Sajian Cina memang mampu membuat sesiapa pun kecur melihatnya. Malah hidangan Cina sesuai untuk semua jamuan rasmi dan juga seharian. Lebih-lebih lagi lah jika menu itu adalah sajian Cina Muslim.

Sempena Hari Kemerdekaan yang dah semakin dekat ni, meh kita pakat masak hidangan Cina pulak. Kitakan ‘tekak’ Malaysia, dalam makanan tiada istilah bangsa, janji sedap kan.

Hari Kebangsaan Dah Makin Dekat, Jom Kita Makan Sajian Cina Pulak, Terbaik Dari Restoran Adam Lai.

Bahan mentah yang segar dan hidangan dengan campuran sos dan kicap adalah antara rahsia tarikan sajian ini. Ikuti resepi yang disumbangkan oleh Chef Mohd Zaharudin Zahari dari Restoran Adam Lai di Seksyen 15 Shah Alam ini yang cukup popular di Selangor ini..

1.LALA CILI PADI

Hari Kebangsaan Dah Makin Dekat, Jom Kita Makan Sajian Cina Pulak, Terbaik Dari Restoran Adam Lai.

BAHAN-BAHAN :

  • 350 gm lala
  • 6 biji cili padi | diketuk
  • 50 gm halia | dihiris halus
  • 1 sudu teh bawang putih cincang
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1/2 sudu teh gula
  • 4 sudu makan atau minyak masak secukup

CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan rebus lala dalam 20 saat, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak masak, masukkan halia, bawang putih, cili padi yang diketuk.
3. Tumiskan hingga wangi.
4. Masukkan secawan air, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan kedalamnya
5. Akhir sekali kacau dan gaulkan bersama lala sebentar, serta padamkan api segera.

Saiz hidangan : 3 orang
Jenis masakan : Makanan laut
Keistimewaan : Lala dimasak stail cina , penggunaan cili padi memberi rasa pedas

INFO CHEF: Rebus lala jangan melebihi 20 saat, dan kacau sebentar sahaja bersama rencah untuk mengekalkan rasanya yang berjus dan lembut

2.AYAM MANGGA

Hari Kebangsaan Dah Makin Dekat, Jom Kita Makan Sajian Cina Pulak, Terbaik Dari Restoran Adam Lai.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 keping peha ayam | dibuang tulang dan dibersihkan
  • 1 biji mangga | separuh masak, dihiris halus

Bahan kuah/sos:

IKLAN
  • 300 gm cili padi
  • 500 gm bawang putih
  • 450 gm sos plum
  • 400 ml cuka
  • Air limau nipis secukupnya
  • Garam secukupnya
  • 1 liter air
    * Dikisar dan dijadikan pes/sos. Masukkan dalam satu bekas dan kacau hingga larut.

Bahan perapan/salutan ayam :

  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu makan stok ayam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 10 sudu makan tepung ubi kayu

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan pada peha ayam yang telah dibuang tulang.
2. Perapkan setengah jam.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam dalam minyak penuh.
4. Toskan dan ketepikan. Potong menjadi bahagian yang kecil
5. Ambil sos yang sudah dikacau tadi dan tuangkan atas ayam yang telah digoreng
6. Taburkan hirisan mangga di atasnya
7. Sajian siap untuk dinikmati.

Saiz hidangan :4 orang
Cara memasak : Tumis dan goreng
Keistimewaan : Hirisan mangga yang rangup dan sos masam manis, sungguh sedap

INFO CHEF : Ayam ala chicken chop dengan sos versi cina menjanjikan kepuasan rasa apabila dinikmati. Masam manis dan sedikit rasa pedas dari cili padi menjadikan ia menu sajian cina yang hebat.

3.SOTONG TIGA WARNA

Hari Kebangsaan Dah Makin Dekat, Jom Kita Makan Sajian Cina Pulak, Terbaik Dari Restoran Adam Lai.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor @ 250 gm

Bahan sos Cheong Zeng :

  • 300 gm tauchu
  • 120 gm bawang merah
  • 120 gm bawang putih
  • 40 gm cili padi
  • 400 gm cili merah
  • 120 gm cili boh
  • 120 gm sos plum
  • 30 gm sos tiram
  • 90 gm halia
  • Gula secukupnya
  • 50 ml air

* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.

IKLAN

Bahan sos Ceng Poa :

  • 200 gm cili boh
  • 60 gm bawang besar
  • 60 gm bawang putih
  • 40 gm cili kering
  • 40 gm cili padi
  • 40 gm tauchu
  • 40 gm asam jawa
  • 200 gm sos tomato
  • 200 gm sos cili
  • 80 ml air

* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.

CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api
4. Sajian siap untuk dihidang

Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Tumis dan goreng
Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong

INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.

4. KARI KEPALA IKAN NYONYA

Hari Kebangsaan Dah Makin Dekat, Jom Kita Makan Sajian Cina Pulak, Terbaik Dari Restoran Adam Lai.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 300 gm kepala ikan merah
  • 1 biji bawang besar | dibelah 4
  • 15 helai daun kari
  • 2 batang serai | diketuk
  • 1 biji tomato | dibelah 6
  • 2 batang kacang panjang | dipotong 3 sm
  • 1 batang terung | dikerat 6 menjadi 3 sm
  • 1 biji cili merah | dipotong serong
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 300 ml susu cair
  • 400 ml santan
  • 300 ml air
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Kepala ikan harus dikukus terlebih dahulu dalam 10 minit.
2. Terung dan kacang panjang digoreng dalam 10 saat, angkat dan toskan. Ketepikan.3.Pijarkan minyak masak di dalam kuali. Masukkan rempah kari ikan, serai, daun kari , bawang besar, pes cili kering dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan air sampai mendidih, kemudian masukkan pula santan dan susu cair.
5. Apabila mendidih masukkan kacang panjang, terung, cili merah, tomato dan kepala ikan.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar. Perisakan dengan garam.
7. Hidangan siap untuk dinikmati.

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan : Kari nyonya rasanya lebih berlemak dan berkrim berbanding kari biasa.

Info chef : Selain kukus opsyen lain, kepala ikan boleh juga dicelur 4 minit terlebih dahulu bersama dengan asam keping dan sedikit halia dan secubit garam

5. ITIK SHAO YA

Hari Kebangsaan Dah Makin Dekat, Jom Kita Makan Sajian Cina Pulak, Terbaik Dari Restoran Adam Lai.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor itik anggaran 1.7 -2.0 kg

Bahan sos itik :

  • 1 sudu makan bawang putih cincang
  • 3 sudu makan tauchu
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 4 sudu teh gula
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit tepung kentang untuk pekatkan kuah
  • 3 cawan air

Bahan untuk itik :

  • 4 senduk air
  • 2 sudu makan sudu.
  • 2 kg minyak masak untuk menggoreng itik
  • Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kanji/tepung kentang ke dalam kuali.
2. Biarkan mendidih dan masukkan tepung kentang untuk memekatkan kuah. Ketepikan sos.
3. Kemudian masukkan empat senduk air dan dua sudu makan madu tadi ke dalam kuali dan masukkan itik (jangan dipotong dahulu).
4. Biarkan mendidih dan siramkan dengan kerap ke atas itik sehingga berwarna perang.
5. Angkat dan toskan, gantung biar kering
6. Kemudian pijarkan minyak masak di dalam kuali lain.
7. Masukkan itik dan goreng ‘deep fried’, goreng kira-kira 10 minit.
8. Apabila sudah masak angkat, angkat dan gantung hingga minyaknya kering.
9. Kemudian siramkan dengan sedikit minyak bijan.
10. Potong itik kepada beberapa bahagian sebelum menghidang dan hidangkan bersama sos yang dimasak sebelum ini.

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan : Rasa ala itik salai,berjus dan lazat dimakan bersama sos

Info chef : Merebus itik bersama nenas segar adalah petua yang dipecayai dapat melembutkan daging itik.

TERIMA KASIH : RESTORAN ADAM LAI, No. 69-G, Jalan Pahat H 15/H, Section 15, Shah Alam ,Selangor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI