Bagi penggemar karamel dan pisang, kek ini memang manisan lazat untuk hidangan pencuci mulut. Hiasan pisang cantik tersusun tu yang memikat selera.
Bagi yang suka manis secukup rasa boleh lah hiaskan karamel dan pisang atasnya, tetapi kalau nak buat keknya sahaja pun dah cukup sedap bagi min. Jom semak resipi perkongsian dari Wawa Kitchen ni.
RESEPI KEK PISANG CARAMEL
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan Karamel :
4 sudu gula kasar
1 sudu air
Loyang 6 inci yg sy pakai ni
Pisang potong jangan nipis sangat untuk susun dipermukaan loyang
.
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam loyang panaskan loyang sehingga gula larut
2.Biarkan sehingga gula keperang-perangan selesai tutup api dan biar caramel sejuk seketika
3.Dah sejuk ( permukaan gula mcm kaca ) susun pisang ikut kreativiti sendiri meenutup permukaan loyang
4.Ketepikan
Bahan adunan kek :
Bahan A :
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*Satukan dan ayakkan, ketepikan
.
Bahan B :
1 cawan pisang yang telah dilenyekkan
3 biji telur gred A – asingkan putih dan kuning
Setengah cawan gula kasar
1 sudu kecil ovellete
Secubit garam
3/4 cawan minyak masak
1 cawan susu cair / fresh milk
1 sudu kecil esen vanilla
.
Bahan2 C :
1. Chocolate rice boleh juga letak badam, pun sedap
Ads
.
CARA NAK MENYEDIAKAN ADUNAN KEK :
1. Pukul putih telur bersama gula sehingga kembang
2. Setelah adunan kembang (soft peak) masukkAn ovellete pukul lagi sehingga betul2 kembang
3. Kemudian masukkn pisang lenyek..minyak masak..pukul lg sehingga rata
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai tepung habis dan masukkan garam
5. Kemudian masukkan susu dan esen vanilla
6. Akhir sekali baru masukkan choclate rice
7. Masukkan adunan kedalam loyang yg telah disusun pisang dan caramel tadi
8. Kukus sampai masak.,dlm 30 ke 45 minit atau sehingga masak
Ads
.
Pemilik Resepi : Wawa Kitchen
FB : resepi roti
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Belum ada idea nak masak apa untuk makan malam? Boleh cuba resipiChizza Ayam Homemadeni. Pasti memikat selera suami dan anak-anak. Sajian bak dari restoran terkenal. Tetapi sebenarnya hanya disediakan di rumah sahaja menggunakan bahan-bahan mudah dan ringkas. Saiz besar, boleh juga letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chizza Ayam ni? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani ni memang terbaik! Nampak sangat sedap. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat. – beli online disini
Korang kalau tak tau nak bekalkan apa untuk dibawa oleh anak ke sekolah, korang jangaan risau malam ni, ambil sedikit masa utuk membuat Bebola Udang yang sungguh sedap. Apa lebih penting ia menjimatkan sebab kalau beli harga pun boleh tahan mahalnya. Silap-silap bukan hanya anak yang bawak bekal mak-mak pun sama berbekal.
BEBOLA UDANG
BAHAN-BAHAN: Bahan Kisar Kasar:
200gm udang | buang kukit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
BAHAN-BAHAN LAIN:
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh garam
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang
1 sudu the minyak bijan
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam pengisar dan kisar kasar.
2. Campurkan bahan kisar dengan bahan lain di dalam mangkuk. Adun hingga berkilat dan tidak adunan tidak melekat pada mangkuk.
.3. Panaskkan air dalam periuk. Sementara menunggu air mendidih, bulat-bulatkan adunan hingga habis.Apabila air mengelegak, masukkan bebola .
4. Toskan, kemudian goreng hingga kuning keemasan.
5. Hidangkan bebola udang dengan pelbagai jenis sos kesukaan .
Wow…Rupanya kita boleh buat krim keju @ cream cheese secara homemade. Guna keju cheddar dan susu je. Memang sangat mudah resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Lepas ni kalau nak buat kekatau manisan tapi kehabisan cream cheese, bolehlah cuba resipi ni. Memang memudahkan kerja.
CARA BUAT CREAM CHEESE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
120gm keju cheddar
120ml susu UHT
CARA MEMASAK:
Parut keju cheddar dan masukkan ke dalam bekas tahan panas. Kemudian masukkan susu.
Panaskan keju menggunakan kaedah double-boiler dan api yang kecil.
Kacau keju supaya sekata. Bila keju mula larut dan pekat, padamkan api.
Ketepikan bekas berisi campuran keju tadi dan biarkan sejuk seketika.
Bila keju sudah suam, tuang ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar dengan lembut.
Krim keju siap untuk digunakan. Bolehlah letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...