Biasanya cakoi ni tak dibuat sendiri. Kita lebih gemar beli di gerai tepi jalan. Kalau tak kuah kastard, cakoi dimakan dengan kuah gulai. Masyarakat cina pula lebih gemar menikmati cakoi atau youtiao bersama bubur nasi. Ada yang kata resipinya lebih kurang seperti membuat donat.
Kali ini, RASA berkongsi resipi cakoi yang lembut dan enak. Bolehlah anda mencubanya sendiri di rumah. Kemudian bolehlah dimakan dengan apa saja cara yang anda suka.
CAKOI
Ads
BAHAN BAHAN: (15-20 ketul)
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Ads
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli tepung anda sehingga menjadi doh.
Uli sehingga doh tidak melekat pada mangkuk dan rehatkan selama 30 minit sehingga ia ‘naik’ sedikit.
Selepas doh ‘naik’, canai memanjang berbentuk segi empat dan potong dua.
Cantumkan kedua-dua doh yang dipotong tadi dan tekan bahagian tengah dengan lidi.
Panaskan minyak untuk goreng cakoi sehingga kuning keemasan.
*Basahkan lidi sebelum tekan pada bahagian tengah cakoi.
Ads
*Sebelum masukkan cakoi dalam kuali, tarik doh sehingga memanjang.
*Gunakan api sederhana agar tepung masak sepenuhnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ni Min nak cerita pasal personaliti Chef yang mempunyai nama yang’sedap’ didengar,unik sekali. Tiga perkataan iaitu Dennie Yudie Darmawan berbinkan ayahnya Samsuardi, tapi dia anak jati Malaysia tau. Mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang kulinari (F & B) segala pengalaman yang dilalui banyak membentuk dirinya sekarang.
Berjawatan Eksekutif Sous Chef di hotel berprestij Eastin Hotel, Petaling Jaya, Selangor, Dennie adalah orang ‘kanan’ yang banyak membantu ketuanya, Eksekutif Chef Alex Leong Mun Fai.
Kini sudah empat tahun dia berkhidmat di sini , membantu mengekalkan prestasi operasi dapur ,kualiti makanan dan minuman, penyeliaan dan penyediaan menu, penyeliaan staff , perbelanjaan dan kos dan pelbagai lagi.
Di antara yang menjadi keutamaan adalah mengekalkan kebersihan penyediaan makanan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO dan HACCP
Chef Dennie memulakan kerjayanya dari ‘bawah’ daripada tahun 2000 apabila mula bekerja di Hotel Nikko , Kuala Lumpur sebagai Commis 3 ketika masih dalam pengajian diploma Genting Centre of Excellent, Malaysia. Ketika itu dia menjalani latihan praktikal di sana.
Sehingga kini Chef Dennie pernah bekerja di 7 hotel berprestij iaitu :
1.2000- 2005, Hotel Nikko KL – Commis 1 2.2005 -2008, Sime Darby Convention, KL – Jurumasak 3.Julai 2008, Nov 2008, Hotel Shangri KL – Commis 1 4.2008-2009, Impiana KLCC Hotel & SPA, KL – Chef De Partie 5.2010-2011, IKEA, UAE, Abu Dhabi – Penolong Kanan F & B (Pengurus) 6.2011- 2012, Urban Spoon Restaurant – Sous Chef (Pengurus) 7.2014 hingga kini, Hotel Eastin, PJ – Eksekutif Sous Chef
Kegigihannya terserlah kerana pernah menerima anugerah Kehadiran Sempurna, sebanyak 3 kali. Semasa bekerja di Hotel Nikko beliau pernah menerima pendedahan bekerja selama setengah tahun di Hotel Azadi, Tehran Iran
Meminati selebriti berbangsa Arab, Chef Ammar Ali , dia juga mahir membuat masakan Arab yang dipelajarinya dari mentornya ini. Pengalaman bekerja di Abu Dhabi juga walaupun hanya dua tahun tetapi banyak membantu Chef Dennie mendalami skil memasak masakan Arab.
“Memasak masakan Arab ni kena tahu teknik dan peralatan masak yang betul. Dan juga paling penting boleh menerima teguran dari tetamu Arab yang agak cerewet sedikit. Pemilihan rempah ratusnya kena segar dan berkualiti,” ujar Denni kepada RASA.
