Sekaya Telur atau Seri Kaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang-orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. Rasanya yang lembut, lemak dan manis memamng sedap dan biasanya menjadi buruan ramai terutramanya bila tiba bulan puasa. Kalau dimakan sejuk, lagi nikmat. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Mazni Abdul Rahman. Nampak mudah dan sedap! Guna empat bahan je.
CARA MASAK SEKAYA TELUR SEDAP GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN: 15 biji telur 2 keping besar nisan/nise (boleh ganti dengan gula melaka) – beli online disini 1 1/2 cawan air 2 1/2 cawan santan pekat – beli online disini
Ads
CARA MEMASAK: 1. Masukkan nise/gula melaka ke dalam periuk bersama air. Masak hingga gula cair. Ketepikan dan sejukkan seketika. 2. Basuh telur kemudian pecahkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Pukul telur tadi manja-manja sahaja. 3. Seterusnya tapis air nise tadi ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Sebatikan. 4. Kemduian tambahkan juga santan pekat. Pukul sekejap. 5. Tuang bancuhan campuran bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang bersesuaian. Boleh guna loyang bulat atau loyang empat segi. 6. Kukus Sekaya Telur selama 45-50 minit atau sehingga manisan ini masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung pada pengukus masing-masing.
7. Bila Sekaya Telur telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati. Sekaya Telur ini akan berasa lebih enak bila dimakan dingin.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Tapi bila beli, harganya memang agak Puan Tahrunnisah Jali. Sedap, lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
RESIPI AYAM TANDOORI HOMEMADE
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar.Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Bila musim cuaca tak menentu ni, mulalah tekak nak makan macam-macam jenis dessert yang sejuk. Bila tengok ramai yang viralkan bubur biji Delima, ada buat menjadi, ada juga yang frust menonggeng sebab tak sama seperti yang diharapkan mulah lah nak salahkan resipi. Apa kata kita cuba dua jenis bubur biji Delima Versi Sengkuang dan bubur biji Delima Versi Tepung Ubi Kayu yang gerenti jadi dan sedap!
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi Lama betul akak tak share resipi kat sini.. Kali ni nak share juadah pencuci mulut yang berasal dari negara Thai iaitu Tab Tim Grob atau Red Ruby Dessert.. Sekali pandang rupanya mirip Bubur Biji Delima cuma bezanya Red Rubies ni dibuat menggunakan sengkuang cina, manakala Bubur Biji Delima dibuat menggunakan tepung ubi.. Kat restaurant biasanya dijual agak mahal.. Buat sendiri memang berbaloi dan boleh makan sepuasnya.. Ada tak kawan2 yang pernah makan ni..
BUBUR BIJI DELIMA VERSI SENGKUANG
Bahan-bahan:
Sengkuang cina
Pewarna
Tepung ubi
Susu cair n kalau guna santan msk la dgn air gula ye.kang sakit perut lak mkn sntan mentah😅
Air gula melaka/gula merah
Air secukupnya utk merebus
Cara penyediaan:
Mula-mula kita sediakan dulu sirap untuk pemanis mulut ini.. Satukan 1 cawan gula bersama 1 cawan air dan sehelai daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih dan kemudian kacau hingga gula larut. Angkat dan biar hingga sejuk.
Antara bahan utama untuk membuat Red Ruby.. Sengkuang cina, pewarna merah dan tepung ubi kayu…
Sengkuang cina dibuang kulitnya. Isinya didadu kecil-kecil…
Satukan sengkuang cina yang didadu dengan pewarna merah secukupnya. Gaul hingga rata dan ketepikan selama beberapa minit.
Sementara itu, masukkan air yang banyak di dalam periuk dan jerang atas api sederhana..
Toskan sengkuang cina yang telah digaul dengan pewarna tadi dan gaul bersama tepung ubi ..
Masukkan sengkuang yang digaul bersama tepung ubi ke dalam penapis sayur atau penapis santan dan ayak untuk mengasingkan lebihan tepung ..
Beginilah rupa sengkuang yang disaluti tepung ubi setelah diasingkan dari lebihan tepung..
Bila air yang dijerang tadi telah mendidih, masukkan sengkuang yang bersalut tepung ke dalamnya.. Masak beberapa minit hingga adunan terapung pada permukaan air..
