Gulai ikan kering Kelantan. Gandingkan dengan nanas lagi padu. Gulai ini satu lagi masakan kampung yang sedap dan ramai yang menyukainya. Di Kelantan, gulai ini memang terkenal.
Bila ikan kering digandingkan dengan nanas, tambah sedap. Ada rasa makin ikan kering, lemak santan dan masam nanas. Peh, memang padu!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zat Hernaniini ye. Makan dengan nasi putih panas-panas. Berpeluh makan nanti,
Gulai Ikan Kering Kelantan
Bahan-bahan:
3-4 ekor ikan kering (dibasuh)
Timun kecil (dibelah kecil)
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas (potong dadu)
Santan secukupnya (ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan)
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/ cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Kentang ikan bilis cili berempah ni memang lauk yang simple dan mudah nak buat. Kalau tak lalu makan, lauk macam ni lah yang dicari untuk membuka selera.
Letak kentang dan bagi pedas-pedas sikit barulah sedap kena dengan selera. Nak makan dengan nasi putih atau bubur pun sesuai.
Kalau rasa nak buat lebih, boleh simpan dan panaskan bila nak makan. Lauk macam ni yang tak lalu makan pun boleh makan bertambah.
RESEPI KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
Cili merah 1 ( dibelah )
Cili hijau 1 ( dibelah )
Bawang besar 1 ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK
Panaskan minyak , masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan Dan sedikit garing . ( Angkat dan ketepikan )
Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup . ( Angkat dan ketepikan )
Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .
Perlahankan API , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan serbuk kari . Gaulkan sehingga sekata.
Masukkan kicap , serbuk perasa dan Gaulkan sebati.
Masukkan cili hijau , cili merah ,ubi kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika .
Sambal bilis garing memang dah sedap, tapi kena rasa sambal bilis garing salted egg pula. Yang ini memang lagi sedap. Makan sambal ini saja dengan nasi putih pun dah enak.
Sambal bilis garing salted egg ini sesuai dibuat stok di rumah, kalau rasa malas masak boleh goreng telur mata. Rasanya masin, manis, pedas ini memang secukup rasa. Cara membuatnya dikongsi oleh Zainor Shima Ihsan
Resipi sambal bilis garing salted egg
Bahan-bahan:
500 gram cili kering
500 gram ikan bilis dibela
Bawang goreng segera
Gula halus/gula pasir ( dikisar)
Garam bukit
Serbuk cheese (jika suka)
2 ketul kuib ayam
Serbuk perasa
Serbuk salted egg – Bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam
Cara membuat:
1. Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Kemudian goreng dalam minyak panas seketika, jangan sampai hangus.
2. Kemudian guna pengirang kering, kisar cili kering tadi bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.
3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada dua bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.
4. Panaskan minyak, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.
5. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.
6. Kemudian, masukkan cili kering dikisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese.
7. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus. Kemudian tutup api. Siap! Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.
Teringin nak makan singgang, ini ada empat singgang berlain cara masak yang korang boleh cuba. Kesemuanya senang sangat nak dimasak. Paling penting ia sedap dan segar, kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Sedapnya hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang berbaloilah masak. Tak percaya korang boleh cuba.
SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 1/2 liter air
5 ulas bawang merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang
3 cm halia | hiris nipis
4cm lengkuas | hiris nipis
10-15 biji cili padi
3 batang serai | titik
2 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh belacan | bakar
3 biji tomato | potong kiub
300gm nanas | potong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Ketahui rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana ia menentukan kualiti, ketahanan dan kegunaan telur. Panduan bijak untuk memilih telur segar setiap kali anda membeli!