Prinsip memasaknya mudah sahaja. “ Bila memasak masakan bukan sahaja perlu sedap, tetapi juga bersih cara penyediaannya .”
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.
Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:
KEBAIKAN MINYAK BIJAN
RESIPI MENGGUNAKAN MINYAK BIJAN
1. Isi Ayam Masak Bijan
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. Korean Beef Bulgogi
BAHAN-BAHAN
BAHAN HIASAN
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nama Institusi : Kolej Komuniti Chenderoh Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia Alamat : Lot 41 Jln Industri Miel 2, Kawasan Perindustrian IKS, 33000 Kuala Kangsar, Perak Maklumat lanjut :http://kkchenderoh.jppk.edu.my
Jom adik-adik ambil tahu kelebihan Kolej komuniti Chenderoh Perak ( KKCP), salah satu dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan tinggi. ( sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia @ Kementerian Pendidikan Malaysia).
KKCP atau kolej Komuniti Chenderoh Perak ditubuhkan pada 2003 untuk melatih pelajar menjadi seorang profesional dalam bidang kemahiran khasnya dan menjadi peneraju TVET terunggul di Malaysia. Di dalam Program Kulinari, KKCP mempunyai pensyarah yang mahir dan berkelayakan dari segi akademik dan kemahiran.
KKCP dilengkapi dengan kemudahan Bilik Latihan, Makmal Komputer, Restoran Amali, Dapur Amali, Kafe, surau, bilik kuliah, dewan besar dan Pusat Sumber. FIM juga memberi pendedahan amali kepada para pelajar semasa mereka menjalani Latihan Industri di dipelbagai rangkaian hotel dan resort terkemuka diseluruh negara.
KKCP mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada tahun yang sama. Sejak itu kkcp telah menghasilkan lebih dari 2,351 graduan sejak ditubuhkan.
Di sini turut menawarkan kursus Diploma In Culinary Arts dan Sijil Kulinari di samping beberapa kursus kemahiran yang lain.Semua kursus di KKCP telah mendapat akreditasi penuh MQA. Kelebihan pada pelajar yang menuntut di sini adalah keutamaan diberikan kepada pelajar dan peluang dan masa hadapan mereka juga cukup cerah selepas tamat pengajian .
Pelajar berpeluang menerima kualiti pendidikan dan kemahiran terbaik, memberikan peluang kepada graduan mendapat pekerjaan menjamin masa hadapan dan relevan dalam industri.
Dengan adanya Kolej Komuniti, ia juga membantu memastikan setiap pelajar tidak kira latar belakang dapat menyambung pengajian dengan memfokuskan kepada kemahiran dan memastikan semua pelajar dapat menguasai bidang yang di ceburi sesuai dengan Revolusi industri 4.0 yang di war-warkan oleh kerajaan.
Pencapaian pelajar dan pensyarah Program Kulinari KKCP juga berada di tahap yang amat membanggakan, selain daripada mendapat pembelajaran secara teori dan amali di kolej, pelajar juga didedahkan dengan menyertai pelbagai pertandingan di dalam dan luar negara . Pelbagai kejayaan yang telah di kecapi oleh Program kulinari KKCP pada tahun ini.
Di antaranya Kolej Komuniti Chenderoh Perak telah melakar sejarah tersendiri dan mencatat kejayaan gemilang di luar negara pada tahun lepas iaitu di Seoul Food Hotel Culinary Competition 2019 dengan mendapat 3 anugerah utama .Ia juga mendapat anugerah Special Judge Award
Juara “International Team Award” dan tepat ketiga untuk anugerah’Chinese Stir Fry Award’ dan juga mendapat empat perak, empat gangsa dan enam diploma dalam pertandingan peringkat antarabangsa di Seoul, Korea ini. KKCP juga turut melakarkan kemenangan di pertandingan kulinari peringkat kebangsaan sepanjang tahun 2019.
ANDA MUNGKIN SEDANG MENCARI BARANG RUNCIT,BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Ayam Kepak Pedas Manis yang rangup di luar dan berjus di dalam dengan sos pedas manis yang pekat. Ikuti resipi lengkap, tip memasak, variasi dan cara mendapatkan hasil yang sempurna setiap kali.