![7 Langkah Mudah Nak Siang Sotong Kembang Supaya Lebih Sedap, Lembut Dan Tak Berbau!](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design89.png)
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
- 4 batang serai
- 2 ini halia
- 1 labu bawang besar,
- 1 inci lengkuas,
- 5 ulas bawang putih.
- Kesemua bahan tadi di potong-potong.
- Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
- 2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
- 1 senduk besar cili kisar
- 1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
- 3 ulas bawang putih *
- 5 ulas bawang kecil *
- 1 inci belacan *
- asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Kongsi resipi: sprinkleofluv
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Sos Bolognese Homemade, Lagi Puas Makan
![Buat Sendiri Sos Bolognese Homemade, Lagi Puas Makan](https://cdn.rasa.my/2022/07/466249.jpeg)
Kalau ada yang buntu nak masak apa untuk hidangan makan malam, boleh hidangkan spaghetti bersama kuah Bolognese homemade. Lagi puas hati bila masak sendiri kuah sos Bolognese meatball chicken. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Nazri Mat Zain ini. Sesuai untuk hidangan buat keluarga tercinta.
SOS BOLOGNESE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg bebola ayam @ daging
12 biji tomato (pilih yang saiz besar) – beli online di sini
1 biji lobak merah | potong dadu – beli online di sini
3 @ 4 tangkai cili kering | direbus hingga mendidih – beli online di sini
Ayam kisar @ 3 keping daging burger | dihancurkan
1 biji bawang besar holland | potong dadu – beli online di sini
3 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
1 buku mentega – beli online di sini
3 sudu besar tomato puree
5 sudu besar sos cili – beli online di sini
4 sudu besar gula – beli online di sini
Garam & serbuk perasa secukup rasa
2 @ 3 sudu besar oregano
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
TONTON Red Velvet Creampuff
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula, rebus tomato dan lobak merah yang sudah dipotong hingga mendidih dan kulit tomato menggelupas.
2. Bila sejuk, tanggalkan kulit tomato yang menggelupas. Lakukan sampai habis.
3. Kemudian, kisar buah tomato tadi bersama lobak merah dan 3 @ 4 tangkai cili kering (bagi saya, kalau tak pedas tak sedap). Ketepikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Masukkan separuh mentega ke dalam kuali. Tumis sekejap bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan ayam kisar atau daging burger. Masak hingga mendidih. Pastikan guna api perlahan ye.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Bila kuah dah mendidih letup-letup tu, masukkan tomato puree, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau rata.
7. Masukkan bebola ayam atau daging (tak kisah guna yang mana). Masak hingga mendidih.
8. Masukkan oregano. Saya suka masukkan lebih oregano sebab rasanya akan menjadi lagi sedap.
9. Akhir sekali, masukkan separuh lagi baki mentega yang ada. Biarkan mentega cair dengan sendirinya. Kacau-kacau dan angkat.
10. Kuah meatballs ni biar ada rasa masin, manis dan masam. Pandai-pandailah nak mengolahkannya. Siap untuk dihidangkan.
Dapatkan KARANGKRAF AL-QURAN AR-RIYADH TAGGING SETdengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Kredit resipi: Nazri Mat Zain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Petua Air Rebusan Daun Pudina Dengan Gula Batu & Madu, Legakan Batuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!
![Ringkas Tapi Sedap, 7 Resipi Telur Berkuah Dijadikan Lauk Utama Berbuka Atau Sahur!](https://cdn.rasa.my/2018/06/Untitled-design196.png)
Kadangkala lauk yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Jika suka masakan yang berkuah, terdapat pelbagai masakan berkuah yang boleh dimasak dengan menggunakan telur. Bukan sekadar kari telur atau masak lemak kuning telur sahaja.
1. RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur |rebus
- 6 biji bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci halia |kisar
- 1 inci kunyit hidup |kisar
- 2 batang serai | hiris
- 1 helai daun kunyit | hiris
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan kerisik
- 1 mangkuk santan
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
- Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
- Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
- Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas atau nasi minyak.
2.ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 sudu teh halba
- 4 sudu makan cili kering kisar
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih |kisar
- ½ inci halia |kisar
- ½ inci kunyit hidup |kisar
- Sedikit air asam jawa
- 2 tangkai daun kesum
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- 1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
- Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kecilkan api semasa pecahkan telur untuk elakkan telur pecah.
3. KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | direbus
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 biji buah pelaga
- 2 biji bunga cengkih
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 mangkuk santan
- 3 sudu teh rempah kurma
- ½ inci halia
- 1 helai daun pandan
- 1 batang cili hijau
- 1 batang cili merah
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika. Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
- Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan. Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
- Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
- Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih atau pun nasi beriyani.
4. TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
- 5 biji cili padi | dihiris
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 1 tin susu cair
- 3 tangkai daun kari
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
- Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
- Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.
5. SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | rebus dan goreng
- 8 biji cili merah | dikisar
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1 batang serai | titik
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
- Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
6. PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur masin
- 1 biji telur biasa
- Sedikit hirisan daun kunyit
- Sedikit hirisan daun limau purut
- Sedikit hirisan serai
- 2 sudu makan santan pekat
- Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
- Sediakan daun pisang.
- Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
- Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
- Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
- Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
- Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana telur masin sudah sedia masin.
7. SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 10 tangkai cendawan tiram |potong
- Sedikit bunga kubis |potong
- Sedikit daun sup |racik kasar
- Sedikit suhun
- 1 mangkuk air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
- Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah cili padi ketuk jika ingin rasa pedas.
Resipi: Nurul Syahirah Ramli, Shah Alam Selangor
5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya
![5 Aneka Nasi Hidangan Melayu, Kaya Rempah Ratusnya](https://cdn.rasa.my/2019/02/Untitled-design-6-3.jpg)
Hidangan Melayu memang kaya dengan pelbagai sajian nasi yang lazat. Bukan sekadar Nasi Minyak aje,pelbagai ramuan herba dan ulam-ulaman juga menghasilkan hidangan yang membangkit selera.
Ni 5 aneka Nasi yang boleh dicuba untuk menceriakan keluarga di masa cuti ini. Boleh lah dicuba nanti, ya.
1. NASI KUKUS KISMIS
Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 batang serai | titik
- 4cm halia |mayang halus
- Garam secukup rasa
- Kismis secukupnya
Cara memasak:
1. Rendam beras sejam. Toskan.
2. Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
3. Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
5. Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai beri kewangian pada nasi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Selain air rebusan ayam, boleh gunakan air rebusan daging.
2. NASI KERABU PELBAGAI ULAM
BAHAN-BAHAN NASI:
- 2 cawan beras basmathi
- 2 cawan air perahan campuran daun/herba*
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
*UNTUK MEMBUAT AIR PERAHAN DAUN/HERBA:
(KISAR SEMUA BAHAN DAN AMBIL AIRNYA)
- 2 helai daun pandan
- 1 helai daun lengkuas
- 1 helai daun kunyit
- 3sm kunyit hidup
- 1 batang serai
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN ULAM:
- Daun pegaga
- Daun selom
- Daun Selasih
- Ulam Raja
- Kacang Botol/Kacang Panjang
- Tauge
- Kubis
- Cili merah
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga tanak.
3. Kacau sekali-sekali supaya masak sekata. Ketepikan.
4. Untuk membuat ulam-ulaman; Hiris halus kesemua ulam-ulaman dan gaul rata. Tabur sedikit garam dan gaul bersama nasi tadi.
5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Pelbagai rasa ulam-ulaman yang segar
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis bilis/ikan, hirisan pelbagai ulam/sayur dan keropok goreng.
3. NASI KETUMBAR KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi
- 2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan pes kurma dan ketumbar*
- ¼ cawan badam |panggang dan kisar halus
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | mayang halus
- Garam dan gula perang secukupnya
- Daun pudina secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bahan –bahan B hingga wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang kekuningan.
3. Masukkan beras, air, susu cair, badam kisar dan pes campuran kurma dan ketumbar.
4. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Didihkan hingga nasi masak.
5. Masukkan daun pudina dan tutup periuk. Boleh dihidangkan dengan lauk-pauk pilihan seperti kuma daging, ayam masak merah, acar timun dan lain-lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Terasa rempah ratus yang sedap
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Untuk membuat pes campuran kurma: 6 biji kurma madu (dibuang biji) dan 2 sudu makan ketumbar dicampurkan dengan 1 cawan air lalu dikisar halus.
4. NASI TUMIS BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | basuh dan tos
- 3 cawan santan pekat
- ½ cawan air
- 1 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 3cm halia | mayang halus
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng beberapa minit.
3. Tambahkan santan, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Tanak beras hingga masak. Jika suka, boleh tambah beberapa titik pewarna pilihan.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan lemak wangi mentega
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Hidangkan bersama sambal tumis, telur rebus dan ulam-ulaman.
5. NASI KUNYIT HALBA
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmathi
- 3 cawan santan pekat
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh halba
- 1 batang serai |titik
- 3cm halia | mayang halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rendam beras bersama serbuk kunyit selama 2 jam. Toskan.
2. Kukus bersama halba, serai dan halia hingga separuh masak.
3. Tambah santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan tuang ke atas nasi.
4. Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Ada rasa lemak santan
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info Chef : Hidangkan bersama lauk pilihan seperti sambal tumis atau kari ayam/daging.