Sekaya Telur atau Seri Kaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang-orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan dan Terengganu. Rasanya yang lembut, lemak dan manis memamng sedap dan biasanya menjadi buruan ramai terutramanya bila tiba bulan puasa. Kalau dimakan sejuk, lagi nikmat. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Mazni Abdul Rahman. Nampak mudah dan sedap! Guna empat bahan je.
CARA MASAK SEKAYA TELUR SEDAP GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN: 15 biji telur 2 keping besar nisan/nise (boleh ganti dengan gula melaka) – beli online disini 1 1/2 cawan air 2 1/2 cawan santan pekat – beli online disini
Ads
CARA MEMASAK: 1. Masukkan nise/gula melaka ke dalam periuk bersama air. Masak hingga gula cair. Ketepikan dan sejukkan seketika. 2. Basuh telur kemudian pecahkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Pukul telur tadi manja-manja sahaja. 3. Seterusnya tapis air nise tadi ke dalam bekas telur yang telah dipukul. Sebatikan. 4. Kemduian tambahkan juga santan pekat. Pukul sekejap. 5. Tuang bancuhan campuran bahan-bahan tadi ke dalam loyang yang bersesuaian. Boleh guna loyang bulat atau loyang empat segi. 6. Kukus Sekaya Telur selama 45-50 minit atau sehingga manisan ini masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung pada pengukus masing-masing.
7. Bila Sekaya Telur telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati. Sekaya Telur ini akan berasa lebih enak bila dimakan dingin.
Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk anda mencuba resipi-resipi baru yang enak sebagai hidangan buat suami dan anak-anak. Dua menu di bawah antara yang tidak rugi untuk dicuba.
1. KETAM CILI THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | bersihkan dan tos
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris halus
2 pokok daun ketumbar | hiris
10 biji cili padi | hiris
1 biji bawang besar | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili Thai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Goreng ketam dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI
BAHAN IKAN:
1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
Sedikit tepung
1 biji telur
Sedikit garam & lada sulah
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar | dadu kasar
2 ulas bawang putih | cincang kasar
3cm halia | hiris halus
2 pokok daun bawang | hiris 3cm
½ biji cili bengala | hiris memanjang
Sedikit brokoli | dadu kecil
5 biji cili padi merah | hiris
5 biji cili padi hijau | hiris
1 batang serai | hiris halus
2 sudu besar sos cili Thai
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersikan ikan dan toskannya.
Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Snek kudapan paling laris abad ini, harga jualannya juga agak mahal jika nak beli sebalang. Jom cuba resipi mudah giler nak buat ni. Hanya 3 bahan kudapan sudah siap untuk dinikmati, boleh berjimat di musim perayaan nanti.
“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni.
Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni. Sedar sedar dah habis sebalang.
Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.” perkongsian resipi dari Farhana Ismail
POPIA CHEESE KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
1 pek popia
Serbuk cheese
Serbuk cili
Gula
CARA MEMBUAT:
1) Gunting kulit popia dan dicarik carik.
2) Blend 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.
3) Goreng popia hingga keperangan dan toskan.
4) Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi,taburkan bahan yang diblend dan kasi goncang.
5) Goncang macam gaya korang goncang kopok mami monster tu.
Sampai sebati.
Tidak kira pai pedas atau manis, ia tetap menjadi dessert yang digemari ramai sebagai hidangan sampingan di majlis-majlis keraian atau teman kopi untuk minum petang yang santai. Ada pelbagai kulit pai yang digunakan, apa kata korang cuba pai yang menggunakan pastri pai segera yang mudah. Sangat senang menyediakannya kerana korang hanya perlu sediakan intinya saja dan bakar. Semudah 1, 2, 3.
PAI EPAL
BAHAN-BAHAN:
6 keping kulit pastri segera
2 biji epal hijau | potong dadu kecil
1/2 cawan gula perang
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan mentega
2 sudu makan jus lemon
Sedikit parutan kulit lemon
2 biji kuning telur | untuk glis
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
Campurkan epal bersama kesemua bahan kecuali kuning telur dan kulit pastri.
Gaul rata dan sekata.
Letakkan inti ke dalam kulit pastri dan lipatkan berbentuk segi tiga.
Tekan hujung bucunya dengan garpu.
Sapukan kuning telur dan taburkan sedikit gula perang.
Susun ke atas dulang pembakar dan bakar selama 10-15 minit.
Setelah sejuk baru keluarkan dari dulang pemebakar.
Pia sedia dihidangkan panas-panas untuk mendapatkan keranggupan kulit pai.
POT PAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI:
250gm tepung serbaguna
100gm mentega | sejukkan
80g susu segar/air
BAHAN INTI:
150gmM isi ayam | potong dadu
80gm sayuran campur
1 /2 biji bawang Holland | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 tin sup krim ayam
2 sudu makan minyak zaitun
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Potong mentega kepada ketulan kecil.
Gaul mentega bersama tepung sehingga menjadi crumble.
Masukkan susu dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut
Balut dengan plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Keluarkan doh dari dalam peti sejuk dan canai dengan ketebalan 1/4cm
Letak atas acuan pai dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
Dengan menggunakan garpu cucukkan lubang di tengah-tengahnya.
Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit.
Sementara itu, sediakan inti.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang Holland dan masak sehingga keperangan.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak.
Tuangkan krim sup, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati
Setelah sejuk, tuangkan inti dalam cengkerang tart.
Tutup bahagian atas dengan kepingan crust pie.
Masukkan ke dalam ketuhar dan masak sehingga 15-20 minit.