Ikan kering selain digoreng dengan bawang dan cili enak juga dibuat gulai. Ikan talang dengan isi yang padat serta tulang enak dimakan dengan nasi panas-panas. Digabung pula dengan sambal belacan dan ulam. Memang tak pandang kiri dan kanan.
Gulai Ikan Kering Tumis Darat
Bahan-bahan:
Ikan kering talang@tulang ikan talang
1/2 kg santan
1 pek serbuk kari ikan masin
1 keping asam keping
Sayuran – terung @ nenas
Garam dan gula secukup rasa
Ads
Bahan tumis:
1 sudu besar halba campur
5-6 biji bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 tangkai cili kering (potong kecil)
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari
Cara masak:
1.Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.
(ikan kering direndam seketika)
2.Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi.
3.Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
Ads
4.Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, daun kari dan halba campur hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
5.Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas-panas semua sekali dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api.
Menu apa berbuka untuk hari ini? Gerenti nak yang pedas-pedas, baru lengkap hidangan. Boleh masak ikan tenggiri berlado ni, rasa aroma masakan tambah sedap bila dicampur dengan serai dan daun limau purut.
Ikan Tenggiri Berlado
Bahan-bahan:
Ikan( 7-8 keping)
11 batang cili merah *
3 ulas bawang putih *
½ biji bawang besar*
1 biji buat tomato(belah 4)
1 batang serai( diketuk )
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk belacan
1 sudu kecil serbuk perasa
Garam secukupnya
Gula(jika mahu)
Kisar @tumbuk kasar bahan yang bertanda *
Boleh gunakan cili padi jika mahu menambah pedas dalam masakan
Cara memasak:
1.Lumurkan kunyit dan garam pada ikan.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Gunakan minyak yang sama, masukkan cili yang telah dikisar tadi, serai dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
3.Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan (dan bahan yang lain). Gaulkan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ia masak seketika.
5.Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Sajian berasal dari Thailand ni memang special. Kalau diikutkan, Kengsom ni lebih kurang macam sajian asam pedas namun ada banyak versi. Andai ke restoran masakan Thai, hidangan ini memang wajib cuba. Namun anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah. Dah pandai buat, tak perlulah beli kan? Jom lihat bahan-bahan serta cara menyediakan sajian Kengsom Siakap.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 batang cili kering
2cm kunyit hidup |separuh racik
3 keping asam gelugur
1 batang serai |titik
3 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan |racik
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika kurang gemar sikapa, boleh diganti dengan ikan besar bersisik yang lain seperti kerisi, merah, grut, parang dan jenahak
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda berdiet, tapi mahu makan sedap? Apa kata cuba menu salmon panggang ikut cita rasa atau tekak sendiri yang penting ia sedap dan kaya dengan bermacam khasiat. Kalau tidak tahu bagaimana nak masak menu salmon panggang, Anda mulakan dengan menu yang ringkas dan mudah tak sampai 15 minit siap dan boleh makan.
SALMON PANGGANG
BAHAN-BAHAN
1 keping isi ikan salmon
4 ulas bawang putih
1 sudu makan madu
1 sudu makan cuka
1 sudu makan Dijon Mustard
1 sudu makan daun oregano segar| cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar hingga 200C.
Sementara itu siap dulang pembakar, kemudian alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan sapukan minyak.
Panaskan kuali non stick, hingga separuh panas, tumis bawang putih hingga wangi atau kekuningan, campurkan madu, cuka mustard, garam dan lada hitam secukupnya.
Kacau hingga sos pekat. Tutup api.
Masukkan ikan salmon di atas dulang pembakar tadi dan sapu di atasnya dengan sos yang telah dimasak tadi.
Bakar 10-12 minit. Setelah siap keluarkan dari ketuhar.
Hidangkan Salmon dengan salad dan sos mustard.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!