Cuti sekolah sudah bermula, pasti anda ingin menyediakan menu minum petang yang anak-anak suka. Apa kata minggu ini sediakan donat dengan chorrus, dua kuih manis yang sememangnya digemari anak-anak. Nak cuba, ini resipinya:-
DONAT KENTANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung berprotein tinggi
250gm kentang | kukus, lenyek dan biarkan sejuk
50gm susu tepung
11gm yis
100gm gula halus
7gm lemak sayuran
½ susu teh garam
4 biji kuning telur
100ml air sejuk
CARA MEMASAK:
Ads
Campurkan tepung, gula, susu dan yis dan gaul rata.
Masukkan pula kentang dan gaul rata.
Masukkan kuning telur dan air sejuk. Uli. Campurkan lemak sayuran dan garam. Uli lagi hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Biarkan 15 Ketepikan.
Kemudian, bentukkan doh. Biarkan selama 20 minit sampai doh kembang.
Bahagikan doh menjadi doh-doh kecil dan bentukkan menjadi donat. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dengan api kecil dan goreng donat. Goreng hingga ia berwarna kekuningan. Angkat dan tos.
Sedia dinikmati.
CHURROS BERSOS COKLAT
Ads
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega tanpa garam
240ml air
2 sudu teh gula halus
¼ sudu teh garam
110ml tepung serba guna
3 biji telur
Minyak sayuran untuk menggoreng
Gula halus secukupnya
CARA MEMASAK:
Campurkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Masak hingga mendidih atas api sederhana. Kecilkan api dan masukkan tepung dan gaul kira-kira satu minit.
Keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan perlahan dan masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
Setelah itu masukkan adunan pastri ke dalam beg paiping/pastri yang dipasang dengan nozel berbentuk bintang.
Panaskan minyak dalam periuk sehingga suhunya mencecah 325 darjah C. Pegang beg pastri beberapa inci daripada minyak dan tekan adunan sepanjang 10cm dan potong dengan pisau.
Goreng dan balikkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
Golek churros pada gula halus dan hidangkan bersama sos coklat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
MI GORENG DAGING POWER
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Min cukup suka dengan talam sagu. Ni manisan paling best sebagai pencuci mulut. Dah makan makanan pedas dan berempah, dapat talam sagu dingin dari peti sejuk memang terangkatlah.
Ni resipi mudah untuk mereka yang gemarkan talam sagu ni. Pewarna tu ikut suka hati nak warna apa, tapi merah tu nampak menarik sangat kan.
TALAM SAGU
BAHAN-BAHAN :
Lapisan bawah:
3/4 cawan sagu (rendam sekejap bagi kembang)
1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sedikit)
Air | sama paras sagu
Pewarna merah secukupnya
Lapisan atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK ::
1. Sapu sedikit minyak dlm loyang
2. Masukkan sagu & gula dlm loyang..tambah air cuma sama paras sagu saja. Letak pewarna dan kacau rata hingga gula sebati dengan sagu.
3. Panaskan periuk kukus
4. Kukus selama 10 minit
5. Masukkan semua bahan utk lapisan atas ke dlm periuk,kacau sekejap atas api bg sedikit pekat. Bila dah masak lapisan sagu,lorekkan dgn garfu kemudian tuang adunan lapisan atas
6. Kukus 20 -25 minit
Kredit Resepi : puan hajar
FB : Resipi dari mulut ke hati
Sesekali makan Bubur Nasi untuk makan malam memang enak. Bukan setakat dinikmati begitu sahaja, menu ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk kegemaran masing-masing. Cukup mudah dan mengenyangkan. Jika dinikmati begitu sahaja pun sudah cukup menaikan selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sulizawati Linn Hassan ini. Istimewanya menu ini sebab ia menggunakan beras nasi impit segera. Jadi bubur anda memang bau wangi dan lebih sedap.
BUBUR NASI SPECIAL
BAHAN A: • 3 paket beras nasi impit – keluarkan beras dari paket nasi impit, cucurkan air & toskan • 1.5 liter air- kalau nak bubur lebih cair, boleh lebihkan air. • 3 keping dada ayam- dipotong kecil (nak guna bahagian tulang pun boleh) • 2 ketul kiub pati ayam- dipecahkan jadi serbuk terlebih dahulu • 1 inci halia – dimayang halus (*) • 3 ulas bawang putih- tumbuk halus (*) • 2 paket sup bunjut (*) • 1 batang kecil kulit kayu manis (*) • 1 kuntum bunga lawang (*) • 1 helai daun pandan- disimpul (*) • Garam secukup rasa • 1/2 sudu teh gula • Sedikit minyak masak
BAHAN B (untuk taburan masa hidang): • Daun bawang – hiris • Bawang goreng – digoreng dengan 5 sudu makan minyak bijan • Cili merah – hiris • Lada sulah- renjiskan semasa hidang
CARA MEMASAK: 1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga wangi dan naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau selama 1 minit. 3. Seterusnya masukkan air, kiub pati ayam dan beras. Masak guna api sederhana sehingga beras menjadi bubur. 4. Perasakan dengan garam dan gula. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan perisanya cukup. 5. Padamkan api dan tabur bahan-bahan B sebelum dinikmati.