Kerabu adalah sejenis masakan yang boleh dikatakan menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak masak atau bergoreng dan berlemak. Selalunya, kerabu hanya menggunakan teknik hiris dan digaul dengan sedikit penambah rasa seperti garam atau perahan lemon.
Kali ini RASA ingin kongsikan dua resipi kerabu yang sudah pasti ramai peminatnya. Jom kita lihat resipi yang dikongsikan ini.
Ads
KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN
3 biji mangga muda
1 inci belacan
7 tangkai cili padi
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Kupas dan kemudian hiris mangga nipis-nipis dan panjang-panjang. Masukkan mangga yang siap dipotong dalam mangkuk.
2. Masukkan belacan yang sudah dihancurkan menjadi serbuk.
3. Potong cili padi halus-halus. Kemudian masukkan dalam mangkuk tadi.
4. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Tidak perlu tambah air kerana mangga akan mengeluarkan airnya sendiri.
5. Perasakan dengan gula dan garam. Gaul sekejap. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
SUMBER: Iedaa Jahaya
Terima kasih berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.
Ads
KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN
10 kaki ayam
7 tangkai cili padi (dihiris)
1 ulas mawang merah (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
5 biji tomato ceri (dihiris)
2 sudu kecil sos ikan
2 biji limau kasturi (perah jusnya)
Sedikit garam dan gula
CARA MEMBUAT
1. Rebus kaki ayam sehingga lembut. Toskan dan biarkan sejuk.
2. Setelah kaki ayam sejuk, tanggalkan isi daripada tulangnya. Masukkan dalam mangkuk.
3. Kemudian, masukkan cili padi, bawang merah, serai dan tomato ceri. Gaul rata.
4. Masukkan pula sos ikan, jus limau kasturi, garam dan gula. Gaul lagi.
5. Kalau suka berkuah, boleh masukkan sedikit air rebusan kaki ayam tadi. Siap!
Ads
Selamat mencuba!
SUMBER: Dapur Syira Lokman
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Siapa yang suka makan kerabu boleh cuba kerabu pucuk daun kari. Sesekali menikmati kerabu lain dari kebiasaan memang boleh bertambah makan. Korang yang ada pokok daun kari di rumah boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Makan dengan nasi panas-panas dan kuah gulai pasti tak pandang lauk lain.
KERABU PUCUK DAUN KARI
Bahan-bahan:
Kelapa parut
8 biji Cabai melaka (cili) anggaran – nak pedas letak lebih
Cabai besar (Cili merah)
Air asam jawa
Belacan sikit (bagi yang suka,tak masuk pun tak apa)
(Blend semua bahan di atas)
Cara membuat:
1.Isi ikan,udang(direbus asing-asing)
2.Kerisek,garam,cukup rasa sedikit.
3.Bawang besar dihiris/potong nipis
4.Daun kari dileraikan ramas,gaul rendam dgn air garam( dalam 15minit) untuk buang bau.
5.Bilas dan tapis daun kari.Gaulkan dengan semua bahan di atas.
Bila makan nasi dipadankan pula dengan hidangan kerabu, nikmat tidak terkata. Ia merupakan hidangan pembuka selera. Paduan rasa masam, manis dan pedas membuatkan ia istimewa. Malah sardin juga boleh diolah menjadi kerabu. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!
KERABU PERUT THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut lembu telah direbus
2 batang serai | mayang halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1/2 batang bunga kantan | mayang halus
1 biji buah tomato | potong kecil
10 biji cili padi | mayang halus
1 biji limau nipis | perah jusnya
Cuka secukup rasa
Sos ikan/sotong secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
Sekali lagi gaul rata.
Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.
KERABU SOTONG SUHUN
BAHAN-BAHAN:
Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
Bawang merah | dimayang halus
Cuka secukupnya
Limau nipis secukupnya
Cili padi | dihiris
Serai | dihiris nipis
Daun ketumbar | dihiris
Garam dan gula secukup rasa
Kicap sotong secukupnya
CARA MEMASAK
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.
3. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Nota:
Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.
Resipi perkongsian saudari Emma Suzaima
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
2. Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
3. Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
4. Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Resipi perkongsian saudari Hunny Wanny
KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS
BAHAN-BAHAN:
Buah limau nipis | di[potong kecil
Kicap sotong secukup rasa
Cili padi secukupnya | dihiris
Bawang merah (kecil) | dimayang halus
Kacang gajus
Madu
Gula secukup rasa
Udang kering | digoreng seketika
Sedikit jus limau nipis
( Jumlah bahan-bahan adalah mengikut citarasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)
CARA MENYEDIAKAN:
Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut citarasa anda.
Kerabu kerang ala Thai ni nampak sungguh menyelerakan. Pastikan kerang yang dipilih adalah segar, baru manis sedap rasanya.
Ni resipi ala Ekin Omar, berbaloi dicuba. Kalau ikut gayanya kerang direndam dahulu dengan cuka dalam sejam, selepas tu cuci bersih guna berus kecil. Kemudian boleh direbus dua minit dan terus angkat dan rendam dalam air
KERABU KERANG ALA THAI VERSI EKIN
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar
5 biji cili merah @ cili segar 15 biji cili padi 5 ulas bawang putih 2 sudu besar sos ikan 5 sudu besar limau kasturi 5 sudu besar gula perang 1/2 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 1 sudu besar serbuk perasa ayam 2 sudu besar tepung jagung 1 cawan air
Bahan sampingan dihiris halus Daun ketumbar Kobis Lobak merah
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan didihkan sampai cili tu masak. 2. Kemudian baru masukkan air tepung jagung,(letak 2 sb tepung jagung & 1/2 cawan air kacau sebati). 3. Tuang dlm sos tadi,kacau rata dan masak lah hingga pekat. Boleh tambah gula garam kalau sambal tu terlampau pedas. 4. Tunggu sos thai tu sejuk baru campur dgn daun ketumbar yg di hiris halus.Boleh lah digaul dgn kerang tadi. 5. Campur lah dengan sayur yg korang suka. (saya guna kobis & carrot)