Gas habis waktu tengah masak memang boleh buat kita geram. Lagi-lagi kalau lauk dah separuh siap, nak simpan balik rasa sayang, perut pun tengah lapar.
Kalau rumah jauh dari kedai atau nak tunggu gas sampai ambil masa, jangan panik. Ada trik dapur mudah yang ramai tak tahu, cuma guna tisu dan minyak masak. Kaedah ni viral di TikTok, sesuai sangat untuk kecemasan sementara tunggu gas baru.
Gas habis tengah masak , boleh sambung guna kaedah ini
1) Mula-mula sediakan tisu dan minyak masak atau minyak terpakai.
2. Tuang minyak masak dalam kuali atau atas permukaan rata tahan api seperti batu penggiling atau batu cobek.
Ads
2) Ambil beberapa helai tisu, keronyok dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak
3) Nyalakan api pada tisu
4. Letakkan stove bracket dalam kuali
Ads
5. Letakkan periuk dan teruskan memasak seperti biasa. Menurut perkongsian netizen kaedah ini bukan setakat boleh goreng telur, goreng ayam, masak sambal tumis sedikit pun boleh.
6. Untuk menggunakan api kecil tenggelamkan tisu lebih, jika mahu memadamkan api setelah selesai memasak, celupkan saja keseluruhan tisu dalam minyak
Lalat yang berterbangan terutamanya di kawasan dapur memang merimaskan. Pantang ada makanan terdedah, pasti dihinggapnya. Paling geram jika lalat siap bertelur lagi dekat makanan. Aduhai. Keadaan ini memang tidak bagus untuk kesihatan kerana dibimbangi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Nak guna racun penyembur serangga, sangatlah tidak sesuai kerana dibimbangi akan terkena pada makanan yang dihidang.
Nak atasi masalah ini? Ada beberapa petua orang-orang lama yang boleh dicuba.
PETUA HALAU LALAT DARI RUMAH
1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Hasilnya lalat tidak akan hinggap pada makanan ada kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.
5. Selain itu anda juga boleh meletakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan.
6. Isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau rempah yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah menggoreng menggunakan minyak masak baru sekali dan kotor dan hitam, terutamanya bila goreng makanan yang mudah hangus dan banyak campuran bahan perapan. Nak buang macam sayangkan, sebab baru sekali guna. Macam mana nak buat ni. Usah risau RASA boleh bantu jernihkan semula minyak masak tersebut dan minyak selamat digunakan semula tanpa risiko. Tapi kenalah baca info di bawah ini:-
Nasi
Ini cara paling mudah dan tak perlu keluar duit, kalau ada lebihan nasi, ambil segenggam nasi dan kepal-kepal hingga bulat. Masukkan dalam kuali berisi minyak jelantah yang panas dan golek-golekkannya hinga semua kotoran melekat pada nasi. Lakukan berulang kali dan ia memerlukan lebih dari satu kepal nasi ye.
Kentang
Kalau tidak ada nasi boleh juga guna kentang, caranya sama sahaja dengan nasi kepal. Korang hanya perlu kupas dan potong kentang kepada beberapa bahagian kemudian masukkan dalam minyak jelatan panas, golek-golek potongan kentang hingga minyak bersih semula.
Arang
Arang atau charcool juga boleh digunakan kerana sifatnya arang boleh menyerap kotoran dalam minyak. Caranya, kisar arang hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan dua genggam serbuk arang untuk 1 liter minyak jelantah panas, kemudian kacau hingga minyak menjadi lebih bersih dan boleh digunakan semula.
Kulit Pisang
Kulit pisang jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membersihkan minyak lelantah. Kerana kulit pisang masak mempunyai karbon yang boleh menyerap kotoran. Potong kulit pisang kemudan letakkan dalam penapis minyak dan penapis tersebut diletakkan di atas bekas tadahan minyak. Dengan cara ini kotoran akan melekat pada kulit pisang. Kalau ingin lebih mudah dan cepat. Kisar kulit pisang tesebut ambil ampasnya dan letakkan di dalam penapis minyak kemudian tapis minyak jelatah.
Mudah dan boleh menjimatkan minyak masakkan? Cubalah dulu ye…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Limau kasturi, asam boi dan madu rupanya boleh menjadi ramuan semula jadi yang berkesan untuk membantu melegakan batuk. Bagi sesiapa yang sedang mencari ubat batuk limau kasturi yang mudah disediakan di rumah, petua tradisional ini mungkin boleh dijadikan salah satu ikhtiar alternatif.
Bukan apa, apabila batuk berlarutan dan tidak sembuh-sembuh, tekak terasa perit, dada menjadi sesak, pernafasan kurang selesa dan anak tekak juga boleh membengkak akibat kerap batuk. Keadaan ini tentunya mengganggu aktiviti harian dan waktu rehat.
Jika sudah mencuba pelbagai cara tetapi masih belum berkesan, boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Menariknya, ia hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Malah menurut perkongsian, amalan ini merupakan petua yang digunakan oleh kaum Cina sejak zaman dahulu untuk membantu melegakan masalah batuk.
Puan Nor Hasnah Abdul Kadir berkongsi bahawa beliau sering menyediakan ramuan ini apabila mengalami batuk.
“So ini laa ubat batuk saya selama ni. Terima kasih Kyung Kakyung Ayza kerana berkongsi ilmu ini. Ini adalah ramuan zaman dulu kala bagi kaum Cina.”
Beliau turut berkongsi pengalaman apabila anak buah dan cucu saudaranya mengalami batuk yang agak teruk. Walaupun sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik, keadaan masih belum menunjukkan perubahan yang ketara.
Menurut beliau, selepas menyediakan ramuan ini dan mengamalkannya, keadaan batuk mereka semakin baik dalam tempoh yang singkat. Walaupun keberkesanan mungkin berbeza bagi setiap individu, petua ini boleh dijadikan salah satu usaha tambahan selain mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.
2 sudu makan madu
3/4 balang air
Limau kasturi dan asam boi dalam kuantiti yang sama banyak
Gabungan ketiga-tiga bahan ini dipercayai memberikan rasa yang unik serta membantu melegakan ketidakselesaan pada tekak ketika batuk.
Selepas siap, simpan ramuan ini pada suhu bilik. Ramai yang percaya bahawa semakin lama ia diperam, semakin sebati rasa dan kandungannya.
Kaedah membancuh dengan air suam sering diamalkan kerana dipercayai membantu madu diserap dengan lebih cepat oleh tubuh.
Limau kasturi terkenal dengan rasa masam yang menyegarkan dan sering digunakan dalam pelbagai petua tradisional. Madu pula menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang lembut pada tekak. Asam boi pula memberikan rasa masin dan masam yang unik serta menjadikan ramuan ini lebih mudah dinikmati.
Gabungan bahan-bahan ini menjadikan ubat batuk limau kasturi sebagai antara petua yang masih diamalkan sehingga hari ini. Selain mudah disediakan, kos penyediaannya juga rendah kerana menggunakan bahan yang mudah diperoleh.
Walau bagaimanapun, setiap individu mempunyai keadaan kesihatan yang berbeza. Sekiranya batuk berpanjangan, disertai demam tinggi, sesak nafas atau simptom lain yang membimbangkan, pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah sangat digalakkan.
Petua ubat batuk limau kasturi yang menggabungkan limau kasturi, asam boi dan madu ini merupakan salah satu amalan tradisional yang masih mendapat perhatian ramai. Bagi mereka yang mencari ikhtiar semula jadi untuk membantu melegakan batuk, ramuan ini boleh dicuba sebagai pelengkap kepada penjagaan kesihatan yang betul.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Mudah-mudahan perkongsian mengenai ubat batuk limau kasturi ini dapat membantu mereka yang sedang mencari alternatif tradisional untuk melegakan ketidakselesaan akibat batuk.
Masrio memperkenalkan ayam gepuk premium dengan sambal segar, kualiti konsisten dan peluang rakan niaga eksklusif, sekali gus bersedia menjadi pilihan rakyat Malaysia.