlahan. Jika menggunakan daging yang agak liat, rebus terlebih dahulu sehingga lembut sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Kaedah ini membantu menjimatkan masa memasak dan memastikan tekstur daging lebih lembut ketika dihidangkan.
Selain itu, jangan tergesa-gesa ketika memasak. Proses memasak yang perlahan membolehkan rempah dan kuah meresap ke dalam isi daging dengan lebih sempurna. Ini akan menghasilkan rasa yang lebih kaya dan menyelerakan.
Kerisik merupakan bahan tradisional yang sering digunakan dalam masakan Melayu. Ia dihasilkan daripada kelapa yang disangai dan ditumbuk sehingga mengeluarkan minyak semula jadi. Dalam resipi ini, kerisik membantu memekatkan kuah serta memberikan aroma yang sangat harum.
Gabungan kerisik dengan kicap menghasilkan rasa yang unik dan sukar ditandingi. Inilah yang menjadikan hidangan ini berbeza daripada daging masak kicap biasa. Setiap suapan memberikan rasa lemak yang seimbang tanpa terlalu berat.
Hidangan ini paling sesuai dinikmati bersama nasi putih panas. Namun begitu, ia juga sedap dipadankan dengan nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas. Untuk melengkapkan hidangan, tambahkan sayur goreng atau ulam-ulaman segar sebagai pelengkap.
Jika anda penggemar makanan pedas, boleh juga menambah beberapa biji cili padi ketika memasak. Ia akan memberikan sedikit rasa pedas yang menyelerakan tanpa menenggelamkan rasa asli kuah kicap dan kerisik.
Daging Masak Kicap Kerisik ini bukan sahaja mudah disediakan malah sesuai untuk seisi keluarga. Dengan gabungan bahan yang ringkas dan langkah yang tidak rumit, anda boleh menyediakan hidangan yang lazat pada bila-bila masa. Cubalah resipi ini dan nikmati keenakan daging empuk bersama kuah kicap pekat yang penuh aroma kerisik.
Kenali caviar menerusi 10 fakta menarik sempena World Caviar Day. Ketahui mengapa caviar sangat mahal, proses penghasilannya, jenis-jenis terkenal, khasiat serta cara menikmatinya.