Adunan yang terapung menunjukkan ianya telah masak.. Sama kaedahnya seperti membuat kuih buah melaka..
Sediakan bekas yang berisi air + air batu..
Cedok adunan Red Ruby yang telah masak menggunakan penapis besi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air bercampur air batu tadi.. Ketepikan sehingga sejuk..
Untuk membuat kuahnya campurkan santan atau susu cair bersama sirap dan air batu.. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk mendapat kepekatan yang diingini.. Kalau kawan2 kurang gemar menggunakan santan fresh, boleh juga dimasak santan tu dahulu..
Cara menghidang Red Ruby.. Masukkan si delima merah ke dalam bekas hidangan.. Kemudian tuangkan kuah santan (atau susu) yang disediakan tadi..
Padan dengan namanya Red Ruby Dessert.. Merah seperti batu delima yer kawan2 hihi.. Enak dinikmati sebagai juadah pencuci mulut terutama bila dihidangkan ketika cuaca panas..
Kongsi resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi (HAHN)
Hasniza TaharUntuk yang bertanya kenapa liat mcm getah kasut n mcm2 lagi… ok.. jadi liat sebab tak rendam lama benda ni dari tepung ubi kita pun tahu tepung ubi ni boleh jadi gam kan.. tu sebab kena rendam lama kan ada akak cakap nak makan siang malam dah boleh buat & rendam nanti dia jadi lembut.. kalau buat trus nak makan memang la keras liat ye.. lagi satu setiap apa yg direndam akan jadi kembang jadi, masa potong tu jangan la buat besaq gedabak maw tcekek.. klo makan.. buat apa pun cuba baca bagi paham.. jangan bila dah buat tak jadi bising2 plak.. harap maklum ye.. slama ni xde plak org2 kemboja makan mati tecekek..
BUBUR BIJI DELIMA VERSI TEPUNG UBI
Bahan-bahan:
1 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan air suam (agak2 sendiri ya sebab cawan memasing tak samakan)
5 helai tisu dapur
1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan:
Masukkan air dalam tepung ubi. Adunan jangan keras dan jangan cair, sedang2 saje.
Tabur tepung jagung atas tisu.
Kemudian tuang adunan atas tisu dan biarkan adunan tadi mengeras dalam 5 minit tak sampai.
Lepas tu boleh sapu warna kegemaran masing-masing.
Potong dadu dan buang tisu bawah adunan.
Rebus dalam air menggelegak sampai biji delima timbul.
Angkat dan masukkan ke dalam air ais/ air sejuk
Sedia untuk dimakan dengan susu cair dan air gula. Boleh letak ais sedap dimakan ketika sejuk.
Rasa dia kenyal2 macam black pearl!
Kongsi resipi: Sufie Mikhail
Boleh juga cuba pelbagai jenis pencuci mulut lain yang tak jurang hebat sedap tau!
Salah satu hidangan yang mudah disediakan untuk menjamu seisi keluarga adalah cucur ikan bilis. Cucur atau juga dipanggil jemput-jemput adalah antara hidangan paling best untuk sarapan atau minum petang. Apatah lagi kalau dimakan dengan sambal kicap yang menjadi kelaziman orang sebelah selatan. Cucur turut dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Ikut selera masing-masing.
RASA kongsikan resipi cucur ikan bilis yang senang nak dibuat. Rasanya juga sedap dan menyelerakan. Jom cuba.
CUCUR IKAN BILIS
.
BAHAN-BAHAN
• 3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
• 1 labu bawang besar (potong dadu) (BELI DI SINI)
• Segenggam ikan bilis (boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
• 1 batang lobak merah (saiz sederhana)
• Kucai atau daun sup
• Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
• 3 cawan air panas secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Gunakan sudu, gaulkan tepung gandum bersama bawang besar, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai atau sup dan garam.
2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok kalau bancuh gunakan bekas atau besen besar.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, sedikit demi sedikit.
4. Apabila semua tepung sudah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh.
5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh.
6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng dalam minyak masak yang panas.
TIP
– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lebih cantik.
– 3 cawan tepung gandum boleh makan seisi keluarga.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...