Geram betul, bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali.   Jangan cepat putus asa, ini ada cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur.

Ini Petua Goreng Tauhu Tak Hancur, Korang Boleh Cuba!

Rendam Tauhu Dalam Air Panas

Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam  bekas atau dalam plastik tiup, potong dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.

Ini Petua Goreng Tauhu Tak Hancur, Korang Boleh Cuba!

Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis

IKLAN

Potong tauhu  ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.

Ini Petua Goreng Tauhu Tak Hancur, Korang Boleh Cuba!

Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas

Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.

IKLAN

Jika anda penggemar tauhu,  tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut  cara di atas, pasti anda puashati kerana  tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.

Ini Petua Goreng Tauhu Tak Hancur, Korang Boleh Cuba!

TAUHU GORENG NYONYA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu biasa | hancurkan
  • 2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Sedikit timun
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar
  • 2 sudu makan Sos Thai
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
  3. Kemudian kacau hingga sebati.
  4. Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
  5. Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
  6. Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
  7. Tauhu goreng siap dihidangkan.

 

 

.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI