Dua wanita ini kongsi resipi Nasi Ayam dan Ayam Penyet di laman sosial dan resipi ini memang boleh boleh dibuat berniaga. Menurut Nurul Afifah Hanafi melalui perkongsiannya di FB Mahn, memberitahu nasi ayam yang dikongsinya adalah adalah resipi ibunya yang kemudian dia buat berniaga.

“Dari kecik sAmpai dah kawen, tiap kali balik cuti dari asrama, cuti U, cuti office, balik kampung time cuti raya, mak akan tanye nk mak masak ape. Anak2 mak akan jwb nasi ayam. Sbb nasi ayam mak yg tersedap di selera tekak anak2 dia berbanding org lain masak. 

Dan skrg nasi ayam resepi mak ni la yg jd sumber pendapatan sy laki bini stlh dua2 berhijrah dari Kl balik duk kampung, n dua2 resign keje. Bermula dgn cod je, Insyaallah tahun dpn bkk kedai makan.
Ade ke yg nak resepi? doakan bisness kami mampu pergi jauh.”

Dua Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam & Ayam Penyet Yang Boleh Buat Berniaga.

Resipi Nasi Ayam Nyakut”

  • Sup ayam
    ****
    Tumis bwg besar, bwg putih, halia, rempah 4 sekawan, biji ketumbar. Dah naik bau masukkan air sparuh periuk, masukkan ayam belah 4 je dulu (tujuan nk bg isi ayam moist bile potong after goreng, kalau goreng kecik2 trus, isi kering). Perasakan dgn serbuk ayam. sy guna Tumix, garam. Tgu mendidih agak2 ayam hampir empuk (jgn lama sgt smpai ayam jd hancur). Klau nk masukkan ubi kentang, bebola after kuarkan ayam. Takut kentang hancur masak lama2. Hias dgn daun sup, daun bwg, bwg goreng.
  • Ayam
    ****
    Angkat ayam, toskan, perap dgn kicap pekat manis. Biar salut smua ayam. 
    Goreng ayam dlm myk terendam. Minyak betul2 panas, pastu slowkan api. goreng sekilas je sbb ayam dah masak kan mase rebus. nk bg nampak ayam brownish je. Potong ayam kpd beberapa bhgian.
  • Nasi
    *****
    Basuh beras, selawat. 
    Masukkan air rebusan sup ayam, tmbh planta 2 sudu, daun pandan, pewarna kuning. Kacau bg sekata planta.
  • Sos Kicap 
    ******
    Campurkan kicap manis, air sup td sikit, sambal lada.
  • Sambal lada
    *****
    Blend lada burung , lada besar, bwg putih seulas, gula, garam, ajino, cuka, air sikit. Nk tmbh tomato, perah air limau kasturi pon blh. Style sy tmbh air sup sikit, tp utk jual x sesuai takut x tahan lama.

 

Ini pula perkongsian Resipi Ayam Penyet Edisi Lengkap daripada Rosma Ros

Dua Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam & Ayam Penyet Yang Boleh Buat Berniaga.

AYAM PENYET

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Untuk Ayam:

  • 1 ekor ayam  potong 8….
    ( rebus ayam agak2 air tenggelam ayam.bersama sebiji bwg besar, 3 ulas bwg putih, seinci halia, 1 sudu pati ayam)
  • 1/2 sudu mkn jintan putih** sangai
  • 1 sudu mkn jintan manis** sangai
  • 2 sudu mkn ketumbar biji** sangai
  • 1 inci halia
  • 3 btg serai..
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sebiji bwg sederhana besar
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 sudu serbuk kari daging
  • 1 sudu lada putih
  • Garam 
  • 1 sudu pati ayam
  • Perasa kalau nak…
  • 1 biji telur
  • 1 cwn tepung beras

CARA MEMASAK:

  1.  Ayam direbus  bersama sebiji bwg merah, 3 ulas bawang putih, seinci hali, pati ayam .
    Rebus sampai air menggelak kejap tutup api..toskan ayam.
  2. Sementara itu, goreng kering bahan sangai dalam kuali sampai bau wangi dan agak garing.
  3. Masukkan semua bahan dalam blander. Masukkan sikit jer air kisar halus bersama semua bahan-bahan perasa agar semuanya sebati.
  4. Masukkan ayam dalam bekas dan gaul bersama bahan kisar tadi. Sesuaikan rasa dan perap semalaman atau sekurang2nya sejam sebelum goreng.
  5. Bila nak goreng, celup ayam.dalam sebiji telur dan gaul dengan tepung..
  6. Goreng dalam minyak banyak menggunakan api perlahan. Boleh gunakan periuk kecil agar semua ayam tenggelam.
  7. Bahan rempah lebih, gaul tempe dengan tauhu dan goreng.

Note: Rempah  yang lebih renjis2 dlm minyak, goreng garing dan toskan. Masa nak hidang taburkan atas ayam.

Dua Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam & Ayam Penyet Yang Boleh Buat Berniaga.

IKLAN

RESIPI NASI

  • 4 cwn beras..basuh bersih…
  • Bhn tumis…
  • 4 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • Sbtg serai
  • 2 sudu margerin/ butter/ atau kumpul lemak ayam.
  • Air rebusan ayam
  • Garam
  • Daun pandan
  • Sikit kunyit serbuk

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan butter… tumis bhn tumis.. bwg merah..halia..bwg putih.. serai..kulit kayu manis..bunga lawang dan cengkih
  2. Tumis sampai wangi.
  3. Curah semua dlm nasi … masukkan garam..air rebusan.. daun pandan simpul dan kunyit serbuk ..gaul sebati… air mcm masa nasi biasa jer… tanak sampai masak..

 

IKLAN

Dua Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam & Ayam Penyet Yang Boleh Buat Berniaga.

RESIPI SAMBAL

  • 5 biji cili api merah/ tambah jika suka pedas..ros ank2 tk mkn pedas.
  • 5 biji cili api hijau
  • 2 biji cili besar merah
  • 2 inci belacan bakar
  • Sebiji bawang besar
  • 3 ulaa bwg putih
  • 2 biji tomato 
  • Segenggam ikan bilis
  • Gula merah ikut manis nak
  • Garam
  • perasa kalau nk.
  • Sebiji limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ikan bilis hingga garing… angkat..
  2. Goreng semua bhn yg lain kecuali garam dan gula…. goreng masak.. sampai wangi..
  3. Blander semua bahan.
  4. Masukkan dalam kuali, masak sampai pekat dan wangi. Masukkan bahan perasa garam dan gula secukup rasa.


Dua Wanita Ini Kongsi Resipi Nasi Ayam & Ayam Penyet Yang Boleh Buat Berniaga.

UNTUK SUP

  1. lebihan kaki, leher, kita rebus bersama ayam. Masukkan sup bunjut, dan perasa. Rebus daan masak macam biasa.
    NOTE:  Boleh dihidang dengan ulam-ulam yang kita suka.  

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI