1. Masukkan susu, gula dan yis ke dalam bekas. Kacau larut dan diamkan hingga yis kembang. 2. Setelah kembang, masukkan telur dan kacau rata. 3. Dalam bekas masukkan tepung, garam kacau sebati dan tuang adunan yis ke dalamnya.
4. Kacau dengan senduk. Jangan risau jika adunan sedikit lembik. 5. Sapu minyak atas meja /papan pencanai. Uli sekejap doh roti. Bulatkan besar, tutup dengan sunwrap atau tudung periuk dan perap selama satu jam. 6. Tekan doh dan potong dua. Kemudian potong kecil timbang 40 @ 50gm dan bulat-bulatkan.
7. Sapu loyang dengan minyak. Susun doh. Biar kembang naik dalam 30 minit. 8. Sapu susu cair atas doh (jika suka, tabur coklat rise, bijan + gula @ keju). 9. Bakar 180°C selama 20 minit atau ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, dek kerana itu walapun sekadar kerabu atau ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300gm kepah
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
2. Renehkan di atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
4. Diikuti dengan kepah.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADURAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
2. Masukkan bersamanya bahan hirisan.
3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
4. Gaul rata, kemudian masukkan santan.
5. Gaul lagi sehingga cukup rasa.
6. Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda | parut atau cincang isinya.
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
8-10 biji cili padi
Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi.
3. Apabila betik layu, masukkan santan,
4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Peria goreng rangup ini adalah satu makanan yang boleh dijadikan kudapan. Boleh juga dijadikan lauk. Selalunya ada di kedai mamak untuk dijadikan pelengkap nas kandar.
Kali ini, RASA ingin berikan resipi peria goreng rangup. Namun, menggunakan peria yang besar. Bukan peria kecil atau dipanggil juga sebagai peria katak.
Hanya menggunakan lima bahan sahaja. Sesuai sangatlah kalau anda ingin buat sendiri kudapan di rumah.
PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN
1 batang peria (saiz besar)
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur ayam
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Potong peria senipis yang boleh.
2. Dalam mangkuk, satukan tepung beras, telur ayam dan garam. Gau seketika.
3. Salut peria dengan bancuhan tepung beras, telur ayam dan garam tadi.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Pastikan minyak masak betul-betul panas dahulu.
5. Kemudian, goreng peria dengan api sederhana sehingga garing.
TIP: Pastikan ketika masukkan peria dalam kuali, minyak masak perlu betul-betul panas supaya salutan peria akan cantik bulat seperti dalam gambar.
1.Satukan bahan yis, air suam dan gula. Kacau dan biarkan yis aktif. 2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sementara itu, campur semua bahan dan uli dengan senduk hingga tiada lagi cecair. 3.Sambung uli sedikit dengan tangan hingga tiada tepung-tepung kelihatan. Bubuh dalam mangkuk, disapu sedikit minyak dan biarkan 15 minit.
1.Cairkan nescafe dengan air suam. Kacau rata. 2. Gaul gula dengan telur. Guna kuning dahulu, gaul hingga gula larut. Kemudian, masukkan putihnya pula. Kacau rata. 3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata hingga sebati (jika terlalu cair, masukkan 1-2 sudu tepung). 4. Kemudian, masukkan dalam piping beg. Ketepikan. (pes mesti dalam keadaan pekat) 5. Ambil doh yang sudah disiapkan tadi. Uli hingga lembut. Tabur sedikit tepung jika doh melekat di papan menguli. 6. Leperkan doh dan letak mentega. Bila uli, doh memang akan menjadi lembut. Jangan risau dan jangan bubuh tepung.
7. Teruskan uli hingga lembut dan biarkan mentega meresap pada doh. Bubuh dalam bekas besar dan tutup dengan plastik. Biarkan doh naik 2-3 kali ganda. (lebih kurang dalam 45 minit) 8. Bahagikan doh kepada 8 atau lebih, ikut suka citarasa masing-masing. Bulat-bulatkan dan biarkan naik lagi selama 20 minit. 9. Tekan doh dan bubuh sesudu mentega (guna butter salteduntuk rasa masin). Tutup rapat dan bulatkan. Buat hingga habis. Rehatkan 20 minit atau hingga 2 kali ganda saiz asal.
10. Piping pes coffeedi atasnya (lihat gambar) tapi jangan sampai paras bawah kerana pes akan turun ketika dibakar.
11. Bakar selama 18 minit. Buka ketuhar dan pusingkan dulang (positional sahaja). Dah siap dibakar, boleh dikeluarkan dari ketuhar. Sejukkan. 12. Nikmati bersama teh tarik. Sedap makan suam atau suhu bilik.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.