Minyak bekas gorengan biasanya kita buang ataupun dijual. Tapi ada lagi cara yang boleh kita gunakan dengan bahan terbuang ini terutama jika di dapur atau dalam rumah ada banyak masalah lipas.
Daripada beli produk khas untuk hapus haiwan ini, kita sebenarnya boleh gunakan minyak terpakai untuk menjadi perangkap lipas yang berkesan.
Tip ini dikongsi oleh Melizah21 melalui akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
Ads
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
Ads
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.
Nak tahu cara terbaik untuk simpan daging korban? Maklumlah di musim korban ini tentunya banyak stok daging di rumah. Agak mustahil untuk menikmatinya dalam jumlah yang banyak. Oleh itu cara penyimpanan serta pengurusan yang betul amat penting bagi memastikan daging korban dapat disimpan dalam masa yang lama, kekal enak serta kualitinya terjaga. Menerusi posting FB dari saudara MB Johari Haji Ismail yang dikreditkan kepada Chef Mawi, beliau berkongsi kaedah penyimpanan daging yang betul. Puan-puan boleh cuba.
KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL AGAR KUALITI DAGING TERJAGA.
1. ELAK CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN.
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, dikhuatiri kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging seterusnya merosakan kualiti. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG KECIL KE DALAM FREZER.
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan (2-4 kg) di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja. Biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. ELAK TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. ELAK CAIRKAN DAGING BEKU MENGUNAKAN AIR PANAS.
Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging lembut dan ais cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
TIP TAMBAHAN:
Jangan guna plastik warna hitam kerana ia adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Sebaiknya gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal. Baarakallah. Semoga memberi manfaat.
Kredit kepadaChef Mawi Art Of Butchery Inovasi Evolusi BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY Butchery Gear and Proper Equipments
Siapa suka bubur Sumsum yang diperbuat dari tepung beras dicampur dengan santan dan dimakan dengan air gula Melaka. Memang sedap sunggup dessert orang dulu-dulu ni. Walaupun sekarang ni jarang-jarang masak tapi masih ramai yang mengemarinya. Apa kata di hari memperingati kemerdekaan negara yang ke 62 ini dengan menjamu ahli keluarga dengan menyediakan Bubur Sumsum yang sungguh osem ni.
Walaupun tengok pada bahan dan menunya nampak mudah masak Bubur Sumsum tetapi kalau tak kena pada caranya, ia akan berketul-ketul dan tidak akan dapat tekstur yang lembut sekata tu.. Untuk hasil Bubur Sumsum yang terbaik boleh ikut tip berikut
Gunakan Bahan Segar
Bahan utama yang digunakan adalah tepung beras, santan, daun pandan dan garam. Sebaiknya guna tepung beras yang tidak berbau dan putih berkilat. Santan pula gunakan santan segar supaya adunan bubur lebih sedap, lembut dan berkilat. Jika tidak ada santan segar boleh juga guna santan kotak .Untuk memastikan kekentalannya lembut cantik, gunakan perbandingan air 1:8-10 untuk tepung dan santan. Ini bermakna bila guna 100gm tepung beras, maka guna 800l santan. Daun pandan untuk aroma, jika tiada boleh guna esen vanilla.
Larutkan Santan Dengan Tepung Beras Sebelum Dimasak
Bancuh tepung beras dengan separuh daripada santan hingga bercampur dengan sekata dan tidak berketul sebelum dididihkan di atas dapur mengunakan api sederhana dan perlahan.
Sentiasa Kacau Hingga Aduan Yang Dimasak Meletup-Letup
Dalam periuk masukkan lebihan separuh dari santan tadi bersama daun pandan serta sedikit garam. Hidupkan api dapur dan masukkan adunan tepung beras yang telah dilarutkan tdi. Sentiasa kacau hingga tekstur adunan menjadi pekat dan meletup-letup sebelum tutup api.
Tambahkan Penambah Aroma Untuk Ganti Air Gula
Campurkan gula melaka dengan air dan sedikit garam di dalam periuk, kemudian didihkan di atas dapur. Masak hingga gula larut. Untuk aroma lebih wangi, masukkan dapun pandan atau kulit kayu manis, terpulang pada cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau anda ada lauk bersantan yang berlebihan, jangan dibiarkan basi dan akhirnya terpaksa dibuang begitu saja. Rugilah, dah penat-penat masak kan. Sebaiknya, anda simpan di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku. Bila teringin, boleh keluarkan dan panaskan saja. Nak tahu caranya? Boleh ikut tip ini.
Gunakan Kelapa Parut Atau Santan Segar & Baru Jika anda menggunakan santan segar yang dibeli di kedai, pastikan ia santan yang baru. Jika beli kelapa parut, pastikan kelapa baru saja diparut dan anda perlu perah menggunakan air suam. Jika anda menggunakan santan kotak, sebaiknya gunakan kotak santan mengikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan. Semasa memasak, pastikan masakan yang dimasak cukup masak agar ia tahan lama bila disimpan.
Simpan Dengan Cara Yang Betul Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup. Kemudian, sejukkan hingga wap panasnya hilang. Barulah masukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Frozenkan Jika makanan tersebut ingin disimpan untuk tempoh lebih lama, sebaiknya fozenkan saja kerana ini merupakan kaedah penyimpanan yang terbaik dan tahan lama. Cara ini sesuai untuk lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan. Anda hanya perlu keluarkan makanan pada suhu bilik sebelum dipanaskan.
Ini boleh membantu anda menyimpan makanan bersantan agar tahan lebih lama.